News Kerajaan Umum "JENDELA" - Pertingkat Kualiti Jalur Lebar Kepada Pengguna

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
SKMM Akan Menilai Semula Kriteria Pelan Pembangunan Pencawang Telekomunikasi Di Bawah Program JENDELA

Pada minggu yang lalu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan laporan JENDELA pertama untuk suku terakhir tahun 2020 ini, yang memperlihatkan pencapaian program tersebut.

Walaupun laporan tersebut memperlihatkan pencapaian yang baik, terdapat beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang tidak sempat melengkapkan bahagian mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Hari ini, pihak SKMM telah mengeluarkan satu kenyataan baru dimana mereka nampaknya akan mengkaji semula kriteria kelayakan dan juga skop kerja syarikat-syarikat telekomunikasi yang ingin membantu membangunkan infrastruktur telekomunikasi negara, termasuklah pembangunan infrastruktur gentian optik dan juga menara-menara pencawang 4G.


Sebelum ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telahpun menyerahkan borang Registration of Interest pada 3 Disember lalu, dimana mereka kemudiannya menaiktarafkan infrastruktur sedia ada, dan membangunkan pencawang baru bagi lokasi-lokasi yang memerlukannya.

Selepas kajian semula kriteria dan skop kerja ini lengkap, pihak SKMM akan menghantar semula jemputan untuk menghantar pelan mereka berdasarkan kriteria baru ini.

Syarikat-syarikat yang masih lagi mahu bersama membangunkan infrastruktur telekomunikasi negara bolehlah menghantar draf pelan mereka mengikut piawaian baru yang diberikan.

SKMM akan mengeluarkan jemputan baru pada 20 Januari 2021, dimana syarikat-syarikat tersebut haruslah menjawab semula pada 2 Februari 2021 dengan jawapan samada mereka masih akan meneruskan pembangunan pencawang-pencawang ini.

Draf pelan kesalinghubungan sejagat daripada syarikat-syarikat telekomunikasi ini dijangka akan dihantar ke pihak SKMM untuk diteliti pada 30 April 2021.

Kami mendapat jawapan daripada pihak SKMM berkenaan penilaian semula kriteria dan skop kerja ini. Menurut mereka, ia dilakukan untuk membolehkan lebih banyak syarikat telekomunikasi tempatan untuk mengambil bahagian dalam fasa pembangunan rangkaian telekomunikasi negara.

Dengan ini, syarikat-syarikat telekomunikasi kecil dan besar boleh membantu dalam meningkatkan lagi capaian dan mutu rangkaian dalam kapasiti mereka supaya semua rakyat Malaysia boleh menikmati sambungan internet yang pantas dengan lebih cepat.



Sumber asal https://www.mcmc.gov.my/en/media/announcements/jalinan-digital-negara-jendela-phase-1-jendela-pha
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Kerajaan Sasar Untuk Percepat Penyediaan Capaian Internet Di Pedalaman Semenanjung, Sabah & Sarawak Pada Tahun Ini

Bermulanya tahun 2021, semestinya ramai yang tidak ingin lagi ketinggalan dalam arena digital. Selari dengannya, kini KKMM menyasarkan untuk mempercepatkan penyediaan capaian internet di pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, kerajaan pernah berkongsi mengatakan akan menggunakan teknologi VSAT dalam menawarkan internet dikawasan pedalaman. Apa pun, ia masih terdapat beberapa kelemahan dari segi kapasiti yang terhad, kos operasi yang tinggi, dan kestabilan disebabkan perubahan cuaca.

Melalui pelan JENDELA (Jalinan Digital Negara), kerajaan ingin mengurangkan jurang digital, selain memfokuskan penyediaan perkhidmatan telekommunikasi yang berkualiti. Beberapa kaedah berbeza dilihat dalam memastikan penawaran ini.

Pada mmasa yang sama, kerajaan juga mengatakan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk merealisasikan polisi kerajaan mengiktiraf infrastruktur telekomunikasi sebagai utiliti awam – seperti air dan elektrik.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
SKMM Sasar Sekitar 1.2J Premis & Rumah Dengan Sambungan Gentian Optik Pada 2021

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi mengatakan mereka menyasarkan untuk mempunyai sambungan gentian optik pada 1.2 juta premis dan rumah menjelang 2021 kelak.

Sebelum ini, pihak MCMC telah berkongsi mengatakan sebanyak 435,947 premis telah mempunyai akses ke gentian optik. Ini sekaligus memperlihatkan sasaran untuk tahun 2021 adalah sekitar tiga ke empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan sasaran tahun ini.

Dengan sasaran baru ini, ia boleh dikatakan lebih mencabar untuk dicapai – terutamanya dari segi infrastruktur. Tetapi, dengan sejumlah langkah, perancangan dibawah program Jendala ini dijangka akan dicapai.

Disamping itu, pada tahun 2021 juga, sasaran liputan rangkaian 4G dijangka akan ditambah lagi, disamping akan menamatkan sokongan rangkaian 3G menjelang penghujun 2021 kelak.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register