Kereta Dilarikan Ketika Buat Bayaran Di Kaunter

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
13,357
Reaction score
2,518
Points
236
19.08.2019 - Puchong, Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya dilarikan ketika membuat bayaran di kaunter juruwang sebelum mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Saujana Puchong.

Insiden berlaku pada jam 6.31 petang 17 Julai lalu itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan dan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Dalam video berdurasi 1.08 minit itu pemilik kenderaan dirakam memberhentikan kereta di salah sebuah pam minyak.

Mangsa kemudian dilihat keluar dari kereta menuju ke arah kaunter juruwang tanpa menyedari gerak-gerinya diperhatikan seorang lelaki yang berdiri berhampiran tempat isian angin tayar kenderaan.

Sebaik pemilik sudah berada agak jauh dari keretanya, suspek dirakam terus mendekati kenderaan itu sebelum masuk lalu memandu dan melarikan diri.

Difahamkan, pemilik sebelum itu dipercayai meninggalkan kenderaan dengan enjin masih hidup.

Menyedari kereta dilarikan, mangsa kemudian cuba mengejar keretanya yang dipandu suspek namun gagal.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, kes terbabit berlaku bulan lalu.

Menurutnya, suspek berjaya diberkas sejurus selepas kejadian.

"Suspek berjaya dicekup Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sejurus selepas kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/43483/BERITA/Viral/Kereta-dilarikan-ketika-buat-bayaran-di-kaunter
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,804
Reaction score
91
Points
40
konfiden je org tu masuk keta, kalo xde kunci x ke naya.
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,804
Reaction score
91
Points
40
sayang akon keta, masuk nt trus sejuk :sneaky:
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,358
Reaction score
510
Points
116
belajar dari kesilapan org ni..

yg pi tak mati enjin pasipa... aiyoyooo
 

SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
628
Reaction score
194
Points
23
Beringat sebelum kena. Apasal malas sangat nak matikan enjin tu? Dah le nak isi minyak. Kan nak isi minyak kena matikan enjin. Ke dia isi minyak dengan enjin hidup?
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,804
Reaction score
91
Points
40
Beringat sebelum kena. Apasal malas sangat nak matikan enjin tu? Dah le nak isi minyak. Kan nak isi minyak kena matikan enjin. Ke dia isi minyak dengan enjin hidup?
ramai je isi myk enjin hidup termasuk la saya, tp kalo ade anak isteri la sbb deme bising panas :LOL:
 

rasyid.ahmad

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2017
Messages
238
Reaction score
74
Points
20
berenti nak isi minyak
matikan enjin
cabut kunci
baru pergi bayar

nak selamat lagi, kalau memandu bersendirian, kunci kereta bila pergi bayar kat kaunter
terutama bila pam minyak jauh dgn kaunter
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,215
Reaction score
459
Points
56
ramai je isi myk enjin hidup termasuk la saya, tp kalo ade anak isteri la sbb deme bising panas :LOL:
Bahaya tuan. Peluang kereta meletup semasa tuan isi minyak sambil engine on memang amat tinggi.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,642
Reaction score
1,489
Points
206
berenti nak isi minyak
matikan enjin
cabut kunci
baru pergi bayar

nak selamat lagi, kalau memandu bersendirian, kunci kereta bila pergi bayar kat kaunter
terutama bila pam minyak jauh dgn kaunter
Ada lagi satu step terlepas ni.
Pegang bumbung kereta.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register