BTC USD 56,999.0 Gold USD 1,769.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan PN tambah cabutan khas nombor ekor kepada 22 kali, mana suara walaun Pas?

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Tarik baliklah 22 kali cabutan judi

November 1, 2021
ED0-DF6-E0-76-B5-4851-B6-E8-F7-D1597-AC2-CE.jpg

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, menuntut kerajaan supaya menarik balik kenaikan 22 kali cabutan judi.

“Saya kira tidak ada apa-apa masalah pun kerana ia boleh memberikan kelegaan kepada banyak pihak. Turunkan balik supaya kita tidak bergantung kepada kepada industri judi untuk menjana pendapatan negara.



“Industri judi pada akhirnya akan menyebabkankan fitnah dan (negara) tersekat daripada mendapat berkat,” katanya ketika perbahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata, status cabutan judi yang naik ke 22 kali cabutan daripada 8 kali cabutan telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat sebanyak tiga kali, iaitu dari sesi persidangan yang lepas dan kemudian sesi persidangan kali ini.

Katanya, kerajaan perlu membuat satu penjelasan yang tuntas dan menarik balik kenaikan 22 kali cabutan ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini mengesahkan memberi izin kepada semua syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini.

Sebelum ini, cabutan khas berkenaan diadakan 22 kali setahun, namun dikurangkan kepada 11 kali pada tahun 2019 dan hanya lapan kali cabutan pada tahun 2020. – HARAKAHDAILY 1/11/21
 

Luke

Super Active Member
Messages
6,698
Joined
Sep 20, 2007
Messages
6,698
Reaction score
883
Points
121
Balas dendam ke ni?


MAHFUZ OMAR TERJAH KEDAI JUDI BERDEKATAN PEJABAT PAS​



............
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201

‘You setuju tak kalau suami you kaki judi?’​

November 15, 2021
IMG-20211115-WA0006-696x391.jpg

WARTAWAN Free Malaysia Today (FMT) datang mengejut kepada YB Menteri Agama, Ustaz Idris Ahmad yang sedang bergegas nak pulang selepas tamat majlis Ikrar PN untuk PRN Melaka.

Tanpa perkenalkan diri, terus ‘menuduh’ adakah isu penutupan kedai judi dan arak akan menjejaskan hak bukan Islam di Malaysia.



Dan di sebelah Ustaz Idris, YB Timbalan Menteri, YB Awang tegur sikap si wartawan ini, dan menegur supaya Berbahasa Melayu.

Apa yang mengejutkan dia, bila YB Menteri Ustaz Idris tanya soalan yang terlalu sentap apabila dia terus menggasak seolah ‘memaksa’ yang akhirnya memberi imej buruk PAS kepada rakan bukan-Islam,

‘You setuju tak kalau suami you kaki judi?’

Soalan yang dijawab dengan soalan setelah YB Ustaz Idris telah dengan sopan menjawab bahawa judi ini bukan amalan mana-mana agama apatah lagi dijadikan budaya.

Ha, bertemu buku dan ruas. Wartawan tersebut seolah bengang sebab suaminya dijadikan contoh, sedangkan inilah hakikat sebenar yang judi telah merosakkan banyak institusi kekeluargaan.

Wanita jadi mangsa amukan suami yang berhutang dengan amalan judi. Kanak-kanak menjadi mangsa amarah ibu ayahnya kerana tekanan hutang yang kaki judi.

Ada yang bunuh diri sebab selalu kalah judi. Yang kaya, tauke-tauke judi, yang membayar cukai terbanyak semasa zaman PH pada 2018.

Soalan semudah, ‘you setuju tak kalau suami you kaki judi’ ini, adalah gambaran bagaimana seorang pemimpin perlu selamatkan semua keluarga di Malaysia supaya menjauhi judi dengan takluk kuasa yang ada!

Jangan diprovok dengan kepentingan politik dengan memangsakan rakan-rakan bukan Islam seolah judi ini adalah budaya dan hidup mereka!

Kasihani anak-anak, isteri dan suami rakan-rakan kita dengan selamatkan mereka daripada bergelumang dengan tahi judi, dan inilah perjuangan