BTC USD 62,267.7 Gold USD 2,653.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Setuju Pertimbang Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,898
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,898
Reaction score
6,856
Points
916
Awards
1
18.04.2024 - Putrajaya bersetuju mempertimbangkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, dengan satu draf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka untuk rundingan seterusnya, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof. Dalam satu kenyataan media, Fadillah berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Sri Perdana, Putrajaya, semalam.

“Secara dasar bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Ke arah itu satu draf MoU akan dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, Fadillah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang disertai Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin bersama Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee bagi membincangkan isu peruntukan wakil rakyat. FMT pada 6 Apr lalu melaporkan Hamzah meminta kerajaan mengemukakan cadangan rasmi berhubung peruntukan sama rata untuk Ahli Parlimen pembangkang iaitu kira-kira RM3.8 juta setahun. Beliau berkata, pendekatan itu digunakan semasa kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob mengikat memorandum persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Pakatan Harapan pada September 2021.

Ia menetapkan beberapa syarat untuk membolehkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menerima peruntukan pembangunan sama. Tahun lalu, PN tidak meneruskan rundingan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang selepas Takiyuddin mendakwa Fadillah meminta mereka menulis surat dengan menyatakan jaminan tertentu. Takiyuddin bagaimanapun enggan mendedahkan jaminan diminta kerajaan itu. Isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menjadi antara alasan enam Ahli Parlimen Bersatu mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Mereka terdiri daripada Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Azizi Abu Naim (Gua Musang); Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
1713414190800.png
 
Sponsored Post

Sebelum ..

Kerajaan Perpaduan Bincang Peruntukan Pembangkang

18.04.2024 - Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana bagi membincangkan agihan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Mesyuarat dihadiri Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof itu bermula 5.30 petang. Antara yang hadir adalah presiden Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu serta pimpinan tertinggi parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

Terdahulu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam sidang media hari ini mengesahkan satu mesyuarat akan berlangsung petang ini bagi membincangkan mengenai agihan peruntukan kepada pembangkang. Pada 13 April lalu Fadillah berkata tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan hari ini. Fadillah berkata, hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Parlimen pada 19 Mac lalu. Selain Hamzah, pertemuan bersama Fadillah yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air itu turut disertai Ketua Whip Pembangkang Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee.
1713414339059.png
 
Sebelum ..

Kerajaan Bincang Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang Rabu Depan

18.04.2024 - Fadillah Yusof berkata, Hamzah Zainudin memaklumkan terpulang kepada kerajaan memutuskan syarat untuk peruntukan buat Ahli Parlimen pembangkang. Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat Rabu depan bagi membincangkan isu peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof. Katanya, mesyuarat itu menyusul perjumpaan dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) pada 19 Mac lalu yang disertai Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee.

“Saya tanya apa kemahuan mereka? Beliau (Hamzah) kata mereka mahu peruntukan dan apa saja syaratnya terserah kepada kerajaan. Saya maklumkan kepada mereka, perkara itu akan dibawa ke perbincangan di peringkat Majlis Perpaduan Kerajaan Madani (Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan) untuk mengemukakan apa yang dihasratkan mereka,” katanya menurut Harian Metro pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Petra Jaya di Kuching.

Beliau berkata, pihaknya hanya akan membuat keputusan, antaranya jumlah peruntukan yang akan disalurkan kepada pembangkang, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan nanti. Selepas perjumpaan dengan tiga pemimpin PN itu, Fadillah berkata, beliau agak terkejut dengan beberapa kenyataan Ahli Parlimen pembangkang mendakwa sebelum ini ada perjanjian dikemukakan wakil Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Tetapi, saya sendiri pun tidak tahu (mengenai perjanjian dikemukakan wakil perdana menteri) dan saya mendapatkan pengesahan daripada perdana menteri dan beliau juga kata tidak ada. Jika itulah apa yang mereka kata, berbincanglah dengan wakil perdana menteri itu (seperti didakwa), tak perlulah bincang dengan saya lagi,” katanya sambil menambah beliau tidak tahu siapa wakil perdana menteri didakwa itu.
1713414460822.png
 
