Kerajaan syor heret pemilik kelab malam (yg beroperasi dlm pkpp) ke mahk, tarik lesen

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,977
Reaction score
1,702
Points
151
hehe tn akudotcom, ye ke hiburan org bkan islam :D
saya kenal few non muslim yg takde berhiburan mcm tu
diorang mmg kerja kaw kaw, even hari sabtu tu pun kerja
public holiday je cuti
tapi pastu sambung balik kerja

tapi diorang takde berhiburan mcm tu
klu berhiburan pun bawak isteri dan famili masing masing berkaraoke


anak anak muda yg bekerja pun berhibur gak, tapi bukan cara yg pelik pelik
cara hidup diorang yg kita tengok tak asing dari cara hidup melayu, saya familiar dengan cara tu

ni dikawasan saya lah, yg mana non muslim lebih dari 50% menetap di sini
abah bgtau sbb kelab susah nak penjarakan social

tidak ada kaitan dgn maksiat

"Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam dan pub, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana susah nak mengamalkan penjarakan sosial,” katanya berjenaka dan disambut gelak ketawa hadirin.
kat oversea da buat penjara social club

buka je mcm biasa
Tp amalkan sop
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,073
Reaction score
11,112
Points
1,906
Harian Metro
7m ·
#kualalumpur Ini dibuktikan apabila seramai 227 pengunjung di premis hiburan itu ditahan dan dikenakan tindakan kompaun RM1,000.

Makin ramai tauke pusat hiburan cabar polis!


ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di tiga pusat hiburan di Kelana Jaya dan Damansara, Petaling Jaya dalam Op Noda, kelmarin

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di tiga pusat hiburan di Kelana Jaya dan Damansara, Petaling Jaya dalam Op Noda, kelmarin


Kuala Lumpur: Degil dan sengaja beroperasi walaupun mengetahui larangan kerajaan.
Itu tindakan tiga pusat hiburan di Kelana Jaya dan Damansara, Selangor, yang membuka operasi kepada beratus pengunjung tanpa mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ini dibuktikan apabila seramai 227 pengunjung di premis hiburan itu ditahan dan dikenakan tindakan kompaun RM1,000 susulan tindakan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya turut menahan penjaga premis iaitu seorang lelaki tempatan serta empat lelaki warga asing yang bekerja di premis berkenaan dalam serbuan itu.

"Semakan mendapati semua premis terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan sah dan tidak mempunyai lesen menjual minuman keras selain menggaji pekerja warga asing tanpa permit kerja.
"Kami turut mengeluarkan sebanyak 227 kompaun kepada pengunjung tiga premis terbabit kerana melanggar peraturan mengikut Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Nik Ezanee berkata, pihaknya merampas sebuah komputer riba, sebuah mesin pengisar dan 15 botol arak pelbagai jenama dalam serbuan itu.
"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya akan terus memantau dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan sepanjang PKPP dilaksanakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 7:32 PM

 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,434
Reaction score
721
Points
121
baca tweet dari mycrimewatch semalam,

ada pegawai kanan polis kantoi tengah berhibur masa serbuan di pusat hiburan kat kelana jaya..dah kena serbu tu, tunjuk hebat ugut anggota polis MPV yang buat serbuan...last2 dia pun kena angkut
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,971
Reaction score
793
Points
121
Free Malaysia Today
33m ·
Tempat hiburan terus ditutup dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Ramkarpal bidas Khairuddin berhubung komen tutup kelab malam




September 5, 2020 7:49 PM


View attachment 280280
Pemimpin DAP Ramkarpal Singh berkata, Mohd Khairuddin Aman Razali lupa bahawa ramai orang bergantung hidup pada industri hiburan.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Ramkarpal Singh membidas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung “kenyataan tidak sensitif” beliau tentang penutupan kelab malam dan tempat hiburan.

Dalam satu kenyataan Ramkarpal kelihatan merujuk komentar Khairuddin di Facebook berkait jenaka yang dibuat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin minggu lepas tentang kemungkinan baiknya jika kelab malam dan tempat hiburan tidak dibuka sama sekali.

