BTC USD 24,243.8 Gold USD 1,779.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan rancang larang jualan rokok kepada mereka lahir selepas 2005

eizzbizz

Legendary Member
gem
Messages
10,607
Joined
Sep 2, 2009
Messages
10,607
Reaction score
1,438
Points
206
10) Isteri tak komplen mulut busuk masa bersama. Bolehlah dapat selalu. Kunci kebahagiaan rumah tangga 😂
kaki rokok piang ni mesti x dpat apepe mlm jumaat .. kena rejek .. comolot tapi mulut busuk .. bau tungkik + bau longkang ..
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
370,615
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
370,615
Reaction score
22,857
Points
2,836
Awards
1
10) Isteri tak komplen mulut busuk masa bersama. Bolehlah dapat selalu. Kunci kebahagiaan rumah tangga 😂

Nafas segar
Tiada bau busuk asap
Perhubungan pun makin mesra
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
370,615
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
370,615
Reaction score
22,857
Points
2,836
Awards
1
tambah la lagi 2 kebaikan ..

8). mulut tidak berbau tungkik @ taik ayam

9). gigi tidak kuning mcm warna teik

Hindari perkara yang merosakkan diri
InsyaAllah hasilnya membahagiakan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
370,615
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
370,615
Reaction score
22,857
Points
2,836
Awards
1
Tu lah. Kalau busuk selera pun hilang. Takkan nak pakai facemask kot :ROFLMAO:

Semua tergendala
Termenung ku sendiri...
Mengenangkan...
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,771
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,771
Reaction score
18,219
Points
2,566
Awards
1
1659706315482.png



Kumpulan NGO antitembakau gesa MP isytihar kaitan dengan industri

Diterbitkan: Aug 5, 2022 7:10 PM

Dikemaskini: 7:10 PM



Gabungan NGO yang menyokong undang-undang antitembakau hari ini menggesa semua ahli parlimen untuk mengisytiharkan sebarang kaitan dengan industri tembakau.

Mereka juga menggesa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin supaya hanya memilih ahli parlimen yang bebas daripada pengaruh industri tembakau untuk berada dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang akan menyempurnakan Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022.

Ini berlaku selepas rang undang-undang itu menerima kritikan ketika dibahaskan di parlimen awal minggu ini sebelum kerajaan memutuskan untuk menubuhkan PSC.
“Kami rakyat telah memerhatikan tindakan ahli parlimen tertentu yang sengaja membuat alasan untuk menolak rang undang-undang ini.



"Isu ini juga telah dipolitikkan oleh beberapa ahli parlimen yang tidak mengambil kira keselamatan dan kesihatan generasi masa depan kita," kata jurucakap gabungan itu, Dr M Murallitharan pada sidang media petang tadi.

Menurut kenyataan akhbar mereka, gabungan itu terdiri daripada kira-kira 235 NGO.

Murallitharan, yang juga pengarah urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, berkata salah satu isu yang dibangkitkan semasa perbahasan ialah jumlah kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang berkenaan.

“Mengapa sehingga satu tahap isu kuasa dipersoalkan? Atau adakah ini skrip yang telah disediakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan dalam industri tembakau dan rokok elektronik?




“Oleh itu, kami ingin menyeru semua ahli parlimen untuk mengisytiharkan jika mereka mempunyai sebarang urusan dengan pihak berkepentingan dalam syarikat tembakau atau e-rokok.

“Kami juga menggesa agar ahli PSC baru, yang akan dipilih dalam kalangan ahli parlimen dari seluruh parti politik, mestilah hanya mereka yang bersih dan bebas daripada sebarang penglibatan dengan pemain industri yang meletakkan wang melebihi kesihatan awam,” katanya.
Rang undang-undang kawalan merokok itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu dan dibahaskan selama dua hari oleh ahli parlimen.

Pengundian rang undang-undang itu dijangka pada Selasa tetapi Khairy membentangkan usul untuk menghantarnya kepada PSC yang baru ditubuhkan untuk diperhalusi terlebih dahulu.

Jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk membuat syor berkaitan penguatkuasaan dan penalti di bawah rang undang-undang itu.
Mengenai tugas PSC, gabungan NGO berkenaan berkata mereka berharap ia hanya akan melibatkan pakar yang mempunyai kelayakan yang boleh dipercayai untuk mendapatkan nasihat.

“Pakar yang akan dipilih (untuk membantu PSC) mestilah bebas daripada sebarang kepentingan dan dipilih berdasarkan kepakaran mereka.

"Perlu ditegaskan di sini bahawa tidak ada pakar dalam vape atau pakar dalam rokok elektronik, yang hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan," katanya.

Mereka juga menggesa kerajaan supaya tidak membenarkan sebarang campur tangan oleh pemain industri tembakau, yang didakwa cuba melobi terhadap undang-undang sekatan itu.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,771
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,771
Reaction score
18,219
Points
2,566
Awards
1

Dr Suhazeli Abdullah

6m ·

Harm reduction melalui vape masih belum konkrit walaupun UK, NZ dan beberapa negara lain benarkan. Tetapi kena lihat ulasan kenapa negara berkenan buat begitu.

