Kereta guna lampu xenon disaman

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SEREMBAN Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri tidak lagi berlembut kepada pemilik kenderaan yang menggunakan lampu hadapan jenis High-Intensity Discharge (HID) atau lebih dikenali lampu xenon.

Pengarahnya, Mohd. Kamal Saad berkata, mulai 1 Disember lalu, pihaknya telah pun mengeluarkan saman berserta notis supaya lampu HID itu ditukar kepada yang asal serta-merta.

“Sejak operasi dijalankan pada awal bulan ini, sebanyak 24 kes membabitkan lampu jenis HID telah dikesan.

“Kita telah mengeluarkan saman serentak dengan pemberian notis arahan supaya pemilik segera menukarkan lampu itu kepada yang asal,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan program ibadat korban di Wisma JPJ negeri di sini semalam.

Kata Mohd. Kamal, JPJ negeri akan mengadakan dialog segera dengan pemilik kedai aksesori di negeri ini supaya pematuhan terhadap larangan penggunaan lampu jenis HID diikuti serta tidak menyusahkan pembeli dan pengguna jalan raya yang lainnya.

“Ia akan dibuat secepat mungkin kerana pelaksanaan saman telah pun dilakukan,” katanya.

Pemilik kenderaan yang didapati melanggar Peraturan 96 (2) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Pengunaan) 1959 itu boleh dikenakan saman tidak melebihi RM300.

Pemasangan lampu hadapan jenis HID itu akan menghasilkan sudut pancaran cahaya dan suhu yang tinggi mengakibatkan penglihatan pemandu lain terganggu.

Bagaimanapun, kata Mohd. Kamal, mana-mana lampu jenis ini yang dibenarkan pemasangannya termasuk yang berada dalam spesifikasi pembinaan kenderaan bolehlah merujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ untuk pemeriksaan dan kelulusannya.

Pengimport bawa masuk kerajaan kena kan cukai...masyuk

Pekedai untung kerajaan kenakan cukai...masyuk

Rakyat pasang kerajaan saman...masyuk


:(scam:(scam:(scam

Cegah dari sumber lah bukan salahkan rakyat...jangan kata pekedai tak akan jual kalau tak ada yang nak pasang sebab orang tak akan pasang kalau kedai tak jual....
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Berita ni yang aku malas nak dengar nie... pasang dulu dah lah mahal...
 

ForexGirl

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
3,022
Reaction score
30
Points
30
ni yg aku bengang ngan mesia ni..
penjual takde ape2..
pembeli/pengguna yg kene..
bebulu je aku..
 

enkeirp01

Fun Poster
Joined
Nov 20, 2008
Messages
138
Reaction score
0
Points
10
pergh..aku kena bulan ogos hr tu lg..dh lame pun. 1mg sblm aku g oversea plk tu..hehehe
 

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
adehhhh sengal tul lah....gomen ku
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
sama jgk mcm kes tinted. kedai bgtau dh lulus JPJ. tp kena saman jgk...ampess ja
 

tapirbawaklori

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2007
Messages
8,149
Reaction score
207
Points
73
memang patut kena saman pun.....

cubo kau pikir skit....lampu putih ni buek sakit mato org lain...silau....yang memasang lampu putih ni memang tak raso pasal dio jo yang pasang....

org lain tak pasang jadi dio tak silau..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register