Kerajaan Tidak Tolak Haramkan Jualan Arak Di Kedai Runcit Di Negeri Lain

CG Sponsors

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,972
Reaction score
1,674
Points
101
ape benda la org islam dok gaduh2 pasal arak nih?
bukannya takde jual.. bukannya tak bole beli?

hak asasi manusia dah tetapkan hak asasi utk manusia jadi mabuk.
so jgn risau.. jgn gaduh yer guys.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,717
Reaction score
3,774
Points
236
DBKL Kena Perjelas Langkah Membenarkan Penjualan Bir

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memberi penjelasan berhubung langkah membenarkan penjualan ‘bir’ di kedai runcit dan kedai serbaneka. Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, langkah itu perlu dibuat ekoran pengumuman oleh Menteri Wilayah Persekutuan mengenai kebenaran penjualan bir boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan sekaligus mencalar integriti dan kredibiliti pihak berkuasa berkenaan.

“Pengharaman penjualan segala jenis arak di tempat umum seperti kedai runcit dan serbaneka adalah selari dengan hukum-hukum syarak seperti yang terkandung dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta 559, Seksyen 19. Maka, adalah sangat berpatutan dan mempunyai asas yang kuat untuk DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak mengikut akta yang ada ini terutamanya dalam menetapkan apa-apa polisi termasuk dalam konteks penjualan arak ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Aminuddin berkata, pada asalnya Pembela gembira dengan pengumuman pengharaman arak di kedai-kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai-kedai ubat-ubatan Cina sebagaimana yang ditegaskan oleh DBKL berdasarkan kenyataannya mengenai penambahbaikan Garis Panduan Permohonan Lesen Minuman Keras dan seperti yang dilaporkan juga oleh media pada 15 November lepas. Bagaimanapun katanya, merujuk laporan media tempatan berhubung kenyataan Tan Sri Annuar Musa bahawa bir tidak tersenarai sebagai minuman keras yang memabukkan dan masih dibenarkan dijual di kedai runcit serta serbaneka, ia adalah sesuatu yang mengejutkan.

Malah katanya, perkara itu telah menimbulkan kekekecewaan dan kekesalan dalam kalangan rakyat terutamanya penduduk Kuala Lumpur yang pada asalnya gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh DBKL itu.

“Pembela pada umumnya menyokong segala usaha ke arah negara bebas arak untuk kesejahteraan seluruh masyarakat Malaysia selari dengan tuntutan-tuntutan syarak terutamanya dalam konteks Malaysia sebagai negara Islam. Kami mengajak NGO-NGO, parti-parti politik dan seluruh rakyat Malaysia menyokong inisiatif ini supaya usaha pengharaman penjualan arak di tempat-tempat awam dapat direalisasikan sekaligus, menuju sebuah negara yang sejahtera, sihat dan selamat tanpa arak,” tambahnya.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/23/dbkl-kena-perjelas-langkah-membenarkan-penjualan-bir/
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,717
Reaction score
3,774
Points
236
Batalkan Larangan Jual Arak - Bekas Ketua Turus ATM

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Bekas ketua turus Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (bersara) Hashim Mohd Ali tampil membantah larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjualan minuman keras jenis liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina mulai Oktober tahun depan oleh . Menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig-Jeneral (bersara) Mohamed Arshad Raji, Hasim berkata walaupun bukan urusannya untuk mempromosikan pengambilan alkohol, kerajaan mesti menghormati hak orang bukan Islam.

Katanya, ini kerana masyarakat Malaysia hidup di negara yang berbilang agama dan selama beberapa generasi, tidak ada masalah dalam penjualan minuman keras di kedai-kedai ini.