Di UK, NHS benarkan industri vape dengan regulasi. Untuk harm reduction, NHS nyatakan less harmful than rokok tetapi tidak benarkan doktor-doktor buat prescription dan jalankan harm reduction melalui vape.

Perokok tegar secara 'self conscious' mengambil vape sebagai harm reduction. Ianya bukan harm reduction tetapi harm reconstitution. Ibarat keluar mulut naga masuk mulut buaya. Kurang bahaya tetapi masih lagi tidak selamat untuk paru-paru manusia. Bukti nyata telah pun lihat sekarang ini dengan kes EVALI yang semakin meningkat.

NZ - Vape law dan regulasi sudah lama diamalkan di sana sejak 1990 lagi. Akta baharu New Zealand minggu lepas khusus untuk GEG. Jangan lihat satu akta sahaja. Bacalah keseluruhan akta.

Isu vape yang berleluasa dalam negara kita sejak 2013 lagi. Berleluasa tanpa kawalan. Tindakan tidak boleh dilakukan kerana tiada klausa undang-undang.

Australia - Bermula 1 Oktober 2021, rakyat Australia tidak boleh mendapatkan produk gantian tembakau seperti vape yang mengandungi nikotin dengan mudah. Akta di Australia telah menetapkan bahawa semua produk gantian nikotin perlu dikeluarkan oleh doktor yang berdaftar. Kerajaan Australia telah pun memyenaraikan lebih dari 600 doktor yang berdaftar untuk mengeluarkan penjualan dan pemberian produk gantian nikotin (termasuk vape). Maknanya masyarakat yang tegar merokok ingin berhenti merokok mesti mendapatkan khidmat kaunseling dan berjumpa dengan doktor kerana itulah akta yang telah pun ditetapkan dalam negara mereka. Nak berhenti rokok gunalah rawatan tingkahlaku dan ubat yang berdaftar.

Di negara ini, lebih baik kita menutupnya lebih awal. Regulasi terhadap vape sudah tiba masanya diwujudkan. Jangan sesekali kita meluluskan vape itu sebagai salah satu dari kaedah harm reduction (pengurangan kemudaratan). Kita wajib belajar dari pengharaman rokok sejak 50 tahun yang lalu. Oleh kerana terlalu banyak sikap bertoleransi terhadap rokok sehinggakan hukum dan Akta berkaitan dengan rokok berubah-ubah dari masa ke semasa. Setelah 50 tahun berlalu baharu kita mengetahui bahana rokok itu boleh membunuh jutaan nyawa. Taratuk lagi tengadah baharu ingin mengharamkan rokok dan membuat akta khusus untuk anak remaja.

Apa pun daripada banyak jurnal saintifik yang membicarakan isu rokok elektronik ini membuat kesimpulan:
..it is difficult to make generalizations about efficacy for cessation based on clinical trials involving a particular e-cigarette, and there is presently inadequate evidence to conclude that e-cigarettes, in general, increase smoking cessation.

Suhazeli Abdullah
6.8.2022
#SokongGEG

1659749205182.png
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,771
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,771
Reaction score
18,219
Points
2,566
Awards
1

Dr Suhazeli Abdullah

2j ·

Semoga rakyat memahami hasrat KKM mengemukakan Akta Kawalan tembakau 2022.

Antara objektifnya adlh untuk membanteras penganiayaan anak² dari terus disalah gunakan dgn menghisap vape.

Mereka adlh golongan yang lemah, atas ibu ayah lah untuk mencorakkan kehidupan mereka.

Saya sedih dengan video ini, si ayah sanggup menyuap anak mereka dengan vape!
#GEG

1659752443785.png
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,771
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,771
Reaction score
18,219
Points
2,566
Awards
1

Amirul Amzar

7j ·
Kenapa kena ada undang-undang?


Sebab di dunia ni bukan semua manusia bijak. Bukan semua manusia ada prinsip moral yang betul. Dan bukan semua manusia dapat peluang belajar benda betul.

Tular satu video seorang lelaki, yang bergelar ABI, saya kira ayah, suapkan vape pada bayinya. Yang rakam, ibunya lah kot?

Industri vape sepatutnya tidak dibenarkan bertapak di dunia ni. Total ban. Untuk elak perkara macam ni berlaku.

Tapi, KKM masih ambil jalan tengah, cadangkan regulasi, dengan syarat mereka sokong GEG. Supaya kerosakan yang mereka bawa tidak melibatkan generasi yang lahir 2007 ke atas.

Itu pun mereka masih nak bantah!

Bukan itu je, ada jugak MP yang bantah atas sebab kebebasan peribadi.

Ini lah hasilnya bila nak dokong sangat kebebasan membuat kerosakan. Tahniah Malaysia. Tahniah MP-MP yang berjaya halang RUU GEG. Tahniah juga kepada penyokong mereka yang kononnya guna alasan kebebasan, penyalahgunaan kuasa dan macam-macam alasan bodoh lagi.

Kalau tak nak hidup dengan peraturan, jadi lah seperti binatang. Hatta binatang pun sayangkan anak.

#GEG
#SayaSokongGEG


 
Sponsored Post

Top
Log in Register