BTC USD 27,569.1 Gold USD 1,994.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerana kasut pelajar MRSM dibelasah senior, tulang rusuk patah tusuk jantung

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,124
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,124
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
Balik Pulau:Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini patah tulang rusuk akibat dipukul sembilan pelajar tingkatan empat di asrama sekolah berkenaan, kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan pelajar terbabit terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana serpihan tulang rusuknya terkena jantung.

Mangsa dikatakan dipukul menggunakan seterika dan juga dipijak semua pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3858#sthash.RY7ynovs.dpuf
image.jpg

Mangsa ketika dirawat di ICU HTAR dan dibenarkan keluar

BALIK PULAU - [DIKEMASKINI] Gara-gara menggeledah bilik senior untuk mencari kasut rakannya yang hilang, seorang pelajar tingkatan dua patah tulang rusuk dibelasah beramai-ramai di hostel Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam, mangsa dikatakan bersama rakannya berusia 15 tahun masuk ke bilik senior untuk mencari kasut berkenaan yang dikatakan bernilai RM400.

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari pelajar tingkatan empat sebelum bertindak menarik mangsa ke sebuah bilik.

Tidak berpuas hati dengan perbuatan pelajar junior itu, difahamkan lapan pelajar senior membawa kedua-dua mangsa ke bilik elektrik sebelum dibelasah.

Kedua-dua mangsa dipercayai dipukul dengan seterika panas selain dipijak menyebabkan mereka cedera di bahu dan patah tulang rusuk.

Menurut sumber, kejadian itu hanya disedari warden asrama sehari kemudian dan menempatkan mangsa di bilik rehat untuk menunggu arahan lanjut.

Menurutnya, warden kemudian memaklumkan kejadian itu kepada penolong kanan hal ehwal pelajar sebelum diarah menghantar mereka pulang.

"Mangsa yang berasal dari Klang dihantar ke lapangan terbang dan setibanya di sana mangsa dikejarkan ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapat rawatan lanjut.

"Mangsa ditahan di unit rawatan rapi (ICU) selepas pemeriksaan mendapati tulang rusuk yang patah itu dikatakan terkena pada jantung," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ibu mangsa yang dihubungi Sinar Harian memaklumkan anaknya stabil dan dibenarkan keluar hospital.
Beliau berkata, akibat kejadian itu anaknya kini trauma dan murung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin mengesahkan kejadian itu dan sudah mengenal pasti lapan pelajar yang terbabit.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/pelajar-patah-tulang-rusuk-dibelasah-senior-1.327301
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register