BTC USD 28,162.8 Gold USD 1,979.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan teliti semula Akta Kesatuan Sekerja

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneliti semula draf pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebelum dibentang di Parlimen bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, meskipun draf awal pindaan akta itu telah siap namun ia perlu mengambil kira cadangan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan yang dijanaka dibentang tidak lama lagi, serta beberapa isu yang dibangkitkan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Kementerian akan meneliti semula draf bagi memastikan ia selaras dengan pindaan akta itu dan kehendak TPPA serta relevan dengan situasi semasa.

"Cadangan pindaan yang siap kelak akan dipapar dalam laman web untuk mendapatkan maklum balas, sebelum dibentang ke pihak kesatuan serta majikan, dan seterusnya dibawa ke Parlimen," katanya pada sesi soal jawab pada Sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) tentang langkah-langkah kerajaan menambah baik Akta Kesatuan Sekerja.

Ismail berkata sebelum pindaan dibuat, kementerian mengadakan beberapa siri perbincangan untuk menyemak dan meneliti peruntukan-peruntukan dalam akta terbabit yang perlu dikaji semula. - Bernama
 
Top
Log in Register