Kerani didakwa cuba rogol, cedera inspektor polis

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KLANG: Seorang kerani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan cuba merogol dan mencederakan seorang inspektor polis yang juga bekas teman wanitanya di sebuah hotel di sini bulan lalu.

Wan Abdul Haniff Wan Abdul Hisham, 30, dari Pelabuhan Klang di sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Tertuduh didakwa cuba merogol mangsa yang berusia 28 tahun di sebuah bilik di No 111, Hotel Royal Comfort, Jalan Meru di sini, kira-kira jam 10 malam 12 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Wan Abdul Haniff juga didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama dan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berkhidmat kira-kira enam bulan sebagai anggota polis mengalami lebam-lebam pada badannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syuhaida Alwi yang mewakili pihak pendakwaan mencadangkan supaya tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua tuduhan.

Wan Abdul Haniff, bagaimanapun, memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan dia perlu menanggung ibu bapa dan adik-adik yang masih bersekolah.

Hakim Anita, kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan dan untuk tertuduh melantik peguam.
 
Sponsored Post

zaikiah

Fun Poster
Joined
Apr 2, 2009
Messages
165
Reaction score
0
Points
10
yang heran tu, knapa pompuan tu ble ada dekat hotel tu?
 

mokhaini

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
bukan setakat "kat" hotel ... malah dalam bilik lagi .....
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
pelik tapi benar :-?
 

pokcak

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
9,664
Reaction score
95
Points
80
itu juga bermain dlm kepala aku. mungkin niat nak ringan2.. pastu gaduh. then, jadi kes laaa.. hehe
 

apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
ayat power woi...korang taktau.....
tapi polis tuh.....nahas la....
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,185
Reaction score
1,041
Points
1,101
org bawak pi otel sah2 nak main... apa la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register