TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,137
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,137
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
Kota Belud: Bukan mudah untuk mengawal pergerakan kira-kira 100 lembu yang diternak melainkan terpaksa mengupah pekerja untuk memantau pergerakan haiwan ternakan itu yang dikhuatiri menceroboh tanaman penduduk kampung.
Namun, bagi penternak, Limun Gontirik, 70, dia mempunyai cara tersendiri mengawal haiwan berkenaan iaitu dengan ‘melantik’ kerbau sebagai pengawal lembu miliknya.
Menurut Limun, melatih kerbau untuk mengawal lembu bukannya satu perkara mudah, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.
“Jika satu ketika dulu kerbau digunakan sebagai pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat selain untuk membajak sawah padi, tetapi pada zaman moden kini, khidmat haiwan ini tidak lagi diperlukan.
“Kerbau adalah haiwan sangat penting pada zaman dulu dan boleh dilihat melalui lukisan dan sejarah lama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bangkahak, di sini.
Limun berkata, sebanyak tujuh kerbau peliharaannya dilatih untuk mengawal kira-kira 100 lembu di kandang.
Foto
KERJA memantau menjadi lebih mudah dengan melantik kerbau jadi pengawal.
“Setiap pagi, saya akan menunggang kerbau ke kandang lembu yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah.
“Setibanya di kandang, saya akan melepaskan semua lembu untuk meragut rumput di kawasan hutan berhampiran,” katanya.
Katanya, disebabkan bilangan lembunya yang banyak, keringat kerbau digunakan untuk mengawalnya daripada bergerak ke kawasan lain.
“Saya lebih gemar menggunakan kerbau untuk bergerak kerana haiwan ini bertubuh besar dan mampu menakutkan lembu lain.
“Sepanjang menjaga ternakan ini, belum ada lembu yang ‘ingkar’ dengan arahan kerbau,” katanya.
Menurut Limun, ketika usia muda dia lebih gemar membawa kuda untuk meninjau haiwan ternakannya di kandang tetapi faktor usia menyebabkan tugas mengawal binatang ternakan diambil alih kerbau.
“Kuda terlalu laju dan kadang kala sukar dikawal manakala pergerakan kerbau lebih perlahan tetapi kuat.
“Apabila hari hampir gelap, saya akan menunggang kerbau untuk menghalau semua lembu peliharaan ke kandang untuk dikurung,” katanya.
Ditanya mengenai keistimewaan menunggang kerbau, Limun berkata, haiwan itu mudah dikendalikan.
“Pergerakannya perlahan dan saya boleh menghabiskan banyak masa dengan bersantai sambil mengawal pergerakan lembu.
“Kadangkala, ada individu yang pelik melihat saya menunggang kerbau mengambil kesempatan dengan merakam foto kenangan,” katanya yang menyedari aktiviti (menunggang kerbau) semakin pupus.
Limun berkata, memiliki kerbau adalah salah satu identiti masyarakat negeri ini kerana pada masa dulu, haiwan berkenaan adalah simbol kekayaan sesebuah keluarga.
“Bilangan kerbau dimiliki keluarga juga menjadi kayu pengukur kemampuan pemuda untuk mencari calon isteri.
“Malah, dalam urusan pertunangan atau perkahwinan, kerbau berperanan sebagai hantaran kepada pihak perempuan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kerbaukawallembu/Article/index_html