BTC USD 23,108.3 Gold USD 1,930.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan rancang larang jualan rokok kepada mereka lahir selepas 2005

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,165
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
35,165
Reaction score
4,577
Points
261
Awards
1
Rokok sepatutnya di haramkan utk org islam

Sepertimana kerajaan mengharamkan penjualan arak & judi ke atas org islam

Ada plak haram utk golongan muda
Tp halal utk golongan tua

Apa mende punya islam mcm ni
Bole pilih2 plak

Kita kan negara islam

Kalu tak mampu buat, mintak negeri2 yg di perintah oleh parti islam haramkan penjualan rokok di kalangan org islam di negeri mereka
 

yunlanun

Fun Poster
Messages
566
Joined
Jan 9, 2013
Messages
566
Reaction score
75
Points
30
Rokok sepatutnya di haramkan utk org islam

Sepertimana kerajaan mengharamkan penjualan arak & judi ke atas org islam

Ada plak haram utk golongan muda
Tp halal utk golongan tua

Apa mende punya islam mcm ni
Bole pilih2 plak

Kita kan negara islam

Kalu tak mampu buat, mintak negeri2 yg di perintah oleh parti islam haramkan penjualan rokok di kalangan org islam di negeri mereka
tapi kalu ikut abg punya hujah,
cam sama jer..
islam untuk negeri² tertentu jer ke...

mungkin sbb ikut hujah abg 'tak mampu buat',
tu yg dia sekat utk generasi muda jer..
yg tua dah liat...

#sajeajaksembang..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
394,682
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
394,682
Reaction score
26,624
Points
2,836
Awards
2
Rokok sepatutnya di haramkan utk org islam

Sepertimana kerajaan mengharamkan penjualan arak & judi ke atas org islam

Ada plak haram utk golongan muda
Tp halal utk golongan tua

Apa mende punya islam mcm ni
Bole pilih2 plak

Kita kan negara islam

Kalu tak mampu buat, mintak negeri2 yg di perintah oleh parti islam haramkan penjualan rokok di kalangan org islam di negeri mereka

Negeri tersebut dah mulakan untuk haramkan penjualan nombor ekor kan doc
Permulaan yang bagus
Saya setuju bila diharamkan juga penjualan rokok
 

lelew

Fun Poster
Messages
365
Joined
Jun 12, 2020
Messages
365
Reaction score
61
Points
30
Rokok sepatutnya di haramkan utk org islam

Sepertimana kerajaan mengharamkan penjualan arak & judi ke atas org islam

Ada plak haram utk golongan muda
Tp halal utk golongan tua

Apa mende punya islam mcm ni
Bole pilih2 plak

Kita kan negara islam

Kalu tak mampu buat, mintak negeri2 yg di perintah oleh parti islam haramkan penjualan rokok di kalangan org islam di negeri mereka

Pasti islam ada ker?
Or parti ahli sakai yang hijau tu 😂
 

Jackhalid

Super Active Member
gem
Messages
7,344
Paid Membership
Joined
May 24, 2008
Messages
7,344
Reaction score
1,755
Points
151
Rokok sepatutnya di haramkan utk org islam

Sepertimana kerajaan mengharamkan penjualan arak & judi ke atas org islam

Ada plak haram utk golongan muda
Tp halal utk golongan tua

Apa mende punya islam mcm ni
Bole pilih2 plak

Kita kan negara islam

Kalu tak mampu buat, mintak negeri2 yg di perintah oleh parti islam haramkan penjualan rokok di kalangan org islam di negeri mereka

betul juga tu.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
124,914
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
124,914
Reaction score
21,147
Points
2,866
Awards
1

Public Health Malaysia

17m ·


TAHNIAH: LARANGAN PENJUALAN VAPE/ROKOK ELEKTRONIK DI MUAR

Selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai Generasi Malaysia Bebas Dari Sebarang Amalan Merokok menjelang tahun 2045, Majlis Perbandaran Muar mengambil inisiatif melarang sebarang bentuk penjualan dan juga pengedaran rokok elektrik/vape diperluaskan dalam kawasan seliaan MPM.

Sehubungan dengan itu, pemantauan dan juga tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan dan juga pengedaran produk rokok elektronik berkenaan dalam daerah Muar. Harap maklum.

Tahniah Majlis Perbandaran Muar

1671075028291.png
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
124,914
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
124,914
Reaction score
21,147
Points
2,866
Awards
1

Medical Mythbusters Malaysia

1m ·


EH...TIBA-TIBA CADANGAN NAK GUGURKAN GEG?

Pindaan Akta Kawalan Hasil Tembakau 2022 yang memperuntukan larangan penjualan dan pembelian kepada golongan GEG dan kawalan terhadap vape akan terbantut dan melambatkan lagi kelulusannya apabila ada pihak yang memberi pandangan BERBEZA seperti ini.

