BTC USD 102,740 Gold USD 2,711.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Setuju Pertimbang Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang

rujuk pada thread berikut




ni pada 21 mac 2024

1711069027352.png




PN sudah terima draf perjanjian peruntukan sekata
Diterbitkan: Mar 21, 2024 9:07 PM

Dikemaskini: 9:07 PM



PARLIMEN | Hamzah Zainudin hari ini berkata dia sudah menerima dokumen yang memperincikan rundingan mengenai peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Katanya dia menerima draf tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

"Cuma kita (pembangkang) nak lihat perkara-perkara yang menjadi syarat dalam dokumen itu," katanya semasa berbalas hujah dengan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Ketika itu Saifuddin sesi penerangan mengenai langkah pemerkasaan Lembaga Penapisan Filem.



Pertikaian singkat di antara dua ahli politik itu bermula apabila RSN Rayer (PH–Jelutong) mencadangkan agar dihasilkan filem lanjutan Anwar: The Untold Story bagi menceritakan kisah pihak yang telah mengkhianati Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam perjalanan politiknya.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, tidak ada keperluan untuk sekuel seperti itu dan menyifatkan Anwar seorang yang memandang ke hadapan dan pemaaf.

Sambil menyokong kenyataan Saifuddin bahawa pemimpin harus memaafkan, Hamzah turut membidas Anwar kerana "cakap tak serupa bikin" apabila menganggap perdana menteri itu menindas pembangkang.

"Jangan timbulkan polemik di negara apabila pemimpin ni cakap tak serupa bikin.




"Saya nasihat sesama kita hari, pada bulan puasa ni, berlaku adillah kepada semua. Itu permintaan saya,” kata ketua pembangkang itu.

Nampak sebagai pendendam
Sebagai respons, Saifuddin berkata jika Hamzah bercakap mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang, ahli parlimen PH juga tidak menerimanya ketika Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin (Pagoh) menjadi perdana menteri.

Kata Saifuddin, dia masing ingat bagaimana Muhyiddin ketika itu memberikan jawapan terhadap permintaan ahli parlimen PH yang mahu peruntukan pembangunan kawasan disalurkan melalui wakil rakyat setempat.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha PH menjelaskan, peruntukan memang diberi ke kawasan pembangkang namun tidak melalui ahli parlimen pembangkang.

“Hanya semasa Bera (Ismail Sabri Yaakob) menjadi perdana menteri, kami menerima peruntukan itu.
"Secara kebetulan, saya dan Larut berada dalam jawatankuasa Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) pada masa itu," kata Saifuddin.

Bagaimanapun, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu dan PN berkata, Saifuddin telah tersilap apa yang diperkatakannya.


9514a95513a4fa8f64bedd771ca4a792.jpg

Anwar Ibrahim



Kata Hamzah dia tidak bercakap mengenai peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen sebaliknya merujuk kepada pelbagai isu lain.

“Banyak perkara lain yang saya maksudkan. Orang nampak perdana menteri (Anwar) sebagai seorang yang sangat berdendam.

“Contohnya, dikatakan kerajaan sebelum ini (PN) menggunakan wang berbilion-bilion, RM600 bilion, RM300 bilion, tetapi akhirnya tidak ada apa-apa.

"Inilah yang dilihat oleh rakyat. Tindakan lebih berkesan berbanding kata-kata.

“Baru dua tiga hari lalu, saya berjumpa timbalan perdana menteri. Peruntukan adalah dua hala – anda tawarkan, kami terima.
"Sama ada kita tangguh atau tidak, itu perkara lain.
"Apabila anda mempunyai kuasa, jangan menyalahgunakan majoriti yang anda ada," kata Hamzah.


dfc033cc69f0e055152e73b2a6a00f49.jpg


Saifuddin kemudian menjelaskan pada awalnya dia membuat tafsiran sebegitu kerana terdapat banyak aduan yang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang mengenai isu peruntukan sama rata kepada ahli parlimen.

Bagaimanapun, mengenai dakwaan Hamzah bahawa Anwar adalah individu yang pendendam, Saifuddin berkata dia “serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai”.

“Setakat ini, insya-Allah, kerajaan kukuh, bersatu dan berfungsi.

“Saya rasa mari kita ikuti bersama-sama rangka kerja yang pembangkang boleh terus mengkritik.

“Pembangkang boleh jadi (mekanisme) semak dan imbang, untuk memantau,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata perbincangan akan diadakan dengan wakil pembangkang berhubung permintaan mereka mendapatkan peruntukan sama rata.

Fadillah berkata, hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan.












tapi dinafikan oleh Fadillah


1bf0b342aa8ea6099edc15f1eae0168d.jpg


mk-small-logo-50.png

BERITA
Fadillah nafi ada draf perjanjian peruntukan wakil rakyat pembangkang
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Mar 24, 2024 10:30 PM

Dikemaskini: 10:30 PM



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini berkata tidak wujud draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan Kerajaan MADANI seperti didakwa oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata tiada sebarang draf dokumen diserah atau diterima semasa pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

“Saya tegaskan sekali lagi dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil pembangkang minggu lepas, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak Kerajaan MADANI mahupun pihak pembangkang.

“Ia sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka malah tiada perbincangan mengenai perjanjian pun,” menurutnya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.




Beliau turut menggesa Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid daripada Bersatu, yang membangkitkan isu mengenai draf itu, agar meminta dokumen tersebut daripada Hamzah.
“Cuba lihat draf itu wujud atau tidak,” katanya.

