Kereta bawa penumpang keempat di belakang boleh disaman

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR 2 Dis. — Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Katanya tindakan akan diambil berdasarkan peraturan jalan raya sedia ada, sekalipun penumpang keempat di tempat duduk belakang dikecualikan daripada undang-undang pemakaian tali pinggang keledar.

“Ada undang-undang lain, bukan undang-undang tali pinggang keledar, yang boleh menyebabkan tindakan ini diambil, umpamanya kerana membawa muatan secara berbahaya,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pelancaran program pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang di Proton Platinum Centre, Mutiara Damansara di sini hari ini.

Beliau berkata penumpang keempat di tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar berisiko sehingga 80 peratus lebih tinggi untuk terbunuh atau cedera jika kemalangan berlaku.

Katanya tinjauan pertama JKJR mendapati kemungkinan terdapat penumpang keempat di tempat duduk belakang adalah sembilan peratus dan tinjauan kedua mendapati ianya menurun kepada lima peratus.

“Ini bermakna terdapat penurunan dalam trend membawa penumpang keempat di tempat duduk belakang berikutan kesedaran orang ramai dalam isu keselamatan di jalan raya,” kata Suret Singh.

Beliau berkata saman maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan jika didapati mana-mana penumpangnya tidak memakai tali pinggang keledar.

Suret Singh memuji Proton Holdings Berhad kerana sanggup membelanjakan RM7 juta untuk kos pemasangan tali pinggang keledar secara percuma bagi 226,000 unit kenderaan Proton Saga dan Gen 2.

— BERNAMA

Gila ler...amis yang anak ramai macam aku kena tukaq kereta pakai van ker kalau nak jalan2 sekeluarga...:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
kenapa la bila kerajaan nk buat keputusan x pikir habis ahhhh
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
org yg anak ramai tak mampu nak beli van o mpv pasni takleh bawak anak durang naik bersama la...
bo do la buat undang2 mcm ni
:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam
 

BizClub

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,034
Reaction score
157
Points
78
x per..x per....

kita tengok nanti bapak2 polisi bawa keta camna lak ramai2...x kan anak2 dorang x ramai kan..

kalo lebih had kita saman dorang balik....
 

rockstar

Active+ Member
Joined
Jan 7, 2007
Messages
4,814
Reaction score
33
Points
30
:eek::eek::eek:...apsl korang marah2...hihihi kan nih lawak kerajaan mesia...meh la gelak reramai....:)):)):)):eek::eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register