BTC USD 63,390.0 Gold USD 1,803.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Sarawak Bangunkan Kabong

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,589
Reaction score
15,629
Points
2,376

Kerajaan Sarawak bangunkan Kabong

Oleh Mohd Roji Kawi- September 18, 2021 @ 5:17pm
[email protected]

patinggis_1631956624.jpg


Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg melihat pelan pembangunan pekan baru Kabong.


BETONG: Kerajaan Sarawak menyediakan dana RM41 juta bagi melaksanakan beberapa infrastruktur di daerah Kabong, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengumumkan peruntukan itu selepas melawat tapak projek menaik taraf sistem bekalan air di Kabong, hari ini.

Beliau berkata, pembiayaan itu bagi melaksanakan projek menaik taraf bekalan air, membina pejabat daerah, membina dewan serba guna dan pembinaan masjid.

"Bagi projek menaik taraf bekalan air, sejumlah RM15 juta diperuntukkan, projek pembinaan bangunan pejabat daerah pula sebanyak RM7juta, dewan serba guna sebanyak RM5 juta, manakala masjid pula RM14 juta," katanya.

Beliau berkata, selain projek itu, dua lagi projek iaitu pembangunan pekan baru Kabong serta pembinaan terusan akan dilaksanakan, namun kos belum ditentukan.

Abang Johari berkata, projek menaik taraf bekalan air akan memberi manfaat kepada lima rumah panjang di kawasan terbabit.

"Projek menaik taraf bekalan air itu akan akan dilaksanakan hingga ke kawasan hulu Roban.

"Peruntukan sudah disalurkan kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan projek akan bermula tahun depan," katanya.

Beliau berkata, pembinaan pejabat daerah baharu selaras dengan status Kabong yang kini menjadi daerah.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register