M3 merujuk kenyataan yang dibuat oleh Sdr Azrul Mohd Khalid yang menyarankan peruntukan yang melibatkan GEG DIGUGURKAN!. Penyataan seperti adalah songsang, undur ke belakang.
-------------------------------------
Akta tersebut sebenarnya sudah pun masak dan dibincangkan dengan lumat dalam sesi Parlimen pada Ogos yang lalu. Cuma tak dapat dibentangkan akibat dari pembubaran Parlimen Oktober lepas. Semua draf bacaan PINDAAN AKTA INI sudah siap, cuma menunggu petikan suis daripada YB Menteri Kesihatan sahaja untuk dibawa ke parlimen & diluluskan.

BUKTINYA ADALAH; Penyata Jawatankuasa Khas Parlimen yang telah dikeluarkan pada 5 Oktober 2022 yang lepas. Mungkin Sdr Azrul ini tidak mendalami penyata ini , atau sekadar membuat anda Ian sahaja.

Andaian menyatakan bahawa ramai ahli parlimen akan menolak PERUNTUKAN GEG ini juga satu andaian yang silap dan tidak tepat. Ini kerana ramai daripada Ahli Parlimen yang dahulu dan sekarang majoritinya daripada mereka yang menyokong penuh usaha ini.

Hanya seorang dua sahaja yang masih berdalih. Itupun Ahli Parlimen yang pernah menolak Rang Undang-undang ini, sudah pun berada dalam kerajaan sekarang.

Oleh itu sepatutnya majoriti gabungan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sekarang ini, tidak menjadi satu masalah yang besar untuk meluluskan RUU ini di parlimen dalam masa yang terdekat ini.
-------------------------------------
Hujah yang kedua oleh beliau adalah merujuk kepada Akta Racun 1952 yang telah pun diluluskan di Parlimen dan memberi kebenaran Vape bernikotin boleh dijual, juga satu kenyataan yang mengelirukan.

Pindaan Akta Penjualan Nikotin seperti dalam Jadual 1 (Seksyen 2) itu adalah bagi produk nikotin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) seperti Nicotine Replacement Therapy yang mana penjualannya kini dibenarkan di kaunter secara runcit (OTC)

Oleh itu, sejak bila pindaan Akta Racun ini merujuk kepada nikotin yang terdapat di dalam vape. Sejak bila produk vape berdaftar dengan PBKD? Belum ada satu pun produk vape di pasaran sekarang telah berdaftar dengan PBKD. Jangan salah tafsir Akta tersebut untuk MENGELIRUKAN ORANG RAMAI.
-------------------------------------
M3 dengan ini berharap agar YB Menteri Kesihatan serta Ahli Parlimen yang lain tidak mudah terpengaruh dengan statement yang bercanggah dan mengelirukan ini. Semua pemimpin harus bijak menilai setiap sumber maklumat serta membaca mesej disebalik setiap artikel yang dikeluarkan serta melihat kecenderungan berlakunya "Conflict Of Interest".

Sehingga kini juga, vape belum diiktiraf sebagai salah satu kaedah berkesan untuk berhenti merokok. Perkara sebenarnya berlaku adalah mewujudkan penagih baru kepada produk inovasi rokok seperti vape kepada golongan remaja, belia & wanita.
-------------------------------------
GEG adalah satu peruntukan penting dalam Akta Baharu Kawalan Produk Merokok di Malaysia. GEG adalah cadangan kepada usaha untuk mengurangkan jumlah perokok dalam jangka masa panjang tanpa memberi had atau tekanan kepada perokok berusia 18tahun sekarang. GEG hanya melibatkan golongan remaja yang masih dibangku sekolah, bertujuan menghalang mereka menjadi penagih nikotin seterusnya menyumbangkan kepada jumlah perokok baharu setiap tahun.
-------------------------------------
Usaha untuk menjatuhkan cadangan GEG dalam Akta Baharu ini akan terus dilakukan terutama pihak industri (berunsurkan produk nikotin: rokok&vape) kerana jika ia menjadi kenyataan, mereka akan kehilangan penagih baharu/perokok baharu (new customer) pada tahun mendatang dan situasi ini tidak memberi keuntungan buat mereka dalam jangka masa panjang.
-------------------------------------
GEG "melindungi" bukan "merosakkan" Generasi pewaris masa hadapan negara. Ayuh para pemimpin masyarakat (Ahli Parlimen) semua untuk menyokong peruntukan GEG ini dalam Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, bukan mencadangkan peruntukan GEG ini dikeluarkan kerana terhasut dengan hasutan pihak industri & pihak berkepentingan.
#SokongGEG
#stopsmoking
#saynotovaping

326521590_518510850382366_7544396861473241628_n.jpg

325789806_1576361016199786_2932467670228712397_n.jpg

324188633_1232683590956950_5189824369491457524_n.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register