"Angkatan Tentera Malaysia juga berbilang kaum dan terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Pembelian dan meminum liquor terbuka untuk pegawai dan tentera bukan Islam dari kedai Pernama (Perbadanan Perwira Niaga Malaysia) tidak pernah menjadi masalah. Sebenarnya, ini membolehkan pegawai kanan memantau tingkah laku pembelian dan minum anggota tentera bersenjata bukan Islam di bawah pengawasan mereka," kata Hashim pada satu kenyataan hari ini. Terdapat banyak perkara yang lebih memudaratkan, seperti rokok, yang dijual di kedai-kedai ini dan tidak boleh ada dwi standard dalam mengeluarkan polisi sedemikian untuk mengekang penjualan minuman keras.

"Lebih jauh lagi, perkara terakhir yang diperlukan oleh ekonomi kita dalam krisis ini atau selepas wabak adalah membendung aktiviti perniagaan yang sah," kata Hashim yang juga presiden The Chiefs' Circle yang membariskan panglima tentera yang sudah bersara. Apa yang lebih membimbangkan ialah pemimpin PAS, Ahmad Marzuk Shaary, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyatakan bahawa larangan itu mungkin akan dilanjutkan ke negeri-negeri lain," kata Hashim.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata garis panduan baru mengenai lesen minuman keras dibuat setelah melakukan tinjauan mengenai garis panduan yang digunakan di negara lain sebelum dilaksanakan di sini.

"Saya hanya ingin mengingatkan menteri 'yang baru setahun jagung' agar tidak terlalu berlebih-lebihan membuta tuli dalam menegakkan kepercayaan agama mereka kepada rakyat Malaysia yang berlainan keyakinan. Itu sendiri bertentangan dengan prinsip-prinsip dasar Islam yang menyuruh umat Islam yang berkuasa supaya melindungi hak dan kebebasan orang bukan Islam di bawah jagaan mereka," kata Hashim lagi.

Dia meminta pihak berwajib untuk membatalkan larangan minuman keras liquor itu kerana boleh meruntuhkan semangat Rukun Negara, perpaduan nasional dan keharmonian budaya yang dinikmati antara orang Islam dan bukan Islam.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552277
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,176
Reaction score
2,353
Points
201

kan dah cakap yg akan bantah ialah org Islam sendiri....kalau org Islam melihat gambar arak pun sudah benci..apatahlah lagi tgk penjualannya......yg ni bantah ni memang powerlah....lagi satu dah pencen dok diam diam buat pahala ke syurga sudahlah...nak popular lagi ke......
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,176
Reaction score
2,353
Points
201
Orang islam pulak yang terlebih mengelupur.
Kalau tak ada apa kepentingan dengan diri dia, kenapa perlu mengelupur.

mrmalukan Islam..nama saja bekas Panglima tapi semangat Islamnya kelaut...mungkin sebba didikan dan ajaran yg diterima tak cukup....
 
KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,673
Reaction score
539
Points
161
kan dah cakap yg akan bantah ialah org Islam sendiri....kalau org Islam melihat gambar arak pun sudah benci..apatahlah lagi tgk penjualannya......yg ni bantah ni memang powerlah....lagi satu dah pencen dok diam diam buat pahala ke syurga sudahlah...nak popular lagi ke......
Patriot tu boleh tgk sebelum ni pro parti mana
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,394
Reaction score
1,876
Points
201
Pelik bila Muslim yang bantah larangan arak
November 23, 2020
IMG-20201123-WA0028-696x391.jpg

ARAK lagi, hak apa, kebebasan agama apa, bercanggah dengan Perlembagaan mana? Samanlah… Sikit punya jahil orang sebegini. Jika dibuat survey, ramai bukan-Islam yang tidak minum daripada minum. Takut-takut nanti yang ramai minum adalah orang Islam sendiri. Ini yang membimbangkan.

Ramai ahli keluarga saya dan saudara mara bukan-Islam yang tidak minum. Yang beriya-iya kita pertahankan atas nama hak ini, pasal apa. Hak apa yang kamu perkatakan ini, ultra kiasu Melayu (Islam)? Memalukan agama dan bangsa…

Cukup-cukup, biarkan bukan-Islam yang menentang, pasal apa kita yang Islam nak jadi jaguh pembela arak. Pemimpin MIC Wilayah Persekutuan yang bukan Islam pun menyokong agar penjualan arak dikawal, peliknya hak Melayu Islam pula kata, rasuah lebih merosakkan negara daripada arak.

