BTC USD 17,227.6 Gold USD 1,789.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta rosak disbb jln berlubang, pemandu menang tuntutan vs mpt

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,798
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,798
Reaction score
20,403
Points
2,866
Awards
1

Kereta rosak disebabkan jalan berlubang, pemandu menang tuntutan terhadap majlis tempatan​


September 24, 2022 3:52 PM

jalan-berlubang-pothole-fmt-010419-1.jpg




Fahrurrazi Hamid berkata, beliau memandu pada waktu malam di Jalan Sungai Long berhampiran Taman Perniagaan Budiman pada September 2020 apabila keretanya melanggar lubang pada jalan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki memenangi tuntutan pampasan terhadap sebuah majlis tempatan selepas keretanya mengalami kerosakan akibat jalan berlubang.

Fahrurrazi Hamid membawa tuntutan terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ke mahkamah untuk mendapatkan pampasan bagi dua tayar dan empat rim tayar, antara lainnya.

Mahkamah berpihak kepadanya dengan memerintahkan MPKj menyelesaikan tuntutan sebanyak RM2,980, merangkumi kos empat rim (RM1,800), satu tayar (RM800), ruang pelaras (RM180), dan caj tunda (RM200).

Ketika Fahrurrazi memandu pada waktu malam di Jalan Sungai Long berhampiran Taman Perniagaan Budiman pada September 2020, keretanya melanggar lubang pada jalan, menyebabkan tayar dan rim kiri belakang keretanya rosak.




Keesokan harinya, selepas gagal mencari rim dengan reka bentuk yang sama, beliau terpaksa menggantikan keempat-empat rim dan dua tayar dengan kos keseluruhan RM3,580.
Beliau memfailkan tuntutan terhadap MPKj dan hanya ditawarkan RM1,430 daripada Takaful Malaysia Berhad, syarikat insurans majlis tempatan itu, sebagai pampasan bagi kos satu tayar dan satu rim.

Selepas permintaan untuk jumlah disemak ditolak, beliau membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi dimaklumkan bahawa tribunal itu tidak mempunyai bidang kuasa berhubung perkara itu.
Beliau kemudian memfailkan tuntutan kecil di Mahkamah Majistret Kajang dan perbicaraan berlangsung pada 15 Julai tahun ini.

Mewakili dirinya di mahkamah, Fahrurrazi menjelaskan mengapa beliau terpaksa menggantikan keempat-empat rim itu dengan kos RM450 bagi setiap rim terpakai.

Katanya, beliau tidak menemukan rim dengan reka bentuk serupa untuk menggantikan rim yang rosak dan rim terpakai juga lebih murah berbanding membeli empat rim baharu, yang berharga RM687.50 setiap satu, atau RM2,750 bagi kesemuanya.

MPKj yang diwakili penolong pegawai undang-undang Muhidin Mahmud menyatakan pihaknya telah mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelenggara semua jalan bawah bidang kuasanya dan menafikan liabiliti.

Beliau mendakwa, pemanduan melulu Fahrurrazi menjadi punca kejadian, seperti yang terbukti dengan rim dan tayar yang rosak.

Muhidin juga menyatakan bahawa tuntutan penggantian keempat-empat rim adalah pengayaan yang tidak adil kerana hanya satu rim yang rosak.

Majistret Noor Firdaus Rosli memutuskan MPKj bertanggungjawab sepenuhnya atas kerosakan yang dialami kereta Fahrurrazi.

“Melihat gambar daripada plaintif, memang wujud lubang,” katanya sambil menambah, jelas bahawa jalan itu tidak diselenggara dengan baik.

“Mengenai sama ada plaintif menyumbang kepada kerosakan itu, dapatan saya adalah negatif. Kejadian berlaku pada waktu malam, dan mana-mana orang munasabah tidak boleh diharapkan untuk menyedari dan mengubah haluan kenderaan mereka untuk mengelak lubang itu,” kata Noor Firdaus.

Mengenai hujah yang dikemukakan oleh MPKj bahawa wujud unsur pengayaan yang tidak adil dalam menggantikan keempat-empat rim, majistret berkata, tidak masuk akal jika kereta boleh dipasang rim berbagai-bagai reka bentuk.

Memetik Kertas Teknikal SAE bertajuk “Kesan reka bentuk roda pada seretan aerodinamik kenderaan penumpang” yang diterbitkan tiga tahun lepas, Noor Firdaus berkata: “25% daripada seretan aerodinamik kenderaan disebabkan oleh rodanya, dan mencadangkan sesebuah (kenderaan) untuk dipasang rim berbagai-bagai reka bentuk hanya akan mengundang akibat (buruk) yang tidak dijangka, selain daripada hakikat bahawa (perkara ini) tidak pernah dibuat, sekurang-kurangnya oleh mana-mana individu yang munasabah.”

Sebaliknya, majistret tidak membenarkan tuntutan tayar tambahan itu kerana ia tidak mempunyai justifikasi.

