Kerajaan Selangor Belanja RM 2.1 Juta Untuk Kereta Camry

CG Sponsors




tuksidang

Banned
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
462
Points
41
Apabila memegang jawatan dahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa kesemua EXCO Selangor akan terus menggunakan kereta sedia ada selagi belum tiba masa lupus iaitu lima tahun.



Namun, PembangkangSelangor difahamkan kerajaan negeri telah pun membuat pembelian sebanyak 14 buah kereta baru jenis Toyota Camry untuk kegunaan EXCO kerajaan negeri. Kos keseluruhannya dianggar sekitar RM 2.1 juta.

Memandangkan kebanyakan kereta EXCO masih berusia dua tahun, pembelian ini sahaja melanggari prosedur sedia ada kerajaan negeri yang mensyaratkan penggunaan selama lima tahun sebelum sesebuah kereta diganti baru.



Kerajaan negeri juga telah membazir sekitar RM 600 ribu apabila membuat keputusan membeli 14 buah kereta Toyota Camry ini. Harga bagi Proton Perdana V6 hanyalah sekitar RM 120, 000 berbanding Camry RM 168 000 sebuah.

Apakah pembelian ini diputuskan oleh Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri atau oleh segelintir dua EXCO yang diketahui mempromosi penggunaan Camry sejak beberapa bulan lalu?

Tan Sri Khalid juga dilihat melupai kata-kata beliau sebelum ini bahawa tidak akan menukar kereta Proton Perdana V6 kepada kereta camry seperti cadangan EXCO Kanan Ronnie Liu. Ini juga menimbulkan tanda tanya siapakah yang menguasai kerajaan Selangor hari ini, Khalid atau Ronnie.

Jika ini dilakukan oleh kerajaan BN pastinya ia dianggap membazir.

--------------------------------------------------------------

Petikan Akhbar Utusan ARKIB : 27/07/2008 -->

Selangor terus guna Proton Perdana SHAH ALAM 26 Julai - Kerajaan Selangor tidak bercadang menggantikan kereta Proton Perdana V6 dengan kereta baru sebagai kenderaan rasmi anggota Exco kerajaan negeri walaupun ada menerima cadangan berbuat demikian.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua kereta itu yang digunakan anggota Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini, akan terus digunakan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini.

"Kita tidak bercadang untuk menukar kereta-kereta itu dalam tahun ini tahun depan, kita akan lihat dari segi bajet terlebih dahulu.

"Kalau tidak baik (rosak), kita betulkan dan teruskan penggunaannya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Buku Selangor 2008 di sini hari ini.

Semalam beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat menukar kereta Proton Perdana V6 kepada Toyota Camry untuk kegunaan anggota Exco seperti dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu.

Isu mengenai pertukaran kereta rasmi timbul apabila Kerajaan Terengganu menukarkan kereta Proton Perdana V6 Executive kepada Mercedes E200 Kompressor atas alasan kereta nasional itu memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Mengenai kos penyelenggaraan semua kereta Perdana V6 yang digunakan exco, Abdul Khalid mengakui kosnya agak tinggi memandangkan ada antara kereta berkenaan yang sudah lama digunakan.

"Saya tidak ada perangkaan terperinci tetapi kita tidak dapat buat perbandingan antara Proton Perdana dengan kereta lain sebab semua kereta (Exco) kerajaan negeri adalah kereta Proton Perdana," katanya. Mengenai kemungkinan kereta Proton Perdana terbabit akan digantikan dengan model lain tahun depan, beliau berkata, perkara itu memerlukan kajian terlebih dahulu tetapi buat masa ini tidak ada cadangan untuk berbuat demikian. "Kita akan cuba dapatkan pengiraan kereta yang memberi pulangan lebih ekonomi," ujarnya

www.pembangkangselangor.com
 
Sponsored Post

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Membazir betul selangor.. hidup barisan!!! hidup barisan!!!
:p
 

anasz

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
3,582
Reaction score
43
Points
30
Apasal la selangor tak beli mercedes macam ada satu kerajaan negeri tu
 

bugger_gawat

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
115
Reaction score
48
Points
20
beli lew labogini ke ferari ke pochshe ke kasi gepak sikit kat kerajaan **** negara tu...tak macam mamat yang menyangkat tulis thread nie menyangkak pungkoq pn cium tu agak nya..dan barua2 dia tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register