Kerajaan Tidak Tolak Haramkan Jualan Arak Di Kedai Runcit Di Negeri Lain

CG Sponsors




Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,972
Reaction score
1,674
Points
101
Pelik bila Muslim yang bantah larangan arak
November 23, 2020
View attachment 316673
ARAK lagi, hak apa, kebebasan agama apa, bercanggah dengan Perlembagaan mana? Samanlah… Sikit punya jahil orang sebegini. Jika dibuat survey, ramai bukan-Islam yang tidak minum daripada minum. Takut-takut nanti yang ramai minum adalah orang Islam sendiri. Ini yang membimbangkan.

Ramai ahli keluarga saya dan saudara mara bukan-Islam yang tidak minum. Yang beriya-iya kita pertahankan atas nama hak ini, pasal apa. Hak apa yang kamu perkatakan ini, ultra kiasu Melayu (Islam)? Memalukan agama dan bangsa…

Cukup-cukup, biarkan bukan-Islam yang menentang, pasal apa kita yang Islam nak jadi jaguh pembela arak. Pemimpin MIC Wilayah Persekutuan yang bukan Islam pun menyokong agar penjualan arak dikawal, peliknya hak Melayu Islam pula kata, rasuah lebih merosakkan negara daripada arak.

Ada pemimpin tua kononnya bersifat amanah kata bercanggah dengan Perlembagaan. Kalau begitu, samanlah. Jadilah peguam, wakilkan diri. Bertaubatlah! Usia pun bukan muda lagi. Takut tak sempat.

Apa kaitan antara rasuah dengan arak? Saya naik malu dengan MIC. Bila bukan-Islam sokong perlu dihadkan jualan, manakala yang Islam bukan main lagi menentang, sehingga membuat analogi tidak masuk akal.

Kalau tidak dapat banteras semua, kita banteras satu-satu, tetapi jangan kata rasuah lebih teruk daripada arak. Seolah-olah kita fokus rasuah, arak dibiarkan dahulu. Kenapa tidak banteras kesemua sekali gus jika mampu.

Lagipun bukan kerajaan nak mengharamkan langsung, cuma menghadkan sahaja. Ayat senang macam ini pun tak faham, nak memimpin rakyat macam mana.

Peraturan atau larangan ini terpakai di negara seluruh dunia. Baca artikel saya sebelum ini, negara-negara maju begitu ketat menghadkan penjualan arak kerana mudaratnya. Kita nak terlebih Barat pasal apa?

Perbuatan rasuah yang berlaku masih dalam keadaan rasional, yakni manusia masih boleh berfikir dengan waras. Tetapi mabuk arak tidak lagi membawa manusia berfikir secara rasional. Seseorang itu sudah tidak menjadi waras di bawah pengaruh arak atau alkohol. Sebab itu, rasuah haram dan arak pun haram.

Kalau tak nampak ayat mengenai pengharaman arak, saya bawakan sekali lagi. Ayat pertama diturunkan dari Surah al-Baqarah ayat 219:

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”

Begitu juga dalam ayat 43 dari Surah al-Nisa’ dan ayat 90 dari Surah al-Maidah.

Dalam agama Hindu pula, rujuk Rigveda buku 8 hymn 2 ayat 12, Rigveda buku 8 hymn 21 ayat 14, Athravaveda 6: 70: 1, kitab Manusmriti 7: 47-50, Manusmriti: 11: 55, Manusmriti 11: 91, dan dalam kitab Manusmriti juga melarang menjual arak dalam Manusmriti 9: 225.

Terdapat beberapa ayat Al-Kitab yang melarang manusia minum arak di dalam konteks yang tertentu, tetapi bukan secara keseluruhan untuk semua orang. Rujuk (Imamat 10:9; Bilangan 6:3; Hakim-hakim 13:4,7,14; 1 Samuel 1:15; Amsal 20:1; 31:4,6; Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12; Mikha 2:11; Lukas 1:15).

Mungkin dalam masyarakat Cina agak longgar sedikit, sebab konteks agama orang Cina yang khalayak fahami lebih kepada ajaran dan kepercayaan. Dalam kata lain, Buddha, Taoism, dan Konfucianisme, bukan agama, tetapi ajaran atau kepercayaan.

