BTC USD 17,242.4 Gold USD 1,790.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta Di Simbah Cat, Keluarga Kematian Bapa

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
01.10.2022 - Ipoh, Sebuah keluarga yang berkabung atas kematian bapa mereka terkejut apabila salah sebuah kereta milik mereka yang diletakkan di hadapan sebuah rumah kosong disimbah cat merah. Jurujual, Muhammad Abdul Halim Zaini yang percaya perbuatan itu dilakukan oleh sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' berkata, semua ahli keluarganya yang tinggal di kawasan berbeza di negara ini berkumpul di rumah ibunya di Taman Cempaka, dekat Ipoh, Perak sejak Rabu.

"Tiada ruang yang cukup untuk meletakkan kereta kerana kami ramai, " katanya sambil menambah dia terpaksa meletakkan kereta kakaknya di hadapan rumah di seberang jalan pada malam Khamis.

Beliau berkata, rumah itu tidak berpenghuni kerana wanita yang menetap di situ baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini.

"Kemungkinan anak lelakinya menjadi sasaran (amaran cat merah)," katanya sambil menambah terdapat sekeping nota ditinggalkan berhampiran pintu pagar dengan nama seorang lelaki berserta nombor telefon.

Menceritakan kejadian ketika Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Perak, Low Guo Nan yang datang melawatnya pada Jumaat, Muhammad Abdul Halim berkata: "Saya tidur kira-kira pukul 2 pagi dan tidak dengar apa-apa. Saya terkejut apabila ke kereta kira-kira pukul 7 pagi dan melihat keadaan kenderaa itu."

Sementara itu, Lam Ah Lek yang merupakan abang kepada wanita yang meninggal dunia itu berkata, adiknya meninggal dunia bulan lalu. Tetapi, anak lelaki wanita itu yang berusia 40-an, tidak pulang untuk pengebumian, kata Lam yang juga tinggal di kawasan berdekatan. "Dia telah hilang hampir tujuh tahun. Tiada siapa yang tahu di mana dia berada atau apa yang dia lakukan. Kami tidak dapat menghubunginya," katanya.

Lam, 67, mengesyaki 'Ah Long' juga bertindak menyimbah cat ke anjung rumah tersebut pada enam bulan lalu.

"Ketika itu, seorang penyewa yang meletakkan keretanya di anjung didapati ada kesan cat merah di seluruh keretanya. Dengan ketiadaan adik saya sekarang, rumah berkenaan tidak boleh disewa atau dijual kerana kami bimbang 'Ah Long' itu akan mengganggu mereka yang tinggal di rumah tersebut," katanya.

Sementara itu, Low berharap polis akan menyiasat perkara itu.

"Lam takut 'Ah Long' akan kembali untuk memusnahkan rumah atau melakukan sesuatu yang lebih teruk," katanya.​

1664620201317.png
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Tak faham tulisan wartawan
 
Sponsored Post

Top
Log in Register