BTC USD 17,196.3 Gold USD 1,789.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan rancang larang jualan rokok kepada mereka lahir selepas 2005

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,796
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,796
Reaction score
20,403
Points
2,866
Awards
1
SAUDARA PENGARANG, SAYA merujuk kepada rencana bertajuk RUU GEG: Kita masih belum bersedia yang ditulis oleh penganalisis undang-undang, Datuk M. Reza Hassan dalam Utusan Malaysia pada 13 September lalu. Penulis berhujah bahawa Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 atau lebih dikenali sebagai RUU GEG adalah tidak berperlembagaan dan melanggar Perkara 5 dan 8. Hujahnya adalah salah tanggap. Beliau gagal untuk memahami tujuan…...
https://www.utusan.com.my/.../cabar-kesahihan-ruu-geg-di.../


Cabar kesahihan RUU GEG di mahkamah, bukan media​

GEG-bbaru.jpg



KERATAN akhbar Utusan Malaysia, 13 September 2022.

  • 26 September 2022, 9:00 am



SAUDARA PENGARANG




SAYA merujuk kepada rencana bertajuk RUU GEG: Kita masih belum bersedia yang ditulis oleh penganalisis undang-undang, Datuk M. Reza Hassan dalam Utusan Malaysia pada 13 September lalu. Penulis berhujah bahawa Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 atau lebih dikenali sebagai RUU GEG adalah tidak berperlembagaan dan melanggar Perkara 5 dan 8. Hujahnya adalah salah tanggap.

Beliau gagal untuk memahami tujuan RUU GEG ini ialah untuk mengelak kematian yang boleh dicegah akibat daripada menghisap tembakau.




Perkara 5 menjamin hak kebebasan seseorang tetapi tiada seorang pun yang berhak untuk mencederakan atau membunuh dirinya sendiri atau orang lain, dan untuk mengenakan beban kewangan yang berat ke atas sistem penjagaan kesihatan kita.

Penggunaan tembakau merupakan punca utama penyebab kanser di negara ini. Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan Malaysia merekodkan 400 kematian seminggu akibat merokok seperti kanser, strok atau penyakit jantung.

Dianggarkan tujuh juta perokok di Malaysia selain mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang boleh membawa maut ini, mungkin mengalami gejala seperti kesukaran bernafas, bunyi berdehit atau sakit dada.

Dilaporkan kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion untuk merawat tiga penyakit utama berkaitan merokok pada 2020. Ia merupakan dua kali ganda daripada hasil RM3 bilion yang dijana daripada penjualan tembakau. Tiga penyakit utama berkaitan dengan merokok ialah kanser paru-paru, penyakit jantung dan paru-paru obstruktif kronik (COPD).

Perkara 8 adalah bertujuan untuk menghapuskan larangan sewenang-wenangnya dalam undang-undang yang digubal. Rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen bukanlah sewenang-wenangnya tetapi bagi meneruskan hak untuk hidup seperti termaktub dalam Perkara 5.

Tujuannya untuk menyelesaikan masalah ketagihan nikotin sejak dari awal lagi. Menghisap tembakau adalah satu ketagihan yang diperoleh selama bertahun-tahun dan oleh sebab itu rang undang-undang ini bertujuan menghentikannya dengan menyasarkan generasi muda. Secara bertahap dalam masa beberapa tahun, penamat kepada tembakau ini boleh dicapai.

Malaysia merupakan penandatangan kepada Konvensyen Rangka Kerja mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FCTC), perjanjian pelbagai hala yang mengikat secara sah dengan tujuan mengurangkan penggunaan tembakau dan pendedahan kepada asap tembakau. Kita komited untuk mengambil langkah bagi mencapai objektif FCTC dan RUU GEG adalah hasilnya.

Kerajaan telah melaksanakan pelan strategik untuk mematuhi komitmen kita di bawah FCTC. Pelan Strategik Kebangsaan Kawalan Tembakau 2015-2020 (NSPTC) bertujuan memperkukuhkan lagi pelaksanaan kawalan tembakau di negara ini.

NSPTC mempunyai sasaran jangka sederhana untuk mengurangkan kelaziman merokok kepada 15 peratus menjelang 2025 serta sasaran jangka panjang bagi mencapai ‘penamat’ tembakau di Malaysia menjelang 2045. RUU GEG ini telah difikirkan dengan baik, rasional dan satu perundangan yang munasabah untuk mencapai objektif NSPTC dan FCTC.