Ada pemimpin tua kononnya bersifat amanah kata bercanggah dengan Perlembagaan. Kalau begitu, samanlah. Jadilah peguam, wakilkan diri. Bertaubatlah! Usia pun bukan muda lagi. Takut tak sempat.

Apa kaitan antara rasuah dengan arak? Saya naik malu dengan MIC. Bila bukan-Islam sokong perlu dihadkan jualan, manakala yang Islam bukan main lagi menentang, sehingga membuat analogi tidak masuk akal.

Kalau tidak dapat banteras semua, kita banteras satu-satu, tetapi jangan kata rasuah lebih teruk daripada arak. Seolah-olah kita fokus rasuah, arak dibiarkan dahulu. Kenapa tidak banteras kesemua sekali gus jika mampu.

Lagipun bukan kerajaan nak mengharamkan langsung, cuma menghadkan sahaja. Ayat senang macam ini pun tak faham, nak memimpin rakyat macam mana.

Peraturan atau larangan ini terpakai di negara seluruh dunia. Baca artikel saya sebelum ini, negara-negara maju begitu ketat menghadkan penjualan arak kerana mudaratnya. Kita nak terlebih Barat pasal apa?

Perbuatan rasuah yang berlaku masih dalam keadaan rasional, yakni manusia masih boleh berfikir dengan waras. Tetapi mabuk arak tidak lagi membawa manusia berfikir secara rasional. Seseorang itu sudah tidak menjadi waras di bawah pengaruh arak atau alkohol. Sebab itu, rasuah haram dan arak pun haram.

Kalau tak nampak ayat mengenai pengharaman arak, saya bawakan sekali lagi. Ayat pertama diturunkan dari Surah al-Baqarah ayat 219:

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”

Begitu juga dalam ayat 43 dari Surah al-Nisa’ dan ayat 90 dari Surah al-Maidah.

Dalam agama Hindu pula, rujuk Rigveda buku 8 hymn 2 ayat 12, Rigveda buku 8 hymn 21 ayat 14, Athravaveda 6: 70: 1, kitab Manusmriti 7: 47-50, Manusmriti: 11: 55, Manusmriti 11: 91, dan dalam kitab Manusmriti juga melarang menjual arak dalam Manusmriti 9: 225.

Terdapat beberapa ayat Al-Kitab yang melarang manusia minum arak di dalam konteks yang tertentu, tetapi bukan secara keseluruhan untuk semua orang. Rujuk (Imamat 10:9; Bilangan 6:3; Hakim-hakim 13:4,7,14; 1 Samuel 1:15; Amsal 20:1; 31:4,6; Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12; Mikha 2:11; Lukas 1:15).

Mungkin dalam masyarakat Cina agak longgar sedikit, sebab konteks agama orang Cina yang khalayak fahami lebih kepada ajaran dan kepercayaan. Dalam kata lain, Buddha, Taoism, dan Konfucianisme, bukan agama, tetapi ajaran atau kepercayaan.

Saya tujukan juga kepada pemimpin parti mendakwa dirinya amanah, yang dah tua juga. Sejak bila pula arak menjadi hak orang bukan-Islam. Mabuk arak boleh membawa mudarat yang lebih besar, termasuk pembunuhan jika tidak terkawal. Apakah ultra kiasu sudah rabun dengan dengan kemalangan yang berlaku akibat mabuk arak?

Satu lagi, jika masih jahil, ketagihan arak adalah juga punca keluarga bukan-Melayu bercerai berai. Banyak kali berlaku anak-anak dan isteri dipukul ketika suami tengah mabuk.

Lebih serius lagi, ketagihan arak lebih serius dengan bilangan yang semakin meningkat dalam kalangan anak-anak muda. Arak juga salah satu faktor peningkatan kes kanser hati dan nasopharyngeal di negara ini.

