demise_u
Super Active Member
- Messages
- 6,049
- Joined
- May 11, 2008
- Messages
- 6,049
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
SEBUAH kereta merempuh dinding tandas lelaki pub The Gredington Arms di Wrexham, Britain malam kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------
WREXHAM, Britain – Sebuah kereta merempuh dinding tandas lelaki pub The Gredington Arms di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Para tetamu dan pemilik kelab itu mendengar bunyi kuat sebelum mereka mendapati dinding tandas pub tersebut dirempuh sebuah kereta malam kelmarin.
Lima orang yang menaiki kereta itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius kecuali seorang daripada mereka yang cedera di pergelangan tangan.
Pemilik pub itu, Di Watson dan suaminya, Rod meminta had laju di sebuah lebuh raya dekat pub mereka perlu dikurangkan lagi.
Menurut mereka, kejadian itu bukan kali pertama berlaku di pub berkenaan.
“Saya berharap terdapat beberapa langkah diambil bagi membantu menangani masalah ini (tandas dirempuh kereta),” kata Di Watson.
Jelasnya, dia pernah menyatakan kebimbangan mengenai kereta yang dipandu laju kepada pihak berkuasa yang memantau lebuh raya di pub tersebut.
Namun katanya, walaupun aduan dibuat, had laju di kawasan pub itu masih kekal dan tidak dikurangkan. – Agensi
