Kereta pensyarah ditarik, barang hilang

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah Matematik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bengang apabila kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah pejabat di Kajang, bukan saja ditarik, malah dia turut mendakwa kehilangan beberapa barangan selepas mengambil semula kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa, Profesor Madya Abdul Hamid Yeop Zainuddin, 48, berkata dia baru tiba di Kajang dari rumahnya di Taman Sri Pulai, Johor Bahru kerana mempunyai urusan yang perlu diselesaikan di pejabat Jabatan Tanah dan Galian di Putrajaya.

Menurutnya, dia meninggalkan kenderaan Naza Ria di hadapan pejabat di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang kira-kira jam 9.15 pagi pada hari berkenaan sebelum menumpang rakannya ke Putrajaya.

“Sejurus kembali ke tempat meletak kereta, saya terkejut apabila mendapati kereta saya sudah tiada. Orang ramai yang berada di situ memberitahu kereta saya dibuka seorang lelaki yang datang menggunakan trak penunda.

“Bengang dengan kejadian itu, saya pergi di bank memaklumkan hal itu. Pegawai bertugas memaklumkan kereta saya ditarik dan disimpan di sebuah bengkel di Jalan Cheras kerana tidak melunaskan hutang ansuran selama dua bulan. Saya bertekak dengan pegawai itu kerana pihak bank tidak pernah mengeluarkan sebarang notis sebelum bertindak demikian,” katanya.

Beliau berkata, dia terus melunaskan melangsaikan hutang RM2,620 dan RM400 lagi untuk denda tarik kenderaan itu sebelum bersama rakannya segera di bengkel dinyatakan pegawai bank itu untuk mengambil semula keretanya.

Apa yang mengejutkan katanya, beberapa barangan di dalam keretanya termasuk set Touch n’ Go miliknya lesap.

Katanya, sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kajang dan bercadang untuk memanjangkan perkara berkenaan ke Tribunal Tuntutan Pengguna.
 
Sponsored Post

giebrail

Fun Poster
Joined
Jan 2, 2009
Messages
420
Reaction score
2
Points
15
hambik ko 30 ... len kali buat keje tuh berhati2
 

pyan.software

Active Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
1,109
Reaction score
1
Points
25
Apa saman je Bank & tukang tarik 2... Ni tukang tarik, xde keje lain ke? nak tarik, tarik je r... jgn lak nak menyamun. baik tukar kerjaya dr tukang TARIK ke Tukang SAMUN
 

zulkifly2z

Active Member
Joined
Jun 10, 2009
Messages
1,394
Reaction score
0
Points
20
bg pengajaran pd pihak bank .....bank a.k.a. along berlesen
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,699
Reaction score
310
Points
91
tribunal tuntutan pengguna ada...apa lagi repot terus...
 

TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,463
Reaction score
158
Points
138
baru 2 bulan tu :-?
 

belina

Active Member
Joined
Apr 29, 2009
Messages
1,264
Reaction score
2
Points
25
2 bulan terus tarik..takde notis?? camne tu?
 

smate

Active+ Member
Joined
Apr 21, 2007
Messages
4,795
Reaction score
19
Points
25
tukang tarik punya keje la nie

pahtu xkan dia nk ngaku :mad:
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
hamid yeop ni lecturer aku.............

dia mmg 1 fenomena dlm fakulti aku...ekekeke..


boleh dia ajar 1 topik tebal....cume dgn selai ketas jer...ari2 bawak ketas sama.......


lg 1, time kelas dia la........ramai giler budak drop subjek.......sampai student 10-12 org je dlm kelas dia..sedangkan dgn lecturer lain........lebih 40 orang


sebelum kelas start, xsah kalu xciter bab politik.........adoi.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register