News Kerajaan Umum "JENDELA" - Pertingkat Kualiti Jalur Lebar Kepada Pengguna

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,629
Reaction score
3,769
Points
236
Kerajaan Umum Jalinan Digital Negara (JENDELA) – Ingin Pertingkat Penawaran Kualiti Jalur-Lebar Kepada Pengguna;

Kerajaan hari ini telah mengumumkan inisiatif dinamakan JENDELA (Jalinan Digital Negara), dalam usaha untuk terus memperkukuh infrastruktur kesalinghubungan di Malaysia. Seperti ramai sedia maklum, dengan implementasi Perintah Kawalan Pergerakan, permintaan untuk komunikasi secara atas-talian telah makin meningkat – apatah lagi dengan populariti kerja dari rumah, dan pembelajaran dari rumah.

Selari dengannya, kini sebuah pelan tindakan dirancang untuk terus menawarkan kualiti jalur-lebar tinggi kepada pengguna, selain menyiapkan negara untuk peralihan teknologi 5G. JENDELA akan dilaksanakan antara 2021 hingga 2025, dan dilaksanakan secara berperingkat. Antara yang dirancang adalah termasuk memperluaskan jalur-lebar mudah-alih 4G kepada 96.9% kawasan berpenduduk.

Pada masa yang sama, kerajaan ingin meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah-alih dari 25Mbps kepada 35Mbps. Kerajaan turut menyasarkan sebanyak 7.5 premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit dalam tempoh berkenaan. Semua ini akan dilaksanakan dalam fasa 1, sebelum fasa 2 yang akan lebih memfokuskan kepada rangkaian 5G.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,629
Reaction score
3,769
Points
236
Rangkaian 3G Akan Di Tamatkan Secara Berperingkat Sehingga Akhir 2021

Kerajaan hari ini telah mengumumkan inisiatif JENDELA (Jalinan Digital Negara) dalam usaha untuk terus mempertingkatkan penawaran kualiti jalur-lebar kepada pengguna. Selari dengannya, kerajaan turut mengumumkan peralihan ini akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat.

Penamatan rangkaian 3G ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir 2021 kelak. Ini adalah salah satu usaha dalam terus memantapkan lagi rangkaian 4G negara, serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G.

Sebelum ini, rangkaian 3G telah diperkenalkan untuk pengguna secara meluas sejak 2005 yang lepas, sekaligus menjadikannya titik tolak untuk populariti penggunaan peranti pintar secara mudah-alih.
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,545
Reaction score
585
Points
126
Ramai netizen dan forumer marah-marah kalau 3G ditamatkan mereka nak pakai inernet apa ? Cuma 3G saja yang ada.
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,631
Reaction score
358
Points
141
takut nak buat panggilan x dpt sbb VOLTE ni, masih x meluas..
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,098
Reaction score
1,986
Points
206
aku dah 2 bulan register unifi TM, sampai skrg xpasang2 lagi
sbb port apartment penuh

yg bangangnye, dah tau port penuh p buat promotion dekat apartment aku 2 bulan lepas buat ape?
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,631
Reaction score
358
Points
141
aku dah 2 bulan register unifi TM, sampai skrg xpasang2 lagi
sbb port apartment penuh

yg bangangnye, dah tau port penuh p buat promotion dekat apartment aku 2 bulan lepas buat ape?
diorg bole tambah port baru ikut permintaan..
cuba call Unifi bgtau masalah yg dialami dgn promosi yg telah dibuat sebelum ini..
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,386
Reaction score
2,137
Points
201
Ramai netizen dan forumer marah-marah kalau 3G ditamatkan mereka nak pakai inernet apa ? Cuma 3G saja yang ada.
rasa 2G yang akan ditamatkan macam Singapura dan Korea.
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,545
Reaction score
585
Points
126
rasa 2G yang akan ditamatkan macam Singapura dan Korea.
habislah hampir semua GPS tracker dan stesen paras air JPS tidak lagi berfungsi.
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register