BTC USD 28,676.3 Gold USD 1,968.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta Pegawai Kastam Dibakar Dipercayai Kerana Perasaan Tidak Puas Hati

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,829
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,829
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
JITRA, 23 Okt - Polis percaya kejadian membakar kereta milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di kediamannya di Taman Bukit Indah dekat sini semalam berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata insiden dipercayai berlaku ekoran ada pihak tidak berpuas hati dengan cara pelaksanaan tugas pegawai berkenaan.

"Namun kes masih dalam siasatan dan keterangan daripada jiran mangsa juga telah diambil," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini Khamis.

Beliau berkata pihaknya juga menolak laporan yang mengatakan kebakaran berpunca daripada 'molotov cocktail' walaupun botol plastik dan kesan minyak tanah dijumpai di lokasi kejadian.

"Kita masih menyiasat kes itu bagi mengesan pihak yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi semalam, kereta Perodua Kelisa milik pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Roslan Othman, 56, terbakar selepas dipercayai terkena 'molotov cocktail' yang dibaling dari luar rumah.

Mangsa berkata kejadian itu hanya disedarinya selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang jiran yang ternampak api sedang marak pada kereta di depan rumahnya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register