BTC USD 97,313.6 Gold USD 2,868.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Selangor Perkenal Garis Panduan Pembinaan Inap Desa Di Tanah Pertanian

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
75b99b3a7cd9ba8c451c05c5891d0d6d65bcc1b338997

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, Ng Suee Lim

Kerajaan Selangor akan memperkenalkan garis panduan berhubung pembinaan inap desa khususnya yang dibina di atas tanah pertanian.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata pihak berkuasa tempatan telah diminta untuk meneliti perkara terbabit bagi memastikan tanah pertanian itu tidak diteroka dengan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata inap desa yang dibina di atas tanah pertanian seperti sawah padi dilihat semakin menjadi pilihan dengan lambakan premis itu dikesan pesat dibangunkan terutamanya di anjung utara dan selatan negeri itu.

“Dalam masa kita membantu membangunkan industri pelancongan, kerajaan negeri tidak boleh ambil pendekatan dengan melepaskan pengusaha membina inap desa di atas tanah pertanian begitu sahaja sebaliknya mereka juga perlu mengikut undang-undang.

“Oleh itu, saya minta pihak berkuasa tempatan meneliti dan wujudkan satu garis panduan bagi membantu pengusaha inap desa di kawasan sawah selain memastikan tanah pertanian tidak diteroka sewenang-wenangnya kerana ia berkaitan dengan keterjaminan makanan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Syazwani Noh (PN-Permatang) berhubung kesediaan kerajaan negeri memberi pelepasan kebenaran merancang kepada pengusaha inap desa di atas tanah pertanian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Dalam hal sama, Ng turut menggalakkan semua pengusaha inap desa berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Tourism Selangor bagi membolehkan mereka dilindungi dengan insurans sekiranya berlaku sebarang isu membabitkan keselamatan terhadap premis berkenaan.

Langkah ini antara lain bagi memastikan perusahaan inap desa yang memberi saingan kepada industri perhotelan beroperasi secara sah dan mengikut piawaian ditetapkan, katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register