Kerajaan Sekular Arab Saudi Berlakon Dalam Filem Bertajuk “Israel Negara Kanak-Kanak

CG Sponsors




demuara

Fun Poster
Joined
May 31, 2009
Messages
356
Reaction score
35
Points
20
Kerajaan Sekular Arab Saudi Berlakon Dalam Filem Bertajuk “Israel Negara Kanak-Kanak Nakal”

Rabu, 06 Januari 2010 17:50

Israel ' terlalu diberi muka'


RIYADH 3 Jan. - Arab Saudi menyifatkan Israel sebagai 'kanak-kanak yang terlalu diberi muka' kerana dibiarkan melanggar undang- undang antarabangsa dan melakukan jenayah perang tanpa dikenakan hukuman.

Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal juga menggesa negara-negara di dunia supaya mengambil 'pendirian yang tegas dan serius bagi menamatkan dasar Israel memperluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin dan di Baitulmaqdis'.

Kegagalan mencapai penyelesaian (terhadap konflik Asia Barat) berpunca daripada layanan istimewa yang diterima oleh Israel, kata al-Faisal dalam sidang media bersama dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam.

"Apabila mereka melanggar undang-undang antarabangsa, negara lain dihukum tetapi tidak Israel...Israel sudah menjadi seperti kanak-kanak yang terlalu diberi muka dalam masyarakat antarabangsa.

"Israel bebas melakukan apa sahaja tanpa dipertanggungjawabkan atau dikenakan hukuman," kata al-Faisal.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang disokong oleh Riyadh menuntut Israel membekukan kegiatan pembinaan penempatan haram Yahudi sebagai syarat menyambung semula rundingan damai.

Israel pada Isnin lalu mengumumkan rancangan untuk membina hampir 700 rumah baru Yahudi di kawasan yang didudukinya di Tebing Barat.

Al-Faisal berkata, Arab Saudi dan masyarakat antarabangsa mengutuk dan melahirkan kebimbangan terhadap dasar Israel untuk meluaskan kawasan penempatan.

"Dasar itu menimbulkan kesangsian mengenai komitmen Israel terhadap proses damai," kata beliau. – Reuters

Sumber: Utusan Malaysia 04/01/10
 
Sponsored Post

demuara

Fun Poster
Joined
May 31, 2009
Messages
356
Reaction score
35
Points
20
Kerajaan Sekular Arab Saudi Berlakon Dalam Filem Bertajuk “Israel Negara Kanak-Kanak Nakal”.

Israel tidak pernah mengenal dan memahami istilah perdamaian, kutukan, kecaman, pemboikotan dan seumpamanya yang digunakan oleh seluruh dunia saat ini.

Bahasa yang akan mereka fahami hanyalah perkataan jihad semata-mata.

Namun malang sekali, majoriti umat Islam terutamanya para pemimpin mereka, seperti kerajaan sekular Arab Saudi masih tetap menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh Israel.

Oleh itu, mana mungkin Israel akan memberhentikan tindakan biadab mereka yang selama ini terus menjadikan umat Islam di Palestin sebagai mangsa dan sasaran mereka.

Para pemimpin sekular Arab Saudi hari ini melalui Menteri Luarnya, Putera Saud al-Faisal telah diarahkan untuk menjadi pelakon yang melakonkan watak “hero” dalam filem bertajuk “Israel Negara Kanak-Kanak Nakal”.

Pelakon pembantunya ialah Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu. Amat hina apa yang dilakukan oleh para pengkhianat umat Islam ini.

Hanya Khilafah sahajalah yang akan menggunakan bahasa yang akan difahami oleh Israel - “Jihad”.

Untuk itu wahai umat Islam janganlah kamu terpedaya dengan lakonan yang dilakonkan oleh para pelakon di atas yang hanya menipu kalian sebenarnya.

Ya Allah! Hinakanlah mereka yang menghina dan menipu Islam dan umat Islam.
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Celakalah ke atas israel dan sekutunya...
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
palestin dah naik rentung dek israel mereka kutuk kutuk kutuk itu jer mereka reti

kot dah tak reti meh sini bagi kita memerintah kita bangunkan semangat jihad umat islam

kita serang mereka dengan semangat jihad

insyaallah tuhan akan bersama kita
 
Sponsored Post
Top
Log in Register