Saya tujukan juga kepada pemimpin parti mendakwa dirinya amanah, yang dah tua juga. Sejak bila pula arak menjadi hak orang bukan-Islam. Mabuk arak boleh membawa mudarat yang lebih besar, termasuk pembunuhan jika tidak terkawal. Apakah ultra kiasu sudah rabun dengan dengan kemalangan yang berlaku akibat mabuk arak?

Satu lagi, jika masih jahil, ketagihan arak adalah juga punca keluarga bukan-Melayu bercerai berai. Banyak kali berlaku anak-anak dan isteri dipukul ketika suami tengah mabuk.

Lebih serius lagi, ketagihan arak lebih serius dengan bilangan yang semakin meningkat dalam kalangan anak-anak muda. Arak juga salah satu faktor peningkatan kes kanser hati dan nasopharyngeal di negara ini.

Dalam kata lain, arak sebenarnya mengundang kepada keganasan rumah tangga. Tidak ada kebaikan meminum arak sama ada untuk kesihatan atau kekeluargaan. Arak bukan budaya masyarakat negara ini. Tak faham lagi. Ultra kiasu ini juga menyifatkan kenyataan kita campur tangan dalam urusan orang bukan-Islam, apabila menghadkan jualan arak.

Sejak bila arak menjadi hak bukan-Islam? Sebutkan pada saya, agama bukan-Islam mana yang menggalakkan arak walaupun tidak mengharamkan sepenuhnya seperti ayat yang saya bawa di atas?

Kata ultra kiasu tua jahil ini lagi, orang bukan-Islam sering diberi jaminan bahawa mereka tidak akan dikenakan peraturan yang berkaitan dengan Islam dan urusan Islam, termasuk isu Hudud. Sejak bila pula kita mahukan kenakan hukuman Islam terhadap bukan-Islam

Larangan arak ini bukan sahaja berkaitan dengan Islam, tetapi agama orang bukan-Islam. Kenapa ada orang sebegini jahil sedangkan bila ditanyakan, dia mengaku Islam

Katanya lagi, orang bukan-Islam diberitahu bahawa mereka boleh mengambil makanan tidak halal selagi agama mereka mengizinkan. Ada pernah kita larang mereka makan babi, anjing, ular, kura-kura, tikus dan sebagainya. Cuma, bila tiba bab arak, kena hati-hati sebab ia memabukkan, sama macam dadah.

Cuma, dalam isu arak. Jika benarlah, agama mereka menghalalkan, minumlah, minumlah sampai pecah perut pun. Tetapi jangan melibatkan orang lain. Masalahnya arak ini yang menjadi punca kejahatan sehingga menimbulkan banyak masalah sosial.

Benar rasuah itu bahaya, tetapi arak juga bahaya. Mana lebih bahaya, jika kita tidak bodoh, arak lebih bahaya sebab melibatkan nyawa diri dan orang lain.

Rasuah tidak melibatkan nyawa orang lain, tetapi boleh meruntuhkan negara. Mana lebih bahaya, setiap perkara ada bahayanya tersendiri. Memang totollah kalau dibandingkan. Nasihat saya kepada ultra kiasu tua ini yang kononnya mengaku mewakili tentera dan pemimpin parti yang mendakwa dirinya amanah:

Pertama, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Takut tertutup nanti.

Kedua, bentanglah tikar sembahyang. Dekatkan diri dengan Tuhan. Masa mungkin tidak lama lagi.

Ketiga, bukan-Islam menentang arak hari ini, kerana ekonomi semata-mata. Kekayaan yang dijana hasil daripada jualan arak. Tauke kedai arak pun tidak minum arak. Saya ada pengalaman jual arak sebelum Islam dahulu.

Keempat, jangan malukan agama Islam, kerana perbuatan diri sendiri. Jika MIC pun sokong perlu dihadkan, kita nak berlebih-lebih pasal apa?

Akhirnya, masalah arak ini dan larangannya, isu global, bukan sensitif dengan agama Islam sahaja. Selama ini, kita jual arak 24 jam tanpa henti, sedangkan negara bukan-Islam yang lain, ada had dan peraturan yang ketat. Kenapa perlu jadi lebih Barat daripada Barat sehingga menjadi keparat.

Satu lagi pesan saya kepada pemimpin NGO dan pemimpin parti politik yang kononnya ada sifat amanah ini, jangan kita samakan upacara keagamaan bukan-Islam sebagai majlis mabuk. Adakah pemimpin ultra kiasu ini cuba menghina amalan keagamaan bukan-Islam dengan mendakwa pengawalan kepada jualan arak melanggar kebebasan beragama?