Menanti ‘Duit Raya’ Anwar

Pada Rabu, dalam suasana masih berhari raya, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan bermesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang lebih 16 bulan selepas kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim mengambil alih pentadbiran di Putrajaya pasca PRU15.Blok pembangkang yang diketuai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tentunya ternanti-nantikan pengumuman ‘duit raya’ oleh perdana menteri walaupun ia tidak dijangka dibuat sejurus selesai mesyuarat berkenaan. Namun, sekurang-kurangnya mereka harus berasakan pengumuman peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang yang sekian lama ditunggu tidak akan berlanjutan terlalu lama lagi. Seperti dibayangkan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof kelmarin, mesyuarat lusa akan membincangkan apa yang dihasratkan pembangkang dan keputusan akan dibuat berkaitan jumlah peruntukan yang akan disalurkan. Pada tahap ini sudah ada perkembangan positif selepas isu itu kerap dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat yang menyaksikan perdebatan hangat tanpa sebarang bayangan ia hampir menuju kepada penyelesaian sehinggalah satu perjumpaan yang dipengerusikan oleh Fadillah di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Dengan Fadillah di kerusi pengerusi bersama Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee, kemesraan yang dipertontonkan dalam sekeping foto yang tular nampak bukan dibuat-buat. Berlatarbelakangkan pejabat timbalan perdana menteri di Parlimen dan topik perbincangan pula berkait peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang yang selama ini berbahang dan membara, mana mungkin Fadillah meleretkan senyuman, begitu juga Hamzah dan Kiandee, sambil Takiyuddin lebih tertumpu kepada kertas notanya jika tiada rasa hormat dan persefahaman sesama mereka. Sebaliknya suasana yang menyusul di luar bilik perjumpaan itu pula jauh berlawanan apabila keadaannya gegak-gempita dengan pertelingkahan, cuma pelakunya sama-sekali berbeza hingga timbulnya tuduh-menuduh dan bermacam-macam sangkaan.

Ceritanya bermula begini. Pada 21 Mac, Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu memaklumkan di Dewan Rakyat yang pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Dalam menimbulkan saspens terhadap plot ceritanya, Ahli Parlimen Larut itu tidak memberi banyak huraian mengenai perkara itu kecuali timbul desas-desus konon perdana menteri menerusi “wakilnya yang berpangkat tinggi dalam negara” sudah menyerahkan draf dokumen perjanjian berkaitan agihan peruntukan untuk pembangkang kepada setiausaha agung Bersatu itu. Menyangkalnya ketika itu, Fadillah dalam satu kenyataan pada 24 Mac menegaskan tidak timbul draf perjanjian baharu itu seperti yang didakwa. Pertemuan di Parlimen 19 Mac lalu, tambahnya, hanya mendengar permohonan PN dan apa yang mereka tawarkan. Tiada sebarang dokumen diberi atau pun diterima. Paling lantang menyanggah Fadillah selepas itu ialah Wan Ahmad Fayhsal, seolah-olah timbalan perdana menteri tidak bercakap benar dan mahu menyembunyikan sesuatu. Pada pengetahuannya, pembangkang ada menerima draf perjanjian peruntukan Ahli Parlimen pembangkang daripada kerajaan.

“Kami tidak berbohong, ini fakta. Ketua whip boleh sahkan, beliau lebih terbabit secara langsung,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Takiyuddin di Parlimen pada 25 Mac.

Kritikan Ahli Parlimen Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari yang mendakwa tiada apa-apa perjanjian atau perbincangan mendalam mengenai perjanjian dengan pembangkang, malah pembangkang didakwanya mula ‘menjual’ cerita yang tidak sahih dan menyifatkan mereka sinonim dengan berita palsu, Wan Ahmad Fayhsal bertambah berang.

