BTC USD 49,083.3 Gold USD 1,784.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Tidak Tarik Subsidi Gula

megatterawis

Active Member
Messages
1,069
Joined
Aug 12, 2009
Messages
1,069
Reaction score
19
Points
30
BERA, 20 Dis (Bernama) -- Kerajaan tidak akan menarik sepenuhnya subsidi gula dalam masa terdekat bagi mengelak bebanan ditanggung rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tanpa subsidi, gula yang dijual pada harga RM1.45 sekilogram pada masa ini akan meningkat kepada sekitar RM2.50 hingga RM2.60 sekilogram mengikut harga pasaran dunia.

"Buat masa sekarang, kerajaan tidak akan atau belum bercadang untuk menarik balik subsidi gula di mana 70 peratus gula dibeli dengan harga lama, manakala 30 peratus lagi harga semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR dan bantuan persekolahan Parlimen Bera di sini, pada Ahad.

Kerajaan katanya terpaksa membelanja lebih RM1 bilion setahun bagi mengimport gula termasuk dari Thailand, Australia dan Brazil bagi menampung keperluan gula tempatan.

Katanya kilang gula di Perlis pula tidak mampu menampung permintaan pengguna yang terlalu banyak.

Ismail Sabri berkata rakyat seharusnya mengawal pengambilan gula bagi mengelak pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis.

Katanya mengikut bancian Kementerian Kesihatan, dianggarkan 1.2 juta rakyat di negara ini akan mengidap penyakit diabates menjelang tahun 2011 dan ia dijangka meningkat kepada 2.6 juta orang menjelang tahun 2030, jika penggunaan gula tidak dikurangkan mulai sekarang.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
bagus la KALAU bagai dikata
 

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
BERA, 20 Dis (Bernama) -- Kerajaan tidak akan menarik sepenuhnya subsidi gula dalam masa terdekat bagi mengelak bebanan ditanggung rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tanpa subsidi, gula yang dijual pada harga RM1.45 sekilogram pada masa ini akan meningkat kepada sekitar RM2.50 hingga RM2.60 sekilogram mengikut harga pasaran dunia.

"Buat masa sekarang, kerajaan tidak akan atau belum bercadang untuk menarik balik subsidi gula di mana 70 peratus gula dibeli dengan harga lama, manakala 30 peratus lagi harga semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang UPSR dan bantuan persekolahan Parlimen Bera di sini, pada Ahad.

Kerajaan katanya terpaksa membelanja lebih RM1 bilion setahun bagi mengimport gula termasuk dari Thailand, Australia dan Brazil bagi menampung keperluan gula tempatan.

Katanya kilang gula di Perlis pula tidak mampu menampung permintaan pengguna yang terlalu banyak.

Ismail Sabri berkata rakyat seharusnya mengawal pengambilan gula bagi mengelak pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis.

Katanya mengikut bancian Kementerian Kesihatan, dianggarkan 1.2 juta rakyat di negara ini akan mengidap penyakit diabates menjelang tahun 2011 dan ia dijangka meningkat kepada 2.6 juta orang menjelang tahun 2030, jika penggunaan gula tidak dikurangkan mulai sekarang.

Wayang kulit lagi para Badut2 nih...

Dah tau gula byk di import kenapa x tanam gula byk2.... memang badut ler mereka2 nih..... perabih duit projek ntah apa2 ntah ... pastu mula ler nak buat macam2 bila kantong negara kian nipis...
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
banyakan kilang gula biar dorang perang harga lor..ini tak..dorang sorok gula..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register