BTC USD 50,772.8 Gold USD 1,784.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Selangor Akan Jumpa Penduduk Bukit Antarabangsa

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SHAH ALAM, 21 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan berjumpa penduduk Bukit Antarabangsa awal tahun depan bagi menjelaskan tentang risiko tinggal di kawasan itu.

"Kita harap ia tidak akan menakutkan penduduk.

Kita tengah buat kertas (kerja) apa yang patut masyarakat di sana faham mengenai perkara ini," katanya kepada para pemberita ketika ditanya tentang bila laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa akan diumumkan.

Abdul Khalid berkata tinggal di atas tanah rata adalah berbeza dengan tinggal di lereng bukit.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan tanah rata, mereka hanya perlu membersihkan kawasan rumah mereka sahaja tetapi bagi yang tinggal di lereng bukit, mereka perlu mengambil kira tentang keseluruhan kebersihan di kawasan kediaman mereka agar tidak mendatangkan risiko kepada semua pihak, katanya.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
jumpa jangan tak jumpa..bincang2 kan..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register