Dalam kata lain, arak sebenarnya mengundang kepada keganasan rumah tangga. Tidak ada kebaikan meminum arak sama ada untuk kesihatan atau kekeluargaan. Arak bukan budaya masyarakat negara ini. Tak faham lagi. Ultra kiasu ini juga menyifatkan kenyataan kita campur tangan dalam urusan orang bukan-Islam, apabila menghadkan jualan arak.

Sejak bila arak menjadi hak bukan-Islam? Sebutkan pada saya, agama bukan-Islam mana yang menggalakkan arak walaupun tidak mengharamkan sepenuhnya seperti ayat yang saya bawa di atas?

Kata ultra kiasu tua jahil ini lagi, orang bukan-Islam sering diberi jaminan bahawa mereka tidak akan dikenakan peraturan yang berkaitan dengan Islam dan urusan Islam, termasuk isu Hudud. Sejak bila pula kita mahukan kenakan hukuman Islam terhadap bukan-Islam

Larangan arak ini bukan sahaja berkaitan dengan Islam, tetapi agama orang bukan-Islam. Kenapa ada orang sebegini jahil sedangkan bila ditanyakan, dia mengaku Islam

Katanya lagi, orang bukan-Islam diberitahu bahawa mereka boleh mengambil makanan tidak halal selagi agama mereka mengizinkan. Ada pernah kita larang mereka makan babi, anjing, ular, kura-kura, tikus dan sebagainya. Cuma, bila tiba bab arak, kena hati-hati sebab ia memabukkan, sama macam dadah.

Cuma, dalam isu arak. Jika benarlah, agama mereka menghalalkan, minumlah, minumlah sampai pecah perut pun. Tetapi jangan melibatkan orang lain. Masalahnya arak ini yang menjadi punca kejahatan sehingga menimbulkan banyak masalah sosial.

Benar rasuah itu bahaya, tetapi arak juga bahaya. Mana lebih bahaya, jika kita tidak bodoh, arak lebih bahaya sebab melibatkan nyawa diri dan orang lain.

Rasuah tidak melibatkan nyawa orang lain, tetapi boleh meruntuhkan negara. Mana lebih bahaya, setiap perkara ada bahayanya tersendiri. Memang totollah kalau dibandingkan. Nasihat saya kepada ultra kiasu tua ini yang kononnya mengaku mewakili tentera dan pemimpin parti yang mendakwa dirinya amanah:

Pertama, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Takut tertutup nanti.

Kedua, bentanglah tikar sembahyang. Dekatkan diri dengan Tuhan. Masa mungkin tidak lama lagi.

Ketiga, bukan-Islam menentang arak hari ini, kerana ekonomi semata-mata. Kekayaan yang dijana hasil daripada jualan arak. Tauke kedai arak pun tidak minum arak. Saya ada pengalaman jual arak sebelum Islam dahulu.

Keempat, jangan malukan agama Islam, kerana perbuatan diri sendiri. Jika MIC pun sokong perlu dihadkan, kita nak berlebih-lebih pasal apa?

Akhirnya, masalah arak ini dan larangannya, isu global, bukan sensitif dengan agama Islam sahaja. Selama ini, kita jual arak 24 jam tanpa henti, sedangkan negara bukan-Islam yang lain, ada had dan peraturan yang ketat. Kenapa perlu jadi lebih Barat daripada Barat sehingga menjadi keparat.

Satu lagi pesan saya kepada pemimpin NGO dan pemimpin parti politik yang kononnya ada sifat amanah ini, jangan kita samakan upacara keagamaan bukan-Islam sebagai majlis mabuk. Adakah pemimpin ultra kiasu ini cuba menghina amalan keagamaan bukan-Islam dengan mendakwa pengawalan kepada jualan arak melanggar kebebasan beragama?

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 23/11/2020
 
Sponsored Post
Top
Log in Register