Kerajaan tidak layan tuntutan baru Kelantan: Mustapa

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KOTA BHARU: Kerajaan pusat tidak bercadang membuat kajian atau melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak kononnya hasil itu diperoleh dari kawasan sempadan negeri itu dengan Terengganu itu kerana tuntutan itu dianggap tidak berasaskan kenyataan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya satu usaha Pas mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat selepas gagal dalam tuntutan awalnya.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru membabitkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Menurut Husam, tuntutan itu membabitkan sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh kerajaan pusat ialah RM9.7 bilion.

Mustapa berkata, tindakan kerajaan negeri Kelantan itu bertujuan meraih simpati rakyat untuk menyokong perjuangan Pas dalam tuntutan itu.

Kerajaan pusat sudah menolak tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan dengan alasan minyak yang diperoleh adalah di luar kawasan perairan negeri itu. Bagaimanapun, kerajaan pusat menawarkan wang ehsan bagi membantu rakyat negeri itu.

Mustapa berkata, kerajaan pusat sedang berbincang dengan pihak berkaitan bagi memastikan wang ehsan yang akan diberikan itu dapat diagihkan kepada rakyat dalam masa terdekat ini. Menurutnya, tindakan kerajaan dalam menangani isu itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak zalim dalam memenuhi kepentingan rakyat dan ini selaras dengan hasrat kerajaan merealisasikan program "Juara Rakyat".

Mustapa juga berkata, Badan Perhubungan Umno Kelantan akan memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan gerakan penerangan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.

Beliau berkata, sebelum ini Umno tidak begitu menekankan gerakan penerangan dalam kalangan rakyat menyebabkan mereka mudah terkeliru dengan isu dan dakyah yang ditaburkan oleh pembangkang.

Mengulas pergolakan dalaman yang berlaku dalam Umno Bahagian Rantau Panjang, Mustapa berkata, isu itu sudah diselesaikan apabila kedua-dua pihak terbabit bersemuka dan bersetuju untuk berdamai demi perpaduan dalam parti itu. - Bernama
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Dato' Mustapa ni pun satu. takkan terus tak layan. Kalau takde fakta kukuh, takkan la si Husam ni beria2 nak buat tuntutan. Dia ada byk lagi kerja lain nak buat. Itu secara logik la.
 

Emie

Legendary Member
Joined
Jul 19, 2007
Messages
11,955
Reaction score
71
Points
120
Dalam kenyataannya hari ini, Idris berkata sikap Mustapa itu "satu penafian yang nyata" dan ia "tidak selari dengan fakta Jabatan Perangkaan Negara yang melaporkan pada 2004 bahawa Kelantan bersama Terengganu dan Sabah mengeluarkan minyak bernilai lebih RM46 bilion iaitu 76 peratus daripada nilai keseluruhan minyak dalam negara."

Beliau juga menuduh Mustapa "pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu royalti minyak" untuk negeri berkenaan.
dr malaysiakini.com/bm....http://www.malaysiakini.com/news/121761

:mad::mad::mad::mad:...kalau BN menang..confirm tok pa gila talak royalti...:eek::eek::eek:
 

kawetoksedoh

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
3,626
Reaction score
235
Points
33
tok pa ni......

bukan wakil rakyat kelantan
dia wakil 1Malaysia

bo doh, bang ngang sunguh tokpa ni... buat malu je jadi org kelantan tapi belakangkan kelantan supaya dapat buat najib suka kat dia.

jatuh le ngkau stopa
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
malu ada rakyat kelantan mcm mustapa mamat..penderhaka pada rakyat kelantan..skrg ni puaka2 umno kelantan pun ramai x suka kat dia..dh la slow,lembap ...koya baik...padahal kaki rasuah...
 

CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
malu ada rakyat kelantan mcm mustapa mamat..penderhaka pada rakyat kelantan..skrg ni puaka2 umno kelantan pun ramai x suka kat dia..dh la slow,lembap ...koya baik...padahal kaki rasuah...
malu weih.....aku memang baling ngan taik ayam kalau datang kat Parlimen aku.....siap la ko Stopa.....:mad:
 

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
bila agenda politik didulukan.. tuntutan rakyat sendiri di abaikan.. bengonggg :(scam:(scam:(scam
 

sha_lia

Fun Poster
Joined
Oct 14, 2009
Messages
131
Reaction score
0
Points
10
mcm d ketahui..duit dh xde..2je la duit harapan ummno nk joli sakan..
susah sgt ke nk bg kepada yg berhak:-?
 

bijakasb

Fun Poster
Joined
Dec 12, 2009
Messages
889
Reaction score
39
Points
25
emm..payah klu asik nak band pembakang ajer..takkan nik aziz nak claim tipu kot pasal royalti tu,,pikir2 lah
 

maliq7776

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
nok keno keceh ni stopa ni...aku geram betul la AMNO ni..mkn la hak org..biar kenyang sampai boyah perut tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register