BTC USD 39,367.6 Gold USD 1,803.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kereta boleh terbang by ferari....

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
Kereta terbang dua tahun lagi

LONDON: Sebuah kereta terbang diilhamkan daripada model kereta Ferrari mungkin berupaya mengangkut penumpang kaya ke tempat kerja dalam tempoh dua tahun lagi, perekanya membuat ramalan.

Kereta terbang itu yang digelar ‘Autovolantor’ - berdasarkan rekaan model Ferrari 599 GTB berharga £200,000 (RM1.11 juta) - dibangunkan Moller International.

Ia mempunyai keupayaan untuk berlepas secara menegak dan meluncur kerana memiliki lapan kuasa tujahan yang menolak udara ke bawah ketika berlepas. Lubang udara kemudian terlipat supaya kereta itu boleh terbang ke hadapan.

Kereta itu dijangka mampu mencapai kelajuan 160 kilometer sejam dan 240 kilometer sejam di udara.

Jarak ketinggian ialah 120 kilometer dan jarak di darat ialah 240 kilometer.

Perekanya Bruce Calkins berkata, ciri-ciri kereta itu direka khas untuk menampung minyak hibrid dan sistem elektrik bagi memberi kuasa tujahan, mencipta sehingga 800 kuasa kuda.

Beliau percaya ia mampu terbang pada ketinggian sehingga 1,524 meter. - Agensi

Calkins berkata: “Autovolantor mempunyai tenaga daripada lapan kipas yang diletakkan dalam enjin kenderaan. - Agensi

“Ketika di dapat kipas ini menolak kenderaan dengan tujahan kurang berkuasa.

“Bilah kipas kecil di kawasan luar saluran boleh membawa udara ke hadapan atau belakang atau kekal di kedudukan neutral untuk pelepasan menegak dan mendarat.

“Sebaik saja berada di udara kenderaan itu bergerak seperti helikopter, bahagian hidungnya berada di bawah untuk bergerak ke hadapan, berputar ke kanan atau kiri untuk berubah haluan.

“Ketika ketinggian maksimum mungkin lebih tinggi, tenaga yang diperoleh untuk mencapai ketinggian melebihi 1,525 meter akan ketara justeru kami menjangka ia kekal di bawah ketinggian itu.”

Moller memilih Ferrari menjadi model bagi mesin mencatat sejarah itu kerana bentuknya yang berlainan. -Agensi


P/S: MMG boleh terbang ke nie? kalau boleh baik beli...tak payahlah nak beli flight ticket bila nak balik kg...:D:D:D
 
Sponsored Post

smartrader

Fun Poster
Joined
Mar 17, 2007
Messages
498
Reaction score
0
Points
20
x lama lagi dunia nie dh jadi cam STAR WARS..
semua main terbang jer....
huhuuuuu....
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
19
Points
65
kat malaysia mana bleh terbang sesuka hati...kat luar negara bleh la..aku nak beli motor terbang...lg best...hehe
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
MPV terbang siap katil kat dalam ade tak??:eek::eek::eek:
 

Lynn_81

Active+ Member
Joined
Oct 31, 2008
Messages
3,599
Reaction score
18
Points
25
kat malaysia mana bleh terbang sesuka hati...kat luar negara bleh la..aku nak beli motor terbang...lg best...hehe

eh..motor x lagi kot..apa kata hang pula yg wat motor terbang lagi jimat...:)):))
 

Azrienaldinho

Fun Poster
Joined
Jun 10, 2008
Messages
284
Reaction score
1
Points
15
risiko kemalangan lagi tinggi, terhempas ke, langgo pokok ke, tiang letrik ke..
wakakaka..
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Klu jadi macam cite starwars, org nak racing atas bumbung rumah jer la..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register