BTC USD 69,692.2 Gold USD 2,355.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,793
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,793
Reaction score
6,228
Points
881
Awards
1
Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

07/04/2024

BATU PAHAT: Seorang lelaki terpaksa berhari raya dalam penjara selepas gagal membayar ikat jamin RM6,000 dikenakan Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memeras ugut penuntut wanita sebuah universiti awam di Parit Raja, bulan lalu.



Muhammad Asyraf Omar, 26, didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana memeras wang daripada penuntut berusia 23 tahun berkenaan pada jam 12.30 tengah hari, 26 Mac lalu.

Dia yang dihadapkan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat.

Mengikut laporan dibuat mangsa, kejadian ketika penuntut terbabit menunggu bas untuk pulang ke Masai, Johor, berikutan cuti akhir semester apabila dia didatangi tertuduh yang tidak bekerja itu yang kemudian meminta wang.

Pelajar berkenaan enggan melayan permintaan penganggur terbabit yang kemudian menarik baju mangsa yang menyebabkan wanita itu ketakutan lalu menyerahkan RM3. Mangsa selepas itu terpaksa berjalan sejauh lima kilometer untuk membuat laporan di Balai Polis Parit Raja.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Izzati Rozman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga lantikan peguam.

BHonline-
 
Sponsored Post

Minta kasar kot.

Cuba minta tu sambil menangis2 keluar hingus. Kata dah 5 hari tak makan.

Konpom dpt la. Bangsa kita ni cepat kesian kat org.


Silap org..minta duit awek U....takut lah budak tu..lainlah nak mengorat :D

tengok sosial experimen budak melayu buat buat lapar..mintak makan kat makcik jual nasi tepi jalan
senang je diorg bagi
bagi nasi + lauk
+ duit lagi
dengan senang hati je
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register