BTC USD 27,730.7 Gold USD 1,959.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Timbang 'Pecah' Monopoli Touch n Go - PM10

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2

Kerajaan timbang 'pecah' monopoli Touch n Go​

19 Mac 2023 07:47pm

2132559.jpg


Anwar ketika Dialog Anak Muda Temu Anwar yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada Ahad.Foto SINAR HARIAN/ Rosli Talib


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan meneliti kembali monopoli sistem pembayaran, Touch n Go (TNG) di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan wujud permasalahan yang sering dibangkitkan membabitkan sistem berkenaan.

"Touch n Go telah beroperasi lebih daripada dua dekad (20 tahun) tetapi tidak ada ada progres (ditambah baik) dalam sistem.

"Saya fikir anda betul dan kita akan menimbang kembali (monopoli dalam TNG)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan salah seorang peserta Dialog Anak Muda - Temu Anwar yang diadakan di sini pada Ahad.

Menerusi dialog itu, seorang peserta membangkitkan persoalan sama ada kerajaan berhasrat untuk menamatkan monopoli TNG.

Dianggarkan terdapat lebih 20 juta kad Touch n Go dalam edaran yang mewakili hampir 91 peratus transaksi di 31 lebuh raya di seluruh negara.

Sementara itu, program Temu Anwar merupakan medan untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutamanya anak muda bertanyakan soalan terus kepada Presiden Pakatan Harapan (PH) itu tanpa halangan yang dimulakan sejak 2009.

Acara yang berlangsung dengan kehadiran ribuan peserta itu julung kali diadakan sejak Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri tahun lalu.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2

Sistem pembayaran terbuka akan dilaksana dalam pengangkutan awam​

20 Mac 2023 06:53pm

2133645.jpg


Anthony Loke - Foto Bernama


SEPANG - Sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana Malaysia Bhd selain daripada penggunaan Touch 'n Go, akan dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, sistem pembayaran terbuka akan membolehkan pengguna menggunakan kad kredit atau debit sebagai pembayaran untuk menggunakan pengangkutan awam selain kad Touch 'n Go.

"Ini untuk memberi pilihan kepada pengguna selain menggunakan Touch 'n Go," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim semalam mengenai monopoli Touch 'n Go yang mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Plaza Premium Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Isnin, Anthony berkata, kenyataan Perdana Menteri itu bukan bermaksud perkhidmatan Touch 'n Go ditamatkan.

"Kita bukan nak tamatkan Touch 'n Go, jangan kata macam kita nak bunuh Touch 'n Go. Cuma Touch 'n Go akan menjadi salah satu (pembayaran) daripada satu-satunya sekarang," katanya dan menambah pengguna juga merungut kerana tidak diberi pilihan dalam pembayaran untuk pengangkutan awam dan lebuh raya.

Anthony berkata, Perdana Menteri telah memberi arahan supaya perkara itu dibincangkan dalam kabinet dan ia memerlukan penyelesaian segera supaya membuka ruang kepada sistem pembayaran yang lain.

Untuk pengangkutan awam, katanya beliau telah mengarahkan agensi termasuk operator di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka.

Anthony berkata, Prasarana telah diarah melaksanakan sistem pembayaran terbuka dan mereka memerlukan masa untuk mengintegrasikan sistem.

Sistem pengangkutan awam di bawah Prasarana termasuklah perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT). - Bernama


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2

Lima lebuh raya boleh guna kad debit, kredit​

21 Mac 2023 06:35pm

2134816.jpg


Pengguna jalan raya boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September 2023. Gambar kecil: Nanta Linggi


KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September 2023.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka (open payment system) itu adalah inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan.

Menurutnya, lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

“Melalui pelaksanaan MLFF, open payment system akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya di Malaysia secara berperingkat dan akan membuka peluang kepada lebih ramai pihak pemberi kemudahan e-Wallet untuk turut serta dan tiada lagi monopoli oleh pihak Touch ‘N Go.

“Dengan itu, persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri yang akan membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah beliau, pembuktian konsep sistem MLFF akan dijalankan sebelum penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem tersebut sebelum dilaksanakan di lebuh raya seluruh negara.

Jelasnya, lokasi bagi pembuktian konsep masih dirundingkan dan bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat, sebelum pelaksanaan MLFF secara sepenuhnya dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

Pengumuman itu dibuat susulan perancangan dan perbincangan diadakan bersama pihak-pihak terlibat termasuk syarikat konsesi lebuh raya sejak awal tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan akan meneliti kembali monopoli sistem pembayaran, Touch n Go (TNG) di negara ini.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2

Peluang TNG tingkat mutu perkhidmatan​

22 Mac 2023 06:50am

2135216.jpg


Sistem pembayaran terbuka akan dilaksanakan di beberapa lebuh raya utama menjelang September. - Foto Bernama


PENGUMUMAN Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai sistem pembayaran terbuka di beberapa lebuh raya utama menjelang September akan datang memberi kelegaan kepada pengguna jalan raya terutama mereka yang kerap melalui tol berkenaan.

