BTC USD 39,776.4 Gold USD 1,863.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerana bulu mata masuk ke syurga

primefiqone

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2010
Messages
17,653
Reaction score
261
Points
131
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,



“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”



“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”



Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”



Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”



Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”



disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”



Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”



Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”



Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”



Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”



Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”



“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”



Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”



“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”



Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:


wallahualam
 
Sponsored Post

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
subhanallah..tq TT..bagus pedoman ni..
 

kasmarol

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
9,942
Reaction score
59
Points
80
kena banyakkan taubat nasuha :):):)
 

izjat

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2009
Messages
4,354
Reaction score
12
Points
25
wallahualam... terima kasih kerana berkongsi cerita ini.
kalau kite berbuat dosa, hendaklah bertaubat... dan hindarkan dari melakukan kemungkaran. insyaallah kita akan beroleh kebahagian di syurga nanti. wallahualam
 

bob76

Legendary Member
Joined
Jul 7, 2010
Messages
16,285
Reaction score
70
Points
120
Tima kasih buat TT dgn cerita tuh...anyways..TT ada x rujukan dari mana cerita tersebut? TQ
 

nav_6142

Fun Poster
Joined
Sep 24, 2010
Messages
436
Reaction score
0
Points
10
pedoman bg kite sume..islam itu mudah,tp kite yg m'jdkan ianya susah..
subhanallah
 

primefiqone

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2010
Messages
17,653
Reaction score
261
Points
131
Tima kasih buat TT dgn cerita tuh...anyways..TT ada x rujukan dari mana cerita tersebut? TQ

sy hanya mnyampaikan dr seorang hamba pd seorang hamba

wallahualam
 

bisnesideas

Freshie
Joined
Nov 1, 2010
Messages
14
Reaction score
1
Points
13
Alhamdulillah.
Bertambah sedikit musahabah diri hr ni.

Terima kasih saudara,

Semoga kita semua sentiasa dirahmati-Nya.

Wslm :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register