Tanpa menyebut maklumat khusus, Khairuddin berkata, “kenyataan perdana menteri itu tepat”.
“Kalau tak buka selamanya pun taka pa. Berhibur sahaja di rumah bersama rakan dan taulan.


“Tidak perlu berpesta sehingga mabuk lalu menimbulkan pelbagai lagi permasalahan. Hanya segelintir yang suka. Ramai yang tidak bersetuju.

“Ikutilah suara ramai sebagai suara demokrasi majoriti…,” katanya dalam hantaran itu.

Tempat hiburan terus ditutup dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Ramkarpal berkata, komen Khairuddin menggambarkan “kecetekan pemimpin PAS” dalam menangani isu melibatkan orang ramai.


“Tanpa apa-apa bukti, sama ada statistik atau sebaliknya, Khairuddin mendakwa bahawa golongan ‘majoriti bersetuju dan kelompok minoriti mesti ‘mengikut’ kehendak majoriti.

“Apakah Khairuddin lupa bahawa kelab malam dan tempat hiburan merupakan sumber pendapatan ramai orang, tanpa mengira kaum atau agama, dan penutupan industri itu akan memberi kesan buruk ke atas kehidupan mereka?”

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga mempersoal sama ada Khairuddin sedar bahawa industri pelancongan juga bergantung pada kelab malam dan tempat hiburan dan penutupannya juga memberi kesan buruk ke atas industri itu.

“Adakah beliau berfikir tentang cukai yang dikutip oleh kerajaan daripada industri pelancongan dan hiburan yang menyumbang kepada pembangunan negara sejak sekian lama?

“Jelas Khairuddin tidak berfikir tentang semua itu walaupun memiliki sumber untuk berbuat demikian sebagai seorang menteri,” katanya dengan menambah bahawa Khairuddin harus membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan.

Katanya, kerajaan tidak harus membuat kenyataan tidak sensitif yang akan memburukkan lagi industri berkenaan yang terkesan teruk akibat wabak Covid-19.

“Perdana menteri juga harus menjelaskan kenyataan spontannya itu, dan sekiranya gagal ia akan mendorong lebih ramai pembantunya membuat kenyataan tidak masuk akal dan tidak berfaedah sama sekali.”

orang kafir mula berkata-kata
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,073
Reaction score
11,112
Points
1,906
Kerajaan syor heret pemilik kelab malam ke mahkamah, tarik balik lesen

September 14, 2020 10:12 PM


PEMANTAUAN-PEMATUHAN-PREMIS-PUSAT-HIBURAN-Nightclub-Pub-PKP-MCO-POLIS-bernama-020920-2.jpg

Setiap hari tangkapan melibatkan aktiviti di kelab malam dan pub tinggi kerana premis ini masih tersenarai dalam senarai dilarang beroperasi disebabkan sukar untuk mengawal penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) lain. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) disyorkan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemilik pub dan kelab malam yang beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) termasuk mengheret mereka ke mahkamah dan menarik balik lesen operasi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ini memandangkan kesalahan ingkar PKPP melibatkan aktiviti di pub dan kelab malam terus merekodkan kesalahan tertinggi walaupun premis itu masih dalam senarai larangan beroperasi.

“Setiap hari tangkapan melibatkan aktiviti di kelab malam dan pub tinggi kerana premis ini masih tersenarai dalam senarai yang dilarang beroperasi disebabkan sukar untuk mengawal penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang lain.

“Saya sudah minta PBT kalau premis ini ada lesen kita minta agar lesen mereka ditarik dan tutup perniagaan…mungkin tindakan lebih keras boleh diambil dengan hadapkan mereka ke mahkamah untuk hukuman lebih berat seperti penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kad aku janji pematuhan SOP Covid-19 sempena kempen Bulan Kebangsaan Perbadanan Nasional (PNS) hari ini.

Katanya, setakat ini belum ada perbincangan untuk membenarkan kelab malam dan pub kembali beroperasi.

Mengenai pemeriksaan pematuhan SOP premis perniagaan, Ismail berkata berdasarkan laporan harian yang diterima didapati tiada tangkapan dilakukan terhadap premis perniagaan berhubung pelanggaran SOP.

