BTC USD 17,227.6 Gold USD 1,789.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan rancang larang jualan rokok kepada mereka lahir selepas 2005

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Kerajaan rancang larang jualan rokok kepada mereka lahir selepas 2005

FMT ReportersJanuary 27, 2022 10:24 PM

Khairy Jamaluddin berkata, langkah sebegitu akan memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit di negara ini.
PETALING JAYA: Kerajaan bercadang untuk mengharamkan merokok untuk generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005.

Bercakap pada sesi pertemuan ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, negara berharap untuk meluluskan undang-undang itu tahun ini yang akan membawa kepada ‘generasi penamat perbuatan merokok’.

“Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005

“Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit),” katanya.

Khairy juga bercakap mengenai “generasi penamat perbuatan merokok” dalam perutusan Tahun Baharu 2022 kepada Kementerian Kesihatan, dengan menyatakan bahawa akan tiba masanya generasi akan datang “tidak lagi tahu apa itu rokok”.

Menurut laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau, satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok.

Pengumuman daripada Khairy itu hadir seminggu selepas kerajaan bercadang membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Produk tembakau dilindungi di bawah Akta Makanan 1983 dan Khairy menjelaskan, undang-undang baharu itu akan mengawal selia e-rokok dan produk vape dan akhirnya membawa kepada tabiat berhenti merokok.

Kementerian Kesihatan menganggarkan terdapat 27,000 kematian disebabkan tembakau setiap tahun di negara ini seperti penyakit jantung, kanser dan strok.

Kira-kira 15% daripada 27,000 kematian berkaitan tembakau adalah bukan perokok yang mati akibat terdedah asap rokok daripada perokok tegar.
 
Sponsored Post

mat_jenin

Fun Poster
Messages
238
Joined
Nov 22, 2012
Messages
238
Reaction score
42
Points
20
Lepas ni jenuh la..nak beli rokok kena tunjuk i.c..
Generasi sekarang pun lebih cenderung hisap vape dari rokok..:ROFLMAO:
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,675
Points
2,836
Awards
1
KKM | Larang Jual Rokok & Vape Kepada Remaja

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi komitmen untuk melaksanakan undang-undang melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas tahun 2005.

 

silasroon

Super Active Member
gem
Messages
5,977
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,977
Reaction score
2,506
Points
211
Awards
1
Promot... Promot... Promot... Hehehehe
 

Attachments

  • promo1.png
    promo1.png
    79.3 KB · Views: 12

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,997
Joined
Apr 18, 2010
Messages
40,997
Reaction score
3,477
Points
266
Awards
1
beli jela rokok seludup.
den tengok polis pun ada yang ngisap dblend.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,675
Points
2,836
Awards
1
IMG_20220204_174845_574.jpg

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pelaksanaan tersebt diharap dapat mengurangkan jumlah perokok baharu dan KKm juga boleh menumpukan perhatian kepada kos beban rawatan pesakit sedia ada.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews
 

copy left

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,688
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,688
Reaction score
772
Points
171
lg untung la penyeludup,permintaan lebih
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,706
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,706
Reaction score
25,675
Points
2,836
Awards
1
Sponsored Post

Top
Log in Register