Kereta api tergelincir, penumpang selamat

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,047
Reaction score
153
Points
33
KOC gerabak penumpang KTMB dengan 10 penumpang dan kakitangan tergelincir berhampiran Stesen Genuang di Segamat. FOTO AHMAD ISMAIL


Segamat: Sebuah kereta api dengan 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang di sini, awal pagi tadi.

Semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu.


Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Kamarulzaman Zainal berkata, tren itu dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di Kilometer 595 di Genuang di sini.

"Insiden membabitkan dua gerabak penumpang dan lokomotif.

"Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lainnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarulzaman berkata, susulan kejadian berlaku sedikit kelewatan perkhidmatan di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru.

"Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan, katanya.

Menurutnya, KTMB turut memohon maaf kepada penumpang yang terbabit dalam kejadian itu.

"KTMB menyediakan pengangkutan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral.

"Usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian.

"Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)," katanya.


== hmetro
 
Top
Log in Register