Pada 22 Mac lepas, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperinci perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil turut menafikan kenyataan Hamzah berhubung perkara tersebut dan mengesahkan pertemuan Fadillah dengan Ketua Pembangkang itu hanya untuk mendengar pandangan mereka.




Menteri Komunikasi itu berkata Kerajaan Perpaduan telah meneliti perbincangan tersebut dan dijangka membuat tindakan susulan termasuk mengadakan perbincangan di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan MADANI yang akan diadakan nanti.

“Buat masa ini, kita tidak dapat sesuatu yang substantif daripada pihak pembangkang jadi kita kena go back to the drawing board.

“Jika ada Ahli Parlimen pembangkang yang merasakan perbincangan ini agak lambat, jangan salahkan kerajaan, (mereka) kena tanya kepada Ketua Pembangkang kenapa ia lambat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia serta rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di Kuala Lumpur hari ini.
- Bernama
 
Sponsored Post

kenapa ada inverted comma tu? nak imply apa dia tu?


Astro AWANI

· 23h ·
Beberapa kenderaan tertera plat ‘Menteri’ dan ‘Timbalan Menteri’ dilihat memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya petang ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.


1713430552744.png

1713430569594.png

1713430588134.png

1713430609489.png
 
ni dari Azizi Safar


Azizi Safar

1d ·

SEMBANG-SEMBANG KASI BIMBANG

Kawan aku kata, mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan petang ini di Seri Perdana bukan sangat nak bincang pasal peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang, tapi lebih bertujuan untuk membincangkan kedudukan terkini sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ini berikutan pemfailan afidavit oleh Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I menyokong saman Najib Razak terhadap Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dan lain-lain responden berkait adanya satu 'titah adendum' Yang DiPertuan Agong ke-16 mengenai baki hukuman pemenjaraan Najib Razak.

Antara yang dinamakan sebagai responden dalam saman oleh Najib Razak adalah Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi), seorang Menteri mewakili UMNO sendiri yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Nampak nak jadi kalut dah Kerajaan Madani ni ...
 
kenapa ada inverted comma tu? nak imply apa dia tu?


Astro AWANI

· 23h ·
Beberapa kenderaan tertera plat ‘Menteri’ dan ‘Timbalan Menteri’ dilihat memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya petang ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.


1713430552744.png

1713430569594.png

1713430588134.png

1713430609489.png

Hamzah nak join PMX ke?
 
Hamzah nak join PMX ke?
tn timmi, open to interpretation

rumours tersebar kata bukan pasal peruntukan yg kerajaan pertimbang nak bagi pembangkang pun, tapi pasal benda benda lain
 
PN Teliti Dulu Tawaran MOU Kerajaan

18.04.2024 - Pembangkang akan meneliti terlebih dulu syarat-syarat yang terkandung dalam draf memorandum persefahaman (MOU) yang disiapkan kerajaan sebelum membuat keputusan sama ada menerima atau tidak tawaran Putrajaya. Mengakui menyambut baik langkah tersebut, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin bagaimanapun memberitahu tiada keputusan yang diambil pihak pembangkang setakat ini.

"PN menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Bagaimanapun, PN selaku pembangkang akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat-syarat dalam draf MOU yang sedang disiapkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbang langkah menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Dia yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata satu draf MOU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya. Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu juga berkata persetujuan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen kerajaan perpaduan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

1713432624476.png


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/702838
 
Peruntukan Kepada Wakil Rakyat Pembangkang Bersyarat - Nga

18.04.2024 - Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat, kata Ketua Whip Parlimen DAP Nga Kor Ming. Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata keputusan itu yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan semalam, bagaimanapun belum lagi membincangkan mengenai syarat-syarat tersebut.

“Peruntukan (kepada wakil rakyat pembangkang) itu diberi tertakluk kepada syarat dan terma yang akan dibincangkan. Kita perlukan pembangkang bertanggungjawab dan bukan asyik hanya memainkan isu sentimen tidak membina yang merugikan negara kita,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Kuala Kubu Bharu dekat Hulu Selangor, hari ini.

Terdahulu hari ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fadillah Yusof dilapor berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Dia berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan di Sri Perdana, Putrajaya, semalam.

Sehubungan itu, Fadillah berkata satu draf memorandum persefahaman (MOU) akan dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya. Dalam pada itu, mengulas mengenai desas-desus DAP akan mengemukakan calon berbangsa Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini, Nga berkata kaum apa sekali pun yang diketengahkan parti itu tidak seharusnya dijadikan isu.

“Tunggu tarikh (pengumuman calon)...kita jangan mainkan isu, yang penting bagi saya tidak kira mana-mana kaum, semua anak kita. Yang penting calon itu dapat berkhidmat, berbakti dan bekerja kepada warga Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa). Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac. Lee, 58, yang menjadi Adun Kuala Kubu Bharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.
1713432720175.png
 


18 Apr 2024, 04:05 PM

Kerajaan cuma ‘pertimbang’, belum setuju lagi, kata Muhyiddin​



Kerajaan ketika ini hanya setuju untuk ‘mempertimbangkan’ peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, tetapi belum bersetuju sepenuhnya, kata pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Laporan Lanjut:
https://www.freemalaysiatoday.com/c...ata-muhyiddin-berkait-peruntukan-pembangkang/

jangan lama2 sangat pikir Din Paguh. Kesian kat pengundi, anak dengan menantu sekali.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register