Kerana UMNO : Dr. Mahathir sedih Langkawi tiada dalam LTdL

CG Sponsors




FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
http://www.youtube.com/watch?v=EONKMXuwI6A


LANGKAWI - Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, sedih kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan dalam Jelajah Basikal Le Tour De Langkawi (LTdL), sejak beberapa tahun lepas.

Katanya, pulau peranginan itu sepatutnya disenaraikan dalam peringkat Jelajah LTdL, kerana matlamat awal penganjuran kejohanan itu adalah untuk mempromosikan pulau itu di mata dunia.

Dr. Mahathir, yang menjadi pencetus penganjuran Jelajah LTdL pada 1996, berkata berikutan LTdL tidak lagi diadakan di pulau itu, maka satu kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan dianjurkan pada Jun ini.

"Saya sedih kerana LTdL tidak dipertandingkan di Langkawi, sepatutnya diadakan di pulau peranginan ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancar feri penumpang My Ferry 2 berharga RM7 juta di Jeti Kuah, di sini, semalam.

LTdL dalam bahasa Perancis bermaksud "Melancong ke Langkawi", merupakan acara lumba basikal tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia sejak 1996 dan edisi ke-15 tahun ini akan bermula 1 hingga 7 Mac ini.

Dr. Mahathir berkata kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan diadakan pada 26 dan 27 Jun ini bagi menggantikan perlumbaan LTdL di pulau peranginan itu.

Katanya kejohanan itu akan dianjurkan oleh sebuah syarikat tempatan dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000.

Menurutnya dua kategori akan dipertandingkan, iaitu acara merentas desa sejauh 55 kilometer dan marathon 120km.

Mengenai LTdL, Dr Mahathir berkata ia adalah bahan promosi bukan sahaja untuk Langkawi, malah untuk Malaysia dan adalah lebih berkesan jika perlumbaan itu disiarkan oleh stesen televisyen di luar negara.

Dalam pada itu, acara LTDL tahun ini membabitkan tujuh peringkat perlumbaan iaitu dari Kota-Baharu-Kuala Berang, Kuala Terengganu-Chukai, Pekan-Mersing, Mersing-Parit Sulong, Muar-Port Dickson, Putrajaya-Genting Highlands dan Kuala Kubu Baru-Dataran Merdeka, yang membabitkan jarak keseluruhan sejauh 1,001.8km.

Kejohanan itu membabitkan seramai 120 pelumba daripada 20 pasukan termasuk dua pasukan tempatan. - Bernama
Add to Google​

 
Last edited:
Sponsored Post

little_lily

Legendary Member
Joined
Jun 23, 2008
Messages
14,859
Reaction score
101
Points
123
dah nama pun langkawi, kener la masuk, apsal lak langkawi x masuk :-?:-?
 

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Hmm...ooo baru tau sejak kebelakangan ni Langkawi dah x masuk sebagai salah satu laluan rupanya
Pelik2...dah nama LTDL
Kalo mcm tu lebih baik tukar jer nama
 

ShamsurizaHusain

Fun Poster
Joined
Jul 29, 2009
Messages
245
Reaction score
0
Points
10
Apalah sudah jd ini mcm. Aku still konfius. Ada sesape kat ni blh xplain knp jd camtu? tlg...
 

Yu-GO

Junior Member
Joined
Apr 5, 2009
Messages
75
Reaction score
2
Points
11
Takkanlah Langkawi x termasuk sbb Kedah skrg negeri pembangkang ..
 

irfan

Active+ Member
Joined
Feb 9, 2007
Messages
4,360
Reaction score
17
Points
25
mesti piley BN lagi lepas ni...kayakayakaya..ekelwaeklalweahebat sungguh azalina!!!!hidup UMNO!!!!orang lain sumer mati x pe!!!
mestipileymestipiley
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Dah 3 taun tak masuk k??
Tak sado plak aku!!!
 

desire

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2006
Messages
9,694
Reaction score
29
Points
70
aku nak nengok bila pulak nak buat Le Tour De Klate :D
 

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
org langkawi lepas ni jgn jadi bengong lg dok undi bn.. dah terang2 depa tutup periuk nasik org lgkwi.. penganjuran ltdl byk membawa masuk pelancong asing ke lgkawi.. la ni habuk pun tarak !!
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
kene tkr la..
le tour de 1malaysian~
 
Sponsored Post
Top
Log in Register