“Bukan semua benda PMX nak cerita dengan kamu macam dia buat ‘deal’ dengan Bagan Datuk dulu. Memanglah timbalan perdana menteri dan kamu tak tahu. Bukan ‘fake news’,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

Mahu mengeyakan hujah rakannya itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid menyatakan Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun dalam “draf tawaran perjanjian baharu” itu — jumlah sama pernah disalurkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pasca PRU14. Jumlah itu, katanya, wajar dipersetujui bersama tambahan peruntukan RM300,000 setahun bagi perbelanjaan pengurusan pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen. Sekali lagi Fadillah tampil mempersoalkan kesahihannya. “Adakah Rosol sudah lihat ‘draf’ itu?” soal Fadillah. “Jika belum, mintalah ‘draf’ itu daripada ketua pembangkang. Cuba lihat ‘draf’ itu wujud atau tidak.” Melanjutkan perdebatan mengenai perkara itu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil bukan sekadar menafikan wujudnya draf perjanjian seperti didakwa, malah turut menyindir Wan Ahmad Fayhsal sebagai mungkin mencetak draf perjanjiannya sendiri. Ini merujuk kepada Ahli Parlimen Machang itu ketika menganggotai pentadbiran PN pada November 2020 yang melontarkan ‘teori cetak duit’ dan pengampunan hutang bagi mengatasi isu ekonomi, yang dijelaskan beliau kemudian telah diputar-belitkan, namun terus dipersendakan.

Lama membisu dan membiarkan ramai berteka-teki mengenai “kekalutan” itu, Hamzah tampil memberi pencerahan dalam satu temu bual dengan FMT yang laporannya tersiar 6 Apr lalu. Ketua pembangkang mengesahkan menerima cadangan draf perjanjian berhubung isu peruntukan sama rata untuk Ahli Parlimen pembangkang melalui seorang yang mewakili individu “berpangkat tinggi” dalam negara.

“Draf ini pernah saya terima daripada individu yang diwakilkan oleh seseorang tetapi saya tidak mahu timbulkan polemik yang lebih besar kerana nanti membabitkan seseorang yang tinggi pangkatnya dalam negara kita,” katanya sambil menambah bahawa pihaknya kini menunggu kerajaan mengemukakan cadangan rasmi berhubung peruntukan sama rata untuk Ahli Parlimen pembangkang sebanyak kira-kira RM3.8 juta setahun.

Barangkali apa yang menimbulkan persoalan ialah kenyataan Fadillah Sabtu lalu yang mengulangi keraguannya mengenai kewujudan draf perjanjian berkenaan.

“Saya sendiri pun tidak tahu (mengenai perjanjian dikata dikemukakan wakil perdana menteri). Saya dapatkan pengesahan daripada perdana menteri dan beliau juga kata tidak ada,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Petra Jaya di Kuching.

Dengan pencerahan yang dibuat Hamzah, kita tidak berniat untuk mempertikaikannya, tidak juga mahu menyoal siapa individu “berpangkat tinggi” dalam negara yang dimaksudkannya, tambahan ia sudah sampai ke peringkat mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan membuat ketetapan kesudahannya. Dalam suasana masih berhari raya yang menuntut bermaaf-maafan, ini kesempatan terbaik untuk Anwar menghulurkan ‘duit raya’ kepada Ahli Parlimen pembangkang yang manfaatnya akan sampai kepada rakyat yang diwakili mereka. Ia bakal menjadi penamat terbaik kepada satu pertikaian yang sudah terlalu lama berlarutan untuk kerajaan perpaduan memfokus kepada isu-isu lain yang menuntut penyelesaian.

1713414559871.png
 
Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang

18.04.2024 - Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbang langkah menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof. Dia yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata sehubungan itu, satu draf memorandum persefahaman (MOU) akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya. Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu juga berkata persetujuan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen kerajaan perpaduan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
1713423198553.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register