Kereta jatuh sungai, wanita selamat

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,714
Reaction score
8,902
Points
2,226


Keadaan kereta mangsa selepas terjatuh ke dalam sungai di FELDA Redong di Labis hari ini. Foto Ihsan JBPM
PEMANDU wanita terpaksa dibantu anggota bomba untuk keluar dari sungai selepas kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di FELDA Redong di Labis hari ini.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nur Syarifah Hidayu, 25, dikatakan terpinga-pinga berhampiran keretanya di sungai sedalam 0.9 meter itu selepas kenderaannya itu terjatuh dari jambatan terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Datuk Yahya Madis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.22 tengah hari mengenai kejadian sebuah kereta dan pemandunya berada di dalam sungai.

Menurutnya, sepasukan lapan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.

Sebaik tiba, katanya, pihaknya mendapati sebuah Perodua Myvi berada dalam sungai itu dan melakukan pemantauan sebelum menyelamatkan mangsa.

“Kami menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa dan anggota bomba kembali ke kereta berkenaan untuk mendapatkan beberapa barangan berharga sebelum menyerahkannya kepada wanita itu.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Segamat menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, mangsa yang ketika itu memandu seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumahnya di FELDA Selancar dari Labis.

Bagaimanapun, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan ketika melalui jambatan sepanjang kira-kira 27 meter itu sebelum terbabas ke dalam sungai berkenaan.

Orang ramai yang melalui kawasan itu menghubungi bomba untuk membantu mangsa yang dilihat cuba menyelamatkan diri.


 
Sponsored Post

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
777
Reaction score
133
Points
23
Alhamdulillah selamat mst lps ni trauma nak bwk keta
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,352
Reaction score
431
Points
81
antara fobia aku ni.. aku takut lemas. apa lagi kalau kereta terjunam dalam laut, fehhhh mmg antara benda yg aku takut.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register