Sebelum dibentangkan di Parlimen, ia telah diteliti oleh Jabatan Peguam Negara untuk memastikannya mematuhi perlembagaan kita. Ia kini dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang menangani isu berperlembagaan dan penguatkuasaan.

Nampaknya tiada masalah mengenai isu pertama dan kerajaan juga bersetuju dengan beberapa perubahan dalam isu kedua. Forum yang sesuai untuk mencabar kesahihan undang-undang yang digubal oleh Parlimen ialah mahkamah dan bukannya media.

Selepas RUU GEG ini menjadi undang-undang, sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengannya boleh mencabar.-UTUSAN




MOHIDEEN ABDUL KADER
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Siapa enggan akta antirokok diluluskan Parlimen?

September 27, 2022
KEMENTERIAN Kesihatan cuba buat untuk total ban – rokok dan vape tetapi masalah perundangan akan menghalang kita. Ramai yang bantah. Nak buat macam mana?

Untuk meluluskan sesuatu akta itu mesti melalui Parlimen dan kena lihat pula siapa Ahli Parlimen yang sanggup untuk memperjuangkan total ban ini.

Kalau dari 222 orang Ahli Parlimen ataupun majoriti mudah 112 orang bersetuju untuk disokong Akta yang baharu supaya total ban senang pula kita.

Namun hakikatnya setiap perubahan dalam akta rokok atau vape ataupun apa saja akta ini perlu diangkat ke Parlimen dan dibahaskan di sana. Bergantung kepada kefahaman Ahli Parlimen itu sendiri yang sebagai ‘lawmaker’untuk meluluskannya. Kami di peringkat pelaksana ini yang berada di Kementerian Kesihatan tidak boleh bertindak begitu sahaja tanpa punca kuasa yang sepatutnya.

Katakanlah semua nekad untuk total menghapuskan rokok atau vape malah industri yang melibatkan rokok dan vape itu dihapuskan dalam negara kita, beberapa ‘consequences’ boleh berlaku.

1. Penyokong vape atau rokok akan cuba membentuk satu halangan awam melalui membuat Petition di mahkamah ataupun Petition rakyat melalui kempen media. Sebenarnya dah ada pun usaha-usaha ke arah ini apabila ura-ura kerajaan ingin melaksanakan Akta baharu kawalan tembakau 2022 dan menghalang generasi yang berumur 2007 dan ke atas untuk mendapatkan akses rokok atau vape. Diam tidak diam mereka telah pun mendapat lebih dari setengah juta orang awam untuk menghalang akta GEG dan regulasi Vape tersebut.

2. Masyarakat sendiri tidak sensitif dengan usaha penguatkuasaan yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa. Malah terdapat gangguan tertentu apabila pegawai penguatkuasa menjalankan tugas mereka sama ada gangguan secara verbal ataupun gangguan secara fizikal.

Di sinilah menjadi kekangan bagi pihak penguatkuasa untuk bertindak. Mereka juga manusia biasa yang memerlukan perlindungan peribadi. Di samping dengan tugas hakiki yang lain serta kekangan dari segi perjawatan juga terhad. Menyebabkan mereka tidak boleh pergi ke semua tempat yang untuk pemeriksaan.

“ala apa salahnya kerajaan tambah aje lah pegawai tersebut!”.

Komen itu lebih pandai daripada pihak kerajaan sendiri yang sudah tentu untuk mewujudkan sesuatu perjawatan bukan semudah itu. Ianya memerlukan unjuran dari sudut ekonomi dan seumpama dengannya. Apa salahnya kita sebagai orang awam ini menjadi polis masyarakat untuk menegur orang yang menghisap rokok di tempat-tempat awam yang terlarang seperti yang termaktub dalam akta sedia ada!

3. Pelaksanaan akta juga mungkin akan terbantut dan tidak boleh dilaksanakan secara menyeluruh kerana terdapatnya usul integriti seperti penerimaan suapan dan seumpama dengannya. Walaupun jumlah denda adalah rendah tetapi manusia akan sentiasa mencari jalan bagi meloloskan diri dari terjebak dalam isu tangkapan atau mahkamah.

