Kerajaan tubuh jawatankuasa tangani isu sensitif dan perkauman

Recommended Brokers


kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,806
Reaction score
1,305
Points
206


KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) bagi menangani dan mengendurkan ketegangan berkaitan isu sensitif dan perkauman di peringkat nasional.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata jawatankuasa itu berperanan sebagai forum rasmi bagi mengenal pasti isu dan polemik yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat.

“… (Jawatankuasa ini) meningkatkan sinergi agensi yang terlibat dalam menangani isu perpaduan secara bersepadu.

“JPIP dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi, antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berkenaan usaha kerajaan bagi menangani isu-isu sensitif perkauman dan keagamaan yang kian meluas pada masa kini.

Jawatankuasa itu adalah hasil usaha Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara.
— BERNAMA

 
Sponsored Post

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
7,536
Reaction score
431
Points
81
Buang masa. Hapuskan sekolah cina..
Masalah selesai.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,806
Reaction score
1,305
Points
206
menteri perpaduan goyang teloq
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,376
Reaction score
2,122
Points
226
kalau dah ada JPIP, kita tak perlu Menteri Perpaduan .. boleh campak sungai dah :D

JPIP lapor terus dibawah KDN
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
6,989
Reaction score
324
Points
81
Menteri pergaduhan tak main peranan ke?
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,806
Reaction score
1,305
Points
206
Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) dilancarkan ganti MPKN



PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) dilancarkan hari ini bagi menggantikan fungsi dan tanggungjawab Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy berkata MPKR akan menjadi mekanisme penasihat yang berwibawa kepada kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan dan kesejahteraan sosial bagi meneruskan usaha-usaha penyatuan nasional demi menjulang agenda perpaduan negara.

“Badan ini akan berfungsi sebagai sebuah entiti berkecuali sepenuhnya tanpa rasa takut dan terbatas, demi memastikan wujudnya sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu,” katanya pada majlis pelancaran dan penyampaian watikah pelantikan ahli MPKR 2019-2022 di sini hari ini.

Beliau berkata 14 ahli MPKR yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya ahli politik, para akademik, penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, wakil masyarakat minoriti dan wakil belia.

“Selain menasihati menteri, mereka juga perlu memikirkan kaedah terbaik untuk memerangi cabaran yang kita hadapi, mengurangkan ketegangan kaum dengan matlamat menyeluruh untuk memperkukuhkan perpaduan negara,” katanya. Teks ucapannya dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Baharin Idris.

Waytha Moorthy berkata usaha meningkatkan dan memperkukuhkan perpaduan nasional akan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan kerana masalah polarisasi kaum dan kecenderungan untuk melihat isu-isu dari segi perkauman telah mencapai tahap yang membimbangkan.

Beliau berkata Malaysia kini berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mempertingkatkan perpaduan negara.

“Mesej-mesej kebencian kaum dan agama sering dilaungkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan melalui media sosial setiap masa,” katanya, sambil menambah situasi berkenaan bakal menjadi cabaran terbesar untuk digalas ahli-ahli MPKR baharu itu.

Ahli-ahli MPKR yang dilantik itu perlu lebih proaktif serta berhemah dalam mendepani isu-isu yang mencabar demi memastikan keutuhan perpaduan negara terpelihara setiap masa, katanya.

— BERNAMA

 
Sponsored Post
Top
Log in Register