Saman Fahrurrazi terhadap Takaful Malaysia turut dibuang kerana telah ditentukan bahawa tiada hubungan undang-undang antara beliau dan syarikat itu.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,798
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,798
Reaction score
20,403
Points
2,866
Awards
1

Kes saman berkait jalan berlubang patut sedarkan majlis tempatan, kata aktivis veteran​


September 25, 2022 10:15 AM

jalan-berlubang-pothole-fmt-010419-1.jpg


Baru-baru ini, Mahkamah Majistret Kajang memerintahkan MPKj untuk menyelesaikan tuntutan seorang pemandu sebanyak RM2,980 atas kerosakan dialami keretanya selepas melanggar lubang pada jalan.

PETALING JAYA: Pemberian pampasan baru-baru ini kepada pemandu yang terlanggar lubang pada jalan sepatutnya menyedarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang ramai, kata aktivis sosial veteran Lee Lam Thye.

Keputusan mahkamah itu harus menjadi peringatan kepada semua pihak berkuasa tempatan bahawa mereka bertanggungjawab ke atas keselamatan komuniti mereka dan juga membuka mata orang ramai tentang hak mereka.

“Kita langsung tiada budaya penyelenggaraan. Apabila terdapat jalan berlubang, PBT bertanggungjawab memastikan jalan itu dibaiki. Mereka tidak boleh mengelak tanggungjawab,” katanya.


Lee-Lam-Thye-ms-150822-1.jpg
Lee Lam Thye.

“Ini juga patut menyedarkan orang ramai. Tidak ramai yang sedar akan hak mereka. Jika pemandu mengalami kemalangan akibat masalah yang tidak ditangani oleh pihak berkuasa, mereka berhak untuk menyaman pihak berkuasa.”



Pemandu itu, Fahrurrazi Hamid, menyaman Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) atas kerosakan dialami keretanya selepas melanggar lubang pada jalan di Bandar Sungai Long pada September 2020.

Beliau hanya ditawarkan RM1,430 sebagai pampasan bagi kos satu tayar dan satu rim. Selepas mendapati tribunal tuntutan pengguna tidak mempunyai bidang kuasa berhubung perkara ini, beliau menyaman majlis perbandaran itu.

Mahkamah Majistret Kajang memerintahkan MPKj untuk menyelesaikan tuntutan Fahrurrazi sebanyak RM2,980, merangkumi RM1,800 untuk empat rim, RM800 untuk satu tayar, caj tunda RM200, dan RM180 untuk caj pelarasan.

Statut had untuk saman dalam kes sedemikian ialah enam tahun dari hari kemalangan.
 

safuans

Active Member
Messages
2,064
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,064
Reaction score
475
Points
41
Alahai. Sikitnye. RM2,980 je. sepatutnya bagilah banyak sikit sebab menjejaskan emosi dan melibatkan masa dan tenaga. PBT nak sedar macam mana kalau sikit camtu.
____________________
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
kete apa ni sampai RM800 satu tayar :D
 

yussv

Super Active Member
gem
Messages
8,146
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
8,146
Reaction score
1,709
Points
151
kete apa ni sampai RM800 satu tayar :D
Ade bang.. kereta sy tayar baru sebiji Rm1800.. 315/35/20 runflat.. kena pkai runflat sbb kete sy mmg xde tayar spare..kalau bocor tgh jalan kena towing la kalau bukan tayar runflat..
 

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,246
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jan 26, 2007
Messages
28,246
Reaction score
4,791
Points
266
Awards
1
Ade bang.. kereta sy tayar baru sebiji Rm1800.. 315/35/20 runflat.. kena pkai runflat sbb kete sy mmg xde tayar spare..kalau bocor tgh jalan kena towing la kalau bukan tayar runflat..
Pakai merc ke bang guna runflat
 

yussv

Super Active Member
gem
Messages
8,146
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
8,146
Reaction score
1,709
Points
151
Pakai merc ke bang guna runflat
Pkai Suv BM bang.. kete ni kalau xpkai runflat mmg jahanam tayar kalau bocor tp jln jgk..
 

Attachments

  • 20220925_110703.jpg
    20220925_110703.jpg
    1 MB · Views: 2

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
Ade bang.. kereta sy tayar baru sebiji Rm1800.. 315/35/20 runflat.. kena pkai runflat sbb kete sy mmg xde tayar spare..kalau bocor tgh jalan kena towing la kalau bukan tayar runflat..

ni dah Ferrari macam :D
 

mrvx

Legendary Member
gem
Messages
12,746
Joined
Feb 20, 2009
Messages
12,746
Reaction score
1,094
Points
201
Ade bang.. kereta sy tayar baru sebiji Rm1800.. 315/35/20 runflat.. kena pkai runflat sbb kete sy mmg xde tayar spare..kalau bocor tgh jalan kena towing la kalau bukan tayar runflat..
mungkin dia pakai axia kot.. tayar murah je :D
 
Sponsored Post

Top
Log in Register