Kerajaan sedia kabin sebagai bilik darjah: Muhyiddin

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
PETALING JAYA: Kerajaan sentiasa mengambil langkah sewajarnya termasuk menyediakan kabin sebagai bilik darjah di sekolah yang menghadapi masalah kesesakan pelajar selain membina lebih banyak sekolah, katanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi menggelakkan proses pembelajaran daripada terganggu, selain memastikan suasana pembelajaran sentiasa kondusif.

"Kita mahu pembelajaran di sekolah sentiasa di tahap yang tinggi. Jika bilangan pelajar melebihi nisbah sepatutnya, (misalnya) satu kelas 40 atau 50 pelajar, boleh menjejaskan proses pembelajaran dan kita tak nak ia membawa kesan kepada anak kita," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata masalah kesesakan pelajar di seluruh negara tidak banyak.

SK Subang Bestari adalah satu daripada sekolah yang mengalami kesesakan pelajar berikutan pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

Sekolah berkenaan menpunyai lebih daripada 3,260 pelajar dan dua sesi pembelajaran.

Bagi mengatasi masalah itu, Muhyiddin berkata kementerian telah menyediakan kabin bilik darjah sebagai penyelesaian jangka pendek selain telah merancang untuk membina bangunan sekolah baru di tapak berdekatan.

Katanya projek pembinaan bangunan baru sekolah itu dijangka bermula awal tahun ini dan siap pada 2011 ataupun pada awal 2012.

"Maknanya, sebahagian pelajar di sini akan ditempatkan ke sekolah baru bila ia telah siap. Ia hampir berdekatan, jadi ia tidak akan menjadi masalah kepada ibu bapa," katanya.

Muhyiddin berkata keseluruhan 76 projek sekolah baru akan siap menjelang akhir tahun ini.

Sebanyak masing-masing sembilan buah sekolah rendah dan sekolah menengah telah siap dan beroperasi mulai bulan ini dan ia melibatkan sebanyak 522 bilik darjah dan 15,160 pelajar, katanya.

Sementara itu, 31 sekolah rendah dan 27 sekolah menengah yang akan memuatkan 1,416 bilik darjah dan 42,480 pelajar akan mula beroperasi Jun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang ditemui ketika mengiringi Muhyiddin berkata kementerian sedang ke arah menjadikan pembelajaran di sekolah-sekolah kerajaan satu sesi sahaja.

"Itu memang perancangan kita. Di kawasan luar bandar tiada masalah, semua pembelajaran dijalankan satu sesi sahaja. Ia (masalah kesesakan) cuma berlaku di kawasan sub-urban seperti di Subang, Rawang dan Kajang," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada jangka masa ditetapkan untuk mencapai sasaran berkenaan. - Bernama
 
Sponsored Post

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
pastu terjadilah sekolah tak siap..pastu ckp senarai itam kontrektor..tu la ayat ko dari aku kecik sampai la aku besor...umngok
 

DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,772
Reaction score
916
Points
176
den pernah gak pergi sekolah yang tengah buat sekolah baru. Sebelum tu duduk dalam kabin.

Cikgu2 kat sana kata walaupun pasang aircond.. Panas dia tak boleh tahan.. :D
 

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
pastu terjadilah sekolah tak siap..pastu ckp senarai itam kontrektor..tu la ayat ko dari aku kecik sampai la aku besor...umngok

dan sampai la ke tua ayat ni gak.. amnongokkk :)):))
 

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
skolah ank buah aku dorang ltak umah kotai mcm keje kontrak indon je, apa

citer ????

smbang je lbh...
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
macam macam hal
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
salam..apa dah jadi???? nampak sgt kerajaan x ada duit da....sampai belajar dlm kabin
 

hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
Suruh anak menteri tuh belajar dalam cabin nak tak...:p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register