“Setakat hari ini, tidak banyak premis perniagaan diambil tindakan cuma ada yang berniaga lebih masa tetapi tiada tangkapan dilakukan maka saya anggap tiada tangkapan tentulah pematuhan dilaksanakan.


“Bagaimanapun, ramai yang masih keliru dari segi kedudukan di meja makan, setiap individu yang duduk di meja makan itu mesti ada penjarakan fizikal tidak kiralah besar mana meja tersebut,” katanya.

 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,977
Reaction score
1,702
Points
151
Hanya pusat hiburan yg di benarkan buka mengikut sop ialah di Labuan walaupun covid tinggi di sabah

tp tidak lah menjadi halangan utk berhibur dgn arak sambil berkempen :D

seronok jd ahli kitab ni
Immunity drp undang2
& inforce undang2 pd kasta bwhan
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,561
Reaction score
3,689
Points
236
Tindakan Lebih Tegas Di Syor Terhadap Pemilik Pub, Kelab Malam

15.09.2020 - Kuala Lumpur, Polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) disyorkan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemilik pub dan kelab malam yang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk mengheret mereka ke mahkamah dan menarik balik lesen operasi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini memandangkan kesalahan ingkar PKPP melibatkan aktiviti di pub dan kelab malam terus merekodkan kesalahan tertinggi meskipun premis ini masih dalam senarai larangan beroperasi.

“Setiap hari tangkapan melibatkan aktiviti di kelab malam dan pub tinggi kerana premis-premis ini masih tersenarai dalam senarai yang dilarang beroperasi disebabkan sukar untuk mengawal penjarakan fizikal dan tatacara operasi piawai (SOP) yang lain.

“Saya sudah minta PBT kalau premis ini ada lesen kita minta agar lesen mereka ditarik dan tutup perniagaan… mungkin tindakan lebih keras boleh diambil dengan hadapkan mereka ke mahkamah untuk hukuman lebih berat seperti penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kad Aku Janji Pematuhan SOP Covid-19 sempena Kempen Bulan Kebangsaan Perbadanan Nasional (PNS) di sini, semalam.

Katanya setakat ini belum ada perbincangan untuk membenarkan kelab malam dan pub kembali beroperasi.

Mengenai pemeriksaan pematuhan SOP premis perniagaan, Ismail Sabri berkata berdasarkan laporan harian yang diterima didapati tiada tangkapan dilakukan terhadap premis perniagaan berhubung pelanggaran SOP.

“Setakat ini, tidak banyak premis perniagaan diambil tindakan cuma ada yang berniaga lebih masa tetapi tiada tangkapan dilakukan maka saya anggap tiada tangkapan tentulah pematuhan dilaksanakan.

“Bagaimanapun ramai yang masih keliru dari segi kedudukan di meja makan, setiap individu yang duduk di meja makan itu mesti ada penjarakan fizikal tidak kiralah besar mana meja tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri sekali lagi menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mengenakan kuarantin terhadap mereka yang pulang dari Sabah.

“Ia hanya akan dilakukan sekiranya negeri itu diisyiharkan sebagai Zon Merah… selagi seluruh Sabah tidak diisytiharkan sebagai Zon Merah selagi itu kita tidak perlu adakan kuarantin bagaimanapun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan buat kajian dari semasa ke semasa ikut pada jumlah kes berlaku,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/tindakan-lebih-tegas-disyor-terhadap-pemilik-pub-kelab-malam/
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,977
Reaction score
1,702
Points
151
Saham arak pun da turun ni
Dr rm40 kini jd rm20
1600138777374.png

Sy melihat ini lah masa yg terbaek utk keraajaan menghapuskan terus lesen arak& judi
Kita pula negara islam kutip cukai arak & kita gunakan pula utk semua rakyat termasuk yg beragama islam

tidak kah kita jijik tentang perkara ini?

kenapa kerajaan yg majoriti melayu & islam tidak dpt menghapuskan terus lesen pusat arak & perjudian, kerana dap skrang sudah tidak berkuasa lg :unsure:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register