BTC USD 50,946.0 Gold USD 1,783.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan tegas tidak tapis Internet: Joseph

yyl

Fun Poster
Messages
161
Joined
Sep 17, 2009
Messages
161
Reaction score
5
Points
15
Malaysia komited kepada net neutrality dan prinsip tiada penapisan Internet, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengamalkan konsep laluan terbuka kepada pemegang-pemegang lesen telekomunikasi bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sebarang penguatkuasaan yang diambil terhadap mana-mana tindakan yang dilakukan di Internet yang telah melanggar mana-mana undang-undang Malaysia tidaklah bercanggah dengan prinsip net neutrality," katanya ketika menjawab soalan Tony Phua Kim Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat hari ini.

Salang (kanan) berkata prinsip itu merujuk kepada prinsip bahawa pembekal perkhidmatan Internet (ISP) yang seharusnya bebas daripada sekatan kepada mana-mana kandungan, laman sesawang, platform yang digunakan, jenis peralatan yang boleh disambungkan kepada rangkaian dan cara komunikasi yang digunakan.

Beliau berkata prinsip itu juga memastikan bahawa tidak ada komunikasi yang mendapat keutamaan daripada komunikasi lainnya dalam rangkaian perkhidmatan ISP.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata kerajaan akan sentiasa memantau supaya tidak ada sebarang pembekal perkhidmatan itu dimonopoli mana-mana pihak termasuk Telekom Malaysia sebagai penyedia infrastruktur bagi perkhidmatan ISP.

"Telekom Malaysia tidak akan mengekang dari segi pertambahan pembekal perkhidmatan jalur lebar dan akan berkongsi dengan pemberi perkhidmatan itu yang hendak menggunakan fasilitinya," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan mengarahkan SKMM dan Telekom Malaysia menyediakan kertas kerja berhubung cara pembekal ISP boleh menyediakan perkhidmatan itu pada kos lebih rendah.

Kertas kerja itu akan dibentangkan kepada kabinet pada Februari tahun depan, kata Salang. BERNAMA
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
tapis website yg berunsur lucah dulu sblm tapis website pasal politik anti kerajaan..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register