Kerajaan Selangor akan pulangkan wang pembayaran YBK

CG Sponsors

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
http://www.youtube.com/watch?v=A3BdUsPO8_U

SHAH ALAM, 3 Feb — Kerajaan Selangor akan memulangkan pembayaran tunggakan cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) berjumlah RM5.43 juta yang dibuat oleh Yayasan Melaka pada Isnin lepas, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak dapat menerima pembayaran daripada Yayasan Melaka itu untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah YBK kerana Seksyen 98 Kanun Tanah Negara jelas menyatakan cukai tanah hanya boleh dijelaskan oleh pemilik tanah itu sendiri.

Oleh itu, kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Daerah Hulu Selangor memulangkan wang tersebut dalam bentuk cek mulai hari ini dan esok kepada YBK, katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Mengenai usaha YBK dengan Yayasan Melaka, menurutnya kerajaan Negeri Selangor berpendapat ini adalah satu idea berasingan serta tidak melibatkan kerajaan negeri dan terpulanglah kepada Yayasan Melaka untuk bekerjasama dengan YBK atau tidak.

Laporan akhbar semalam berkata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesahkan bahawa Yayasan Melaka telah membuat pembayaran tunggakan cukai tanah YBK berjumlah RM5.43 juta.

Dalam pembentangan wakil Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah Hulu Selangor kepada exco negeri hari ini, Abdul Khalid berkata YBK telah diberi milik 33 lot tanah seluas 876 hektar oleh kerajaan terdahulu pada 24 Oktober 1994.

Pada November 1995, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan pengurangan pembayaran premium bagi tanah YBK itu daripada RM10,000 seekar kepada RM15 seekar, katanya.

Beliau berkata YBK tidak pernah menjelaskan cukai tanah sejak ia dianugerahkan hinggalah pada Ogos 2009 lepas di mana YBK cuba membuat pembayaran untuk sebahagian daripada jumlah cukai yang tertunggak, katanya.

Ditanya jumlah cukai tanah YBK yang tertunggak, Abdul Khalid berkata beliau tidak memberi jumlah yang tepat tetapi berkata antara RM5 dan RM6 juta.

Beliau juga menafikan tanah YBK itu telah dirampas berikutan penolakan pembayaran Yayasan Melaka itu tetapi jika tindakan tersebut dilakukan, ia mestilah menurut prosedur dan lunas undang-undang.

Oleh itu, beliau berkata YBK perlu membuat rayuan bertulis kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tunggakan cukai tanah itu dan juga mengenai kedudukan tanah berkenaan supaya dapat dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid juga berkata penolakan cadangan pembangunan tanah YBK di Serendah itu tidak ada kaitan dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sememangnya kerajaan negeri berminat agar kampus baru berkenaan dibina di situ.

Sementara itu, Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi di sini hari ini berkata YBK sedang berbincang dengan peguam-peguam bagi menentukan tindakan yang sesuai untuk diambil dalam menyelesaikan perkara ini.

Beliau berkata YBK telah membuat pembayaran berjumlah RM180,000 bagi tunggakan cukai tanah itu pada 29 Januari lepas.
Antara punca YBK tidak membayar kesemua cukai tanahnya di Serendah itu kerana tanah tersebut masih belum dibangunkan untuk dibayar premiumnya dan isu itu timbul baru-baru ini apabila UiTM menawarkan projek pembinaan kampus barunya di tanah milik YBK tersebut, tambah beliau.

Sumber
 
Sponsored Post

chip555

Active Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
2,286
Reaction score
175
Points
43
dah kurang pun tak bayo ke? :-?
 
sfauzie

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
Sementara itu, Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi di sini hari ini berkata YBK sedang berbincang dengan peguam-peguam bagi menentukan tindakan yang sesuai untuk diambil dalam menyelesaikan perkara ini.
Tindakan yang sesuai...bayar je. Apa ler diaorang ni...masing2 ada pangkat...ada title...calling2 wat temujanji,bincang semeja sambil2 minum kopi kan senang. Kalo setakat berbincang dalam surat kahabar...inilah akibatnya. Cakap lain,tulis lain,lapor lain. Ntah apa2 ntah. Masing2 nak publisiti kata "AKU BENAR"...
 
Last edited:

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
“Zainal Abidin, bagaimana anda ‘guna’ RM513,000 dalam 16 hari?” - Lau Weng San
Khamis, 2010 Februari 11

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San tampil meminta penjelasan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom berhubung cara wang peruntukan RM513,000 dihabiskan dalam tempoh paling singkat; 16 hari.

"Kita sedia maklum bahawa hampir kesemua Adun BN Selangor telah menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sebelum pilihan raya Mac 2008.

"Tetapi, beliau (Zainal Abidin) hanya mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan keseluruhan peruntukan RM500,000. Malah bukan itu sahaja, beliau telah membelanjakan jumlah besar sebanyak RM513,000 dan ini telah melampaui had maksima bajet yang dibenarkan," kata beliau ketika mengulas laporan dalam TV Selangor.

Sebelum ini, tambah Lau, beliau difahamkan bahawa Pengerusi YBK merangkap bekas Adun Batang Kali itu mengguna peruntukan kawasan beliau pada 2008 dalam masa kurang tiga bulan dan jumlah yang dihabiskan ialah RM512,000, iaitu RM12,000 lebih banyak daripada jumlah peruntukan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap Dun.

"Mungkin, beliau sedang bertikam lidah dengan kerajaan negeri itu berhubung isu cukai tanah seluas 88.4 hektar milik YBK di Serendah yang dirancang untuk pembangunan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Beliau perlu membuat penjelasan segera terhadap hal itu. Ini mungkin antara sebab kenapa kerajaan Selangor tidak yakin dengan kepimpinan beliau di dalam YBK sekali gus mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap yayasan tersebut," kata beliau.

sumber
 
habiburrahman

Super Active Member
Joined
Feb 1, 2009
Messages
7,016
Reaction score
193
Points
78

Bukan ke UMNO nie BANGSA PELAHAP?
:(scam:(scam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register