Apa yang berbaki sekarang ini adalah kuasa rakyat untuk menentukan pilihan mereka sama ada ingin meneruskan perjuangan untuk membanteras vape dah rokok ini dengan sekadar yang kemampuan yang ada. Pujuklah Ahli Parlimen masing-masing untuk menyokong usaha yang telah dijalankan oleh KKM bagi melaksanakan Akta Kawalan Tembakau 2022 yang akan dibentangkan nanti atau terus pasrah dengan apa sahaja yang di catur oleh syarikat-syarikat besar.

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 27/9/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,675
Points
2,836
Awards
1
IMG_20220930_133118_205.jpg

“A smoke-free nation by 2040”
- New Straits Times, 28 September 2022

A snippet of KOTAK programme by Principal Director of Oral Health, Ministry of Health Malaysia.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,675
Points
2,836
Awards
1
IMG_20220930_133153_546.jpg

“Fokus cegah merokok, program KOTAK bendung aktiviti tidak sihat bermula dari sekolah”
-Harian Metro, 28 September 2022
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,675
Points
2,836
Awards
1
IMG_20220930_133224_142.jpg

“Selamatkan pelajar daripada terjerumus tabiat merokok, program KOTAK inisiatif strategik pencegahan dan intervensi merokok hasil kerjasama KKM, KPM”
-Berita Harian, 28 September 2022
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,675
Points
2,836
Awards
1
IMG_20221004_142029_344.jpg

🔥 Merokok memberikan kesan mudarat kepada kesihatan.

Penggunaan rokok elektronik atau vape pula meningkatkan risiko kecederaan paru-paru atau penyakit EVALI.

Sekiranya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 beserta peruntukan Generasi Penamat atau Generational EndGame (GEG) diluluskan, rakyat Malaysia yang lahir selepas pada 1 Januari 2007 dan seterusnya (GEG) akan dilindungi daripada sebarang produk Tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

Ini bermakna:

✔️ Kurang kesan kesihatan akibat daripada tabiat merokok,
✔️ Meningkatkan produktiviti
✔️ Membina komuniti yang lebih sihat dan Bahagia
✔️ Menjadikan bumi yang lebih bersih dan hijau.

Sokong GEG bagi melahirkan negara Malaysia yang bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok.

#SayaSokongGEG
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

'Sia-sia saja kita buat kerja kalau terpaksa bentang semula'​

Oleh Noor Atiqah Sulaiman- Oktober 4, 2022 @ 3:59pm
[email protected]
Khairy pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM, hari ini. - FOTO BERNAMA
Khairy pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM, hari ini. - FOTO BERNAMA





PUTRAJAYA: Bacaan kali kedua untuk Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Khamis ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata RUU itu kini boleh dibentangkan selepas penyata yang mengandungi cadangan mengenai perkara berkenaan telah mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen yang dipengerusikan oleh beliau, semalam.

Beliau berkata, JPK itu dianggotai oleh 12 Ahli Parlimen daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang.

"Saya yakin RUU itu boleh diluluskan jika mengikut aturan mesyuarat. Namun sekiranya Parlimen dibubarkan dan ia tidak sempat dibawa ke Dewan Negara, undang-undang ini mesti dibentangkan semula oleh kerajaan baharu, itu prosedurnya.

"Bagaimanapun, saya berharap ia diluluskan. Namun kalau diluluskan dan kemudian Parlimen bubar, sia-sia saja kita (Kementerian Kesihatan) membuat kerja kerana tidak boleh membawa perkara ini (ke Dewan Negara) dan terpaksa membentangkannya semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, hari ini.

Pada 27 Julai lalu, Khairy membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Pada 2 Ogos lalu, Dewan Rakyat bersetuju RUU itu dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan, ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.

RUU bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) itu antara lain bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok, termasuk rokok elektronik, kepada individu yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Ia juga menggariskan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.

Mengulas lanjut, Khairy bagaimanapun berkata sekiranya RUU itu tidak dapat dibentang dan diluluskan di Dewan Negara, beliau tetap berpuas hati kerana ia sudah sampai ke tahap penyata daripada JPK Parlimen dan boleh digunakan sebagai rujukan kerajaan akan datang.

"Sebab semua (ahli JPK Parlimen) sudah setuju, jadi bawa sahajalah (dibentangkan semula ke Dewan Rakyat). Semua urusan rumit sudah selesai dan RUU ini juga telah mendapat pandangan daripada pihak lain.

"Saya hendak bawa tetapi takut tidak sempat sebab suhu (politik) sudah panas," katanya secara berseloroh.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register