Menurut Alexander, pelaksanaan sistem berkenaan merupakan inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan.

Meninjau komen di beberapa laman media sosial mendapati kebanyakan pengguna menyambut baik cadangan itu dan turut menzahirkan rasa gembira kerana tidak lagi perlu bergantung kepada penggunaan kad ‘Touch n Go’ (TNG) yang mana rata-rata lorong di plaza tol sentiasa sesak terutama ketika waktu puncak.

Jika dilihat secara menyeluruh, penambahan pesaing kepada TNG secara tidak langsung mampu memperbaiki mutu perkhidmatan syarikat itu sendiri.

Dengan adanya persaingan yang baik, ia akan memberi kesan yang positif kepada pemegang taruh selain banyak faedah kepada pengguna termasuk penyediaan perkhidmatan yang lebih kompetitif dan berkesan.

Mana tidaknya, isu monopoli TNG sering menjadi tumpuan dan perdebatan pengguna ekoran perkhidmatan yang diberikan syarikat TNG kurang memuaskan terutama dalam mengendali isu pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Sejak diperkenalkan, sudah banyak rungutan pengguna dipaparkan di laman sosial sehingga ada yang menyatakan secara sinis akronim RFID sebenarnya merujuk kepada ‘Reverse Forward INSYA-ALLAH Detect’ dan ‘Reverse Forward i Dibuatnya’.

Pada ketika ini pengguna tiada pilihan dan hanya perlu bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan oleh TNG.

Namun diharapkan menjelang suku keempat tahun ini, sistem pembayaran terbuka dapat direalisasikan bagi memberi lebih banyak kemudahan kepada pengguna jalan raya.

Sebagai rekod, lebuh raya yang bakal menggunakan sistem pembayaran terbuka adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2

Rakyat berhak dapat perkhidmatan terbaik​

22 Mac 2023 07:20am

2135158.jpg


Gambar hiasan


JAMINAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi perhatian berkaitan isu Touch ‘n Go yang dikaitkan dengan masalah monopoli amat ditunggu oleh rakyat di negara ini.

Sejarah perkhidmatan itu bermula apabila dilancarkan secara rasmi pada 18 Mac 1997 di Plaza Tol Jalan Pahang dan Plaza Tol Jalan Cheras.

Kemudian, pada 15 April 1997, kemudahan tersebut disediakan di Plaza Tol Salak dan Plaza Tol Bandar Tun Razak.

PLUS Expressways Berhad memperluaskan kemudahan tersebut di kesemua 65 plaza tol sepanjang lebuh raya 848 kilometer kendalian syarikat berkenaan pada 15 November 1998.

Selepas 26 tahun, daripada sistem pembayaran menerusi kad, Touch 'n Go diperluaskan dengan penggunaan Smart Tag dan juga RFID.

Bagaimanapun, setiap hari ada sahaja masalah teknikal yang berlaku menyebabkan berlaku kesesakan di pondok tol.

Mungkin itu menjadi punca masih ramai pengguna lebih selesa menggunakan kad sahaja berbanding kedua-dua kaedah berkenaan.

Namun, tidak dinafikan ada juga kesilapan dipihak pengguna seperti tidak menukar bateri baharu atau tidak mempunyai baki mencukupi sehingga menjadi penyumbang kepada kesesakan.

Namun akhbar ini tertarik dengan perbahasan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika Sidang Dewan Rakyat pada Selasa, yang mengatakan masalah kesesakan jalan raya dan ketidakcekapan pengurusan tol menjadi salah satu sebab rakyat di negara ini semakin tertekan.

Justeru, tidak hairanlah ada seorang pemuda bangkit untuk bertanyakan sendiri kepada Perdana Menteri mengenai isu monopoli Touch ‘n Go ketika Majlis Temu Anwar pada Ahad.

Isu yang dibangkitkan rakyat ini sepatutnya menjadi 'Wake Up Call' kepada syarikat tersebut untuk memastikan perkhidmatan mereka berada pada tahap terbaik kerana Touch ‘n Go bukan baharu dalam bidang tersebut.

Syarikat tersebut masih boleh menarik nafas lega kerana dalam masa yang sama kerajaan memberi jaminan dan tidak berhasrat pun untuk menghentikan perkhidmatan mereka, tetapi beberapa langkah alternatif sedang difikirkan bagi memastikan rakyat ada pilihan lain.

Jadi, Touch ‘n Go perlu menganggap perkara ini sebagai satu teguran positif demi untuk memastikan kepentingan pengguna terbela dan rakyat berhak untuk dapatkan perkhidmatan terbaik.


 
Sponsored Post

Top
Log in Register