Kerajaan syor heret pemilik kelab malam (yg beroperasi dlm pkpp) ke mahk, tarik lesen

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,073
Reaction score
11,112
Points
1,906
1602417176519.png


Menteri arah PBT tarik lesen kelab malam beroperasi ketika PKPP
Diterbitkan Hari ini 5:36 pm


Menteri Pertahanan Ismail Sabri menggesa majlis tempatan lebih tegas terhadap pub dan kelab malam yang berdegil meneruskan operasi ketika di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang bertujuan untuk mengurangkan penyebaran Covid-19.

Ismail berkata walaupun telah banyak kelonggaran selama fasa pemulihan yang bermula pada 10 Jun, bar dan kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi.

"Suka saya ingatkan walauapun PKPP kita berikan banyak kelonggaran tapi pusat hiburan seperti bar, kelab malam dan seumpamanya masih tidak dibenarkan beroperasi.

"Ramai lagi nampaknya masih melakukan kesalahan berkaitan pusat hiburan. Kita telah minta pihak PBT (pihak berkuasa tempatan), yang mana tempat masih anjur aktiviti hiburan ini sepatutnya lesen mereka ditarik balik dan perniagaan mereka ditutup.

"Kita harap tindakan lebih tegas daripada pihak PBT," katanya pada sidang media di rumahnya yang disiarkan secara langsung.

Ismail kini menjalani kuaranti selepas terlibat dalam mesyuarat yang sama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang kemudiannya positif untuk Covid-19.
Kenyataan Ismail itu dikeluarkan setelah sebahagian besar tindakan polis semalam melibatkan pelanggaran yang berkaitan dengan tempat hiburan.

Katanya, polis semalam mengambil tindakan terhadap 674 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan mengeluarkan 563 kompaun, sementara 91 orang direman.
Dia mengatakan hampir separuh daripada kesalahan itu, atau 325, berkaitan dengan tempat hiburan.

Dia menambah bahawa 170 orang pesalah melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka, 80 tidak mencatat maklumat mereka ketika mengunjungi premis perniagaan dan 53 orang gagal mengamalkan penjarakan sosial.

"Jadi SOP asas ini masih tidak dipatuhi individu tertentu. Saya amat harapkan kita semua patuhi SOP," katanya.

Kerajaan memperkenalkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac yang menyaksikan hampir semua kegiatan ekonomi dan sosial dihentikan.

Bagaimanapun, susulan penurunan kes, peraturan dilonggarkan di bawah PKP Bersyarat pada 4 Mei dan kini dalam PKP Pemulihan yang akan berlangsung hingga akhir tahun.

Di bawah PKPP, hampir semua aktiviti dibenarkan untuk beroperasi tetapi dengan SOP tertentu.

Walau bagaimanapun, premis hiburan tertentu seperti kelab malam masih tidak dibenarkan dibuka.


 
Sponsored Post

seiryu82

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,231
Reaction score
92
Points
40
Xpayahlah tunggu, serta sekali dgn penjara, pengunjung 10k seorang.
Xpayah kompromi lagi.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,977
Reaction score
1,702
Points
151
Bar, kelab malam, pusat hiburan dilarang saji minuman keras
2019_HQ201810272921_1603190531.jpg
Pusat hiburan yang didapati ingkar arahan PKPP akan dikenakan tindakan tegas termasuk premis diarah tutup. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi amaran kepada pengusaha bar, kelab malam dan pusat hiburan yang didapati mengambil kesempatan menyalah guna lesen operasi sebagai kebenaran untuk menyajikan minuman keras dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perniagaan berkenaan tergolong dalam senarai terlarang, sekali gus mereka tidak dibenarkan untuk menyajikan minuman keras.

"Pub, bar, kelab malam dan pusat hiburan masih tergolong dalam senarai terlarang. Jadi mereka tak boleh walaupun bukan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP pun kita masih belum keluarkan mereka ini daripada senarai negatif.

"Kita tak benarkan, ada beza antara bar dengan restoran," katanya ketika sidang media harian di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, situasi berbeza dengan pengusaha restoran yang dibenarkan menyajikan minuman keras kerana mereka memiliki lesen mengusahakan restoran.

"Ada restoran bukan Melayu dan mereka juga menjual makanan dan pada masa sama ada minuman keras. Ia restoran bukannya bar, maknanya dia jual makanan.

"Macam restoran Jepun di Malaysia, ia adalah restoran tetapi mereka juga menjual minuman keras dalam restoran itu. Selain minuman ringan ada juga minuman keras, tetapi lesen mereka lesen restoran," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa mengingatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengambil tindakan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen bagi yang masih berdegil, supaya premis perniagaan itu ditutup.

 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,878
Reaction score
1,637
Points
101
Banyak dragon akan panas bila bisness mcm ni kerajaan kacau.

Makanya kerajaan abah perlu ditumbangkan.
;)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register