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 23/11/2020
arak, ganja,
benda penin2 ni.. mmg ramai org melayu islam suka
 
Last edited:
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,394
Reaction score
1,876
Points
201
arak, ganja,
benda penin2 ni.. mmg ramai org melayu islam suka
Tu laaa...setakat haram liquor aje di jual di kedai ubat aje ...beli aje beer hahha

itu pun tahun depan baru start operasi
apa2 hal beli la dulu restock

dadah yg haram pun byk melayu menagih
Rileks je takde plak org cina india atau ustad2 bising :ROFLMAO:
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,394
Reaction score
1,876
Points
201
Ulama kita ckp arak adalah hak yg diberikan oleh tuhan hahah

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,394
Reaction score
1,876
Points
201
Ulama kita ckp arak adalah hak yg diberikan oleh tuhan hahah

View attachment 316826
nasib baik la ulama pas
Kalau ulama pan..mampus kene tibai dgn tn guru hahaha

—————

Agama mana benarkan arak? Khairuddin dituntut beri penjelasan
Setiap arahan, larangan Allah SWT adalah terbaik untuk manusia
Athirah Huda Zalhe20 hours ago
0134D812-8AFA-408B-986C-28B85ED366FF-780x470.jpeg

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 8 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Penurunan al-Quran dan perutusan Rasul bertujuan untuk membimbing manusia ke arah kebenaran.

Justeru, bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah SWT memberikan hak kepada agama lain meminum arak, sedangkan al-Quran dan Rasul diutuskan supaya umat Islam memimpin manusia dengan keindahan cara hidup Islam.



Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, apa sahaja arahan dan larangan Allah SWT adalah kebaikan kepada semua manusia, termasuk orang bukan Islam.

Beliau berkata, pengharaman arak bagi orang Islam adalah berasaskan wahyu dan rasional akal bahawa ianya memudaratkan.

“Namun, bagi orang bukan Islam, pengharaman arak itu boleh difahami dan diterima berasaskan kepada pertimbangan rasional.

“Jadi, menjadi tugas umat Islam yang sepatutnya memimpin umat manusia ke arah pemikiran yang rasional,” katanya dalam siaran langsung di Facebook.

Beliau berkata, sekiranya orang bukan muslim tidak boleh menerima al-Quran dan wahyu, maka isu arak boleh dibincangkan dari sudut akal rasional mengenai kebaikan serta keburukan minuman keras itu.

“Itulah dinamakan sebagai hikmah yang menjadi pendekatan BERJASA. Kita ambil pendekatan hikmah sebagai neraca dalam menimbang apa sahaja isu berkait umat manusia.

“Bukannya mengambil pendekatan populis dengan berkata ia adalah kemahuan dan kehendak sebahagian pengundi kita yang bukan beragama Islam. Maka, tak boleh usik hak mereka,” katanya.

Ustaz Mohd Hazizi berkata demikian sebagai mengulas petikan temu bual eksklusif bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali di TV Pertiwi, semalam.

Dalam rakaman berdurasi lebih seminit itu, Dr Khairuddin yang ditanya mengenai pengakhiran bagi industri arak berkata, sekiranya minuman keras memudaratkan, ia patut diharamkan untuk dijual secara umum.

Namun, minum arak adalah hak yang diberikan oleh agama masing-masing, dan ia menjadi hak kepada orang bukan Islam.

“Kerana itu hak yang diberikan oleh Allah SWT kepada agama lain dibenarkan.

“Tetapi, kalau judi, tiada agama yang membenarkan judi. Itu perlu bezakan antara judi dan arak. Arak sebahagian agama membenarkannya, kita akan beri hak kepada mereka,” katanya.

Ditanya, adakah PAS akan mendesak kepada pengharaman arak, menurut Dr Khairudin, hak itu masih diberikan kepada orang bukan Islam kerana ia dibenarkan syariat.

“Cuma, bagaimana penjualan itu mesti kita bincang. Kalau dia dijual secara berleluasa hingga menyebabkan memandu dalam keadaan mabuk, itu memudaratkan rakyat.

“Kita tengok bukan pada isu arak, tetapi isu memudaratkan itu menjadi pertimbangan kita. Maka, selagi ia tak mudaratkan orang bukan Islam, teruskan kerana agama mereka membenarkan,” kata Dr Khairuddin.

Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Hazizi menuntut penjelasan Dr Khairuddin berkenaan agama lain yang membenarkan arak seperti dimaksudkannya itu.

“Setahu saya tiada benarkan arak. Jadi mohon definisi agama itu jelas, kerana orang boleh cakap LGBT itu satu agama.

“Atau adakah definisi agama itu termasuk agama tradisi nenek moyang terdahulu atau agama samawi?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,349
Reaction score
608
Points
161
Klau taknak buat pun jgn la bg alasan,perbandingan bodo2...
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,714
Reaction score
3,774
Points
236
Penggemar Minuman Beralih Kepada Bir ?

25.11.2020 - Kuala Lumpur, Bir bukan minuman keras, boleh dijual di kedai runcit, kata Annuar Musa pada 22 November 2020. Seminggu sebelumnya, DBKL membuat kenyataan ‘Keputusan DBKL larang kedai runcit jual arak muktamad’ jadi penjualan bir memanglah dibolehkan. Oleh kerana status ketum masih lagi menjadi tanda tanya mungkin pengemar beralih kepada ‘bir’ halal atau yang kadar alkohol bawah 0.5%

Minuman alkohol ini pula dipecahkan menjadi 3 kategori:

Kategori A : Kadar Alkohol 1-5% contohnya Bir
Kategori B : Kadar Alkohol 5-20% contohnya Wain
Kategori C : Kadar Alkohol 20-55% Contohnya Wiski
(Sumber: Tiger Beer Zero di antara Halal dan Haram)

Adakah dibenarkan minum bir yang mengandungi peratusan alkohol yang sangat rendah yang tidak mungkin boleh menyebabkan mabuk?

Berdasarkan ketetapan peraturan hukum untuk isu ini dan seumpamanya adalah berdasarkan dua perkara; istihlak dan istihala dan juga kesannya terhadap penghapusan najasa [pengotor] dan menjadikannya dibenarkan untuk dimakan atau diminum. Maksud istihala, Istihala bermaksud transformasi [kimia] sifat zat yang mengakibatkan penghapusan sifatnya dari asal. Para sarjana sebulat suara bersetuju bahawa alkohol dianggap tulen jika secara spontan berubah menjadi cuka. Majoriti ulama Hanafi dan Maliki turut bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh Imam Ahmed; berpendapat bahawa apa-apa bahan yang tidak tulen – selain alkohol yang secara spontan berubah menjadi cuka – dianggap tulen jika telah mengalami istihala. Ini ialah kerana sifat bahan yang tidak tulen:

– diubah dan terubah sepenuhnya;
– Undang-undang Islam mendasarkan perihalan kekotoran pada kehadiran bahan tertentu;
– keterangannya sebagai bahan tidak tulen tidak lagi berlaku kerana transformasi pada intinya;
– dalam analogi kes kemurnian cuka anggur dari alkohol; kesucian darah rusa yang diubah menjadi kasturi; kesucian gumpalan darah yang diubah menjadi sekeping daging [semasa kehamilan].


Inilah pendapat (Dar al-Iftaa Al-Missriyyah) yang dilaksanakan untuk fatwa.
Adapun istihlak, bermaksud bahawa peratusan alkohol dalam bahan tertentu sangat sedikit sehingga tidak menyebabkan keracunan, walaupun seseorang meminumnya dalam jumlah besar. Minuman dianggap dilarang untuk diambil jika peratusan alkohol di dalamnya membawa kepada keracunan sama ada seseorang meminumnya sedikit atau banyak. Makna ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA di mana Nabi (SAW) bersabda, “Segala minuman yang memabukkan ketika diminum dalam jumlah besar tidak sah baik dalam jumlah kecil maupun besar.” [Direkodkan oleh Abu Dawud dan al-Nisa’i. IbnHibban menyatakannya sahih dari hadis Jabir (RA)].

Maksudnya adalah dilarang meminum minuman yang memabukkan ketika diminum dalam jumlah kecil kerana minum dalam jumlah kecil yang tidak memabukkan boleh menyebabkan kita meminum dalam jumlah besar. Walau bagaimanapun, adalah harus untuk meminum minuman yang telah dicampurkan dengan sebilangan kecil bahan yang memabukkan, dan yang tidak memabukkan walaupun diminum dalam jumlah banyak. Ini tidak termasuk dalam hadis yang mulia dan seumpamanya.

