News Kerajaan Umum "JENDELA" - Pertingkat Kualiti Jalur Lebar Kepada Pengguna

CG Sponsors




Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Jendela Fasa 2 - Liputan 4G 100% Di Malaysia, Kelajuan Mudah-Alih Mencapai 100Mbps

Kerajaan sebelum ini telah berkongsi berkenaan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha meningkatkan kadar kesalinghubungan rangkaian digital di Malaysia. Selari dengannya, melalui fasa pertama, ia sedia diumumkan rangkaian 3G akan ditamatkan, dan membuka ruangan kepada pengenalan rangkaian 5G dengan lebih meluas.

Selain daripadanya, untuk fasa pertama, kerajaan menyasarkan untuk mencapai liputan 4G sehingga 96.9% pada kawasan berpenduduk, selain kelajuan rangkaian mudah-alih mencapai 35Mbps.

Kini, selain fasa pertama, kerajaan turut memperlihatkan sasaran untuk fasa kedua JENDELA. Melaluinya, kerajaan menyasarkan untuk mencapai liputan 4G 100% pada kawasan berpenduduk di Malaysia. Beberapa kaedah akan dilihat dan ia tertakluk kepada capaian secara fizikal, atau penggunaan teknologi alternatif.

Disamping itu, kerajaan turut menyasarkan untuk mencapai kelajuan rangkaian mudah-alih sekitar 100Mbps ketika itu – yang mana dirancang sekitar 2022 kelak. Pada tahun 2022 juga, selain kelajuan dan liputan 4G menyeluruh, pengenalan rangkaian 5G secara menyeluruh juga akan dilakukan.

Jendela-Fasa2-1-950x594.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register