akudotcom
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,259
Top Poster #4
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 35,259
- Reaction score
- 4,586
- Points
- 261
- Awards
- 1
Kerajaan rancang larang jualan rokok kepada mereka lahir selepas 2005
FMT ReportersJanuary 27, 2022 10:24 PM
Khairy Jamaluddin berkata, langkah sebegitu akan memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit di negara ini.
PETALING JAYA: Kerajaan bercadang untuk mengharamkan merokok untuk generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005.
Bercakap pada sesi pertemuan ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, negara berharap untuk meluluskan undang-undang itu tahun ini yang akan membawa kepada ‘generasi penamat perbuatan merokok’.
“Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005
“Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit),” katanya.
Khairy juga bercakap mengenai “generasi penamat perbuatan merokok” dalam perutusan Tahun Baharu 2022 kepada Kementerian Kesihatan, dengan menyatakan bahawa akan tiba masanya generasi akan datang “tidak lagi tahu apa itu rokok”.
Menurut laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau, satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok.
Pengumuman daripada Khairy itu hadir seminggu selepas kerajaan bercadang membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Produk tembakau dilindungi di bawah Akta Makanan 1983 dan Khairy menjelaskan, undang-undang baharu itu akan mengawal selia e-rokok dan produk vape dan akhirnya membawa kepada tabiat berhenti merokok.
Kementerian Kesihatan menganggarkan terdapat 27,000 kematian disebabkan tembakau setiap tahun di negara ini seperti penyakit jantung, kanser dan strok.
Kira-kira 15% daripada 27,000 kematian berkaitan tembakau adalah bukan perokok yang mati akibat terdedah asap rokok daripada perokok tegar.