Minum Minuman Dengan Kandungan Alkohol Kecil (Mazhab Shafi’i)
Menurut mazhab Syafi’eh, bolehkah meminum minuman yang mengandungi alkohol dalam jumlah sangat sedikit (seperti yang dikatakan dalam minuman ringan hari ini)? Nabi (SAW) bersabda, “Setiap yang memabukkan adalah dianggap sebagai jenis khamar, dan semua jenis khamar adalah haram (Ibn Hibban no. 5354).” Apa yang haram untuk diambil dan dianggap najis adalah minuman keras yang memabukkan (muskirat).

Ketetapan ini adalah disabitkan untuk alkohol berasaskan etil (ethyl) dan metil (methyl). Alkohol isopropil , adalah alkohol yang digunakan oleh jururawat untuk membersihkan kecederaan di mana seseorang terkena tembakan atau mengeluarkan darah, tidak termasuk dalam ketetapan ini. Bir, arak dan alkohol yang diambil termasuk dalam peraturan ini dan dianggap kotor juga oleh mazhab Shafi’i. Menurut I’ana al-Talibin, ia tetap dianggap najis (kesalahan) walaupun ianya mengandungi setitik cecair racun yang memabukkan.

Semua minuman yang mengandungi alkohol berasaskan ethanol tidak boleh diambil. Sekiranya soda tertentu mengandungi alkohol, maka tidak sah mengkonsumsi walau apa pun jumlahnya. Namun bagi Syeikh Omar Qureshi, beliau menasihatkan orang ramai untuk melakukan kajian yang tepat dan menyeluruh mengenai bahan-bahan apa yang masuk ke dalam item makanan dan minuman tertentu sebelum membuat kesimpulan mengenai kebolehlaksanaannya. Ramai orang mempunyai maklumat yang tidak tepat mengenai alkohol yang terdapat dalam minuman soda yang banyak diminum dan menjadi penyebab kekeliruan bagi banyak saudara dan saudari kita. Dalam Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan: Produk Minuman yang menyerupai arak (Bayyan Linas Siri 198) yang disebutkan juga hanya mengenai ‘arak’.

Pandangan yang seakan sama dengan diatas iaitu :

Bagi umat Islam, WAJIB menggunakan kuasa sebagai pengguna Muslim yang bijak untuk menjauhkan diri daripada apa jua bentuk produk yang meragukan. Apatah lagi produk yang jelas mempunyai hubungan dengan perkara yang dilarang syarak seperti arak. Rasulullah SAW bersabda:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

Maksudnya: “Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan”. Riwayat al-Tirmizi (2708)

Azizi Ahmad, Segambut Luar

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/25/penggemar-minuman-beralih-kepada-bir/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,714
Reaction score
3,774
Points
236
nasib baik la ulama pas
Kalau ulama pan..mampus kene tibai dgn tn guru hahaha
Agama mana benarkan arak? Khairuddin dituntut beri penjelasan
Setiap arahan, larangan Allah SWT adalah terbaik untuk manusia
:D

Alkohol menawarkan percanggahannya sendiri dalam agama Hindu. Mula-mula saya akan memberikan senarai bukti di mana alkohol telah disebutkan dalam teks dan ritual Hindu, berikutan pendapat saya mengenai perkara ini:
  1. Alkohol secara rutin digunakan dalam beberapa ritual keagamaan seperti kuil Kal Bhairav, dan sebenarnya saya sendiri telah memberi sebotol rum ke tekak Bhairav di Ujjain. Anda boleh menindaklanjuti pautan ini: Misteri Menyahkod: Adakah Kaal Bhairav dari Ujjain benar-benar minum alkohol?
  2. Dalam Veda, soma (atau som-ras) adalah minuman kegemaran para dewa veda, dan banyak alkohol mengalir semasa upacara keagamaan dan pengorbanan. Dalam Rig Veda, Mandala IV, Nyanyian Nyanyian 18, dewa Indra dikatakan telah meminum tiga tasik soma untuk membentengi dirinya sebelum membunuh Vritra, yang telah memenjarakan seluruh perairan dunia.
  3. Mahabharata penuh dengan bukti penggunaan alkohol oleh mereka yang menyembah pelbagai penjelmaan Wisnu.
  4. Varuni, dewi arak Hindu (dalam mitologi Puranic), yang muncul dari Samudra Manthan (primordial churning of ocean) adalah salah satu daripada empat belas ratna yang diberikan kepada dunia, termasuk bulan.
  5. Secara kebetulan, larangan alkohol pertama berasal dari kisah Kacha anak Brihaspati (Guru para Deva). Kacha menjadi murid Shukracharya untuk mengintip rakshasas dan belajar bagaimana menghidupkan kembali orang. Rakshasas mencurigakan, sehingga mereka membunuh Kasha, memasaknya dan menghidangkannya sebagai hidangan daging yang enak kepada Shukracharya setelah membuatnya mabuk pada wain. Ketika dia bangun, dia memanggil Kacha, yang memanggilnya dari usus. Mengetahui bahawa dia hanya mempunyai satu pilihan, dia mengajar mantera kepada Kacha agar Kacha dapat menghidupkannya kembali. Shukracharya mengatakan mantera dan Kacha meletup keluar dari usus dan kemudian mengatakan mantra untuk membawa gurunya kembali.
  6. Mengambil pandangan yang lebih bersejarah, Arthashastra menyebut peraturan dan percukaian penjual alkohol dengan cara yang membuatnya seperti biasa. Ajaran Ayurveda mengatakan bahawa ia adalah racun dan mempunyai kecenderungan untuk menolak doshas tertentu dari keseimbangan jika dimakan secara biasa.
Selain daripada ini, teks-teks lain juga memberikan penolakan Dharmashastric terhadap Brahmin yang meminum minuman keras, dan Hinduisme Brahmana cenderung tidak menyetujui penggunaan alkohol.


Pendapat Peribadi
Minum alkohol tidak membiakkan Karma buruk, tindakan yang timbul setelah minum alkohol walaupun membiakkan karma baik atau buruk. Karma hanya terkumpul melalui tindakan. Alkohol mengurangkan penghambatan terhadap sifat dalaman anda, jadi dengan cara alkohol sangat berguna untuk menghadapi sifat batin yang sekarang ini tidak mahu ditangani orang. Sekiranya sifat dalaman anda condong kepada kebaikan maka anda akan melakukan perbuatan baik.

Sekiranya bagaimanapun sifat dalaman anda terdedah kepada keganasan maka ini adalah tindakan yang akan keluar. Masalah dengan alkohol sebagai alat introspeksi adalah bahawa ingatan terhadap tindakan itu penting untuk dapat menganalisis motif anda dan akhirnya membongkar keterikatan anda; alkohol pasti membuat anda lupa, akhir cerita. Seperti mana-mana alat terdapat penggunaan yang sesuai dan tidak sesuai.

Sebaliknya, saya juga tidak membenarkan menggunakan tantra sebagai alasan untuk jatuh ke dalam tabiat ketagihan. Penekanan yang kuat pada pantang alkohol secara kategoris dan universal mungkin merupakan import Barat. Saya juga berharap agar kumpulan Hindutva yang dicuci otak berhenti membawa prinsip-prinsip Ibrahim dan dosa dan rasa malu di mana dalam dharma kita, kita diajar bahawa ia tidak seperti pertukaran hidup / mati. Pengendalian keadaan minda adalah perlu dan seseorang harus mengetahui batasannya.

Membaca Menimba Ilm
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,394
Reaction score
1,876
Points
201
Islam haram arak bersandarkan justifikasi kukuh, rasional
25arak_1606270509.jpg
- Gambar hiasan
Sebagai negara majoriti orang Islam, gejala minum arak tidak seharusnya berlaku, terutama dalam kalangan umat Islam.

Namun, dapatan kajian menunjukkan masalah ini berlaku, malah lebih mengejutkan ia turut membabitkan pelajar dan generasi muda. Ini hakikat sukar diterima kerana hukum minuman memabukkan jelas di sisi Islam, iaitu haram.

Ketegasan Islam mengharamkan arak kerana kemudaratannya adalah satu bentuk peraturan bersandarkan justifikasi kukuh dan rasional.

Dalam al-Quran, minuman memabukkan dirujuk sebagai khamr. Dalam surah al-Maidah ayat ke-90, Allah SWT menggambarkan khamr sebagai al-rijs, iaitu kotoran atau najis yang termasuk dalam perbuatan syaitan dan pencetus permusuhan (al-'adawah) dan benci-membenci (al-baghda').

Hal ini berlaku apabila orang mabuk akan kehilangan kewarasan. Justeru, lahir pula perkataan dan perbuatan buruk yang menyakiti hati manusia.

Ia memungkinkan pembunuhan, pergaduhan, rompakan, kefasikan, penyebaran rahsia dan pengkhianatan terhadap pemerintah serta negara seperti disebut dalam Tafsir Al-Maraghiy dan Tafsir HAMKA.

Justifikasi pengharaman arak turut disokong kajian ketika mengaitkan kesan bahaya pengambilan arak ke atas peminum dan persekitaran peminum serta masyarakat keseluruhan.

Ini termasuk kesan sosial dan ekonomi. Kesan sosial merujuk kos terpaksa ditanggung masyarakat dan persekitaran peminum, sekali gus tidak secara eksklusif ditanggung peminum arak sahaja.

Kos sosial lebih menjurus kepada kesan terhadap kesejahteraan masyarakat seperti kemalangan jalan raya, masalah di tempat kerja, kemiskinan, kesihatan, keganasan rumah tangga dan kegagalan melaksanakan peranan sosial terhadap keluarga.

Seterusnya, kesan sosial akan memberi impak negatif terhadap aspek ekonomi secara keseluruhan. Hal ini wujud kerana aspek sosial ialah unsur penting yang boleh mempengaruhi produktiviti dan mutu penghasilan kerja masyarakat serta negara.

Di negara ini, dapatan kajian dan kutipan data dibuat oleh Assunta, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut senada dengan dapatan kajian dilakukan pada peringkat antarabangsa.

Selain memburukkan isu kemiskinan dan menyebabkan rumah tangga porak peranda, pengambilan arak juga antara penyebab berlaku kemalangan jalan raya di negara ini.

Menurut MIROS, pemandu mabuk 13 kali lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan berbanding pemandu tidak di bawah pengaruh alkohol.

Menurut statistik PDRM, bagi tempoh 2014 sehingga 2018, sebanyak 637 kematian berpunca kemalangan membabitkan pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol direkodkan.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dibuat oleh Institut Kesihatan Umum KKM, 11.8 peratus penduduk mengambil alkohol dengan 45.8 peratus mengambilnya secara mudarat atau sehingga mabuk.

NHMS 2019 turut melaporkan pengambilan alkohol juga menjadi penyebab kepada kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini, iaitu 17.6 peratus lelaki dan wanita (10.9 peratus); sirosis hati (lelaki 16.8 peratus dan wanita 16.2 peratus) serta kanser (lelaki 2.2 peratus dan wanita 0.6 peratus).

Terdapat data kemasukan ke hospital di bawah KKM menunjukkan 48 peratus daripadanya akibat kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca pengambilan substan psikoaktif berpunca pengambilan alkohol.

Islam mengharamkan penganutnya meminum arak. Meskipun al-Quran mengakui manfaat yang ada pada arak, ia juga menegaskan mudarat terhasil daripada pengambilan arak lebih besar.

Hikmah pengharaman arak mempunyai kaitan dengan aspek penjagaan akal atau hifz al-aql yang terkandung dalam maqasid (tujuan) syariah.

Apabila manusia hilang kewarasan akal, pelbagai kesan buruk akan timbul. Daripada hanya kesan terhadap penjagaan akal, kemudaratan arak menular kepada aspek penjagaan agama, keturunan, jiwa dan harta.

Di sini impak negatif pengambilan arak dimanifestasikan, antara lain menerusi keganasan rumah tangga, kemalangan jalan raya, kemiskinan, pergaduhan, masalah kesihatan dan masalah prestasi kerja.

Dengan kata lain pengharaman arak oleh Islam bersandarkan justifikasi kukuh, rasional dan boleh diterima orang berakal waras tidak mengira agama.

Arak boleh menghilangkan maslahah atau unsur kebaikan dalam kehidupan manusia. Mungkin sudah tiba masanya kita melihat kembali aspek perundangan syariah dan sivil, peraturan penjualan dan penguatkuasaan berkaitan arak untuk melihat ruang yang boleh ditambah baik.

Ia untuk memastikan isu pengambilan arak dalam kalangan masyarakat dapat ditangani demi mewujudkan bangsa sihat dan sejahtera.

Penulis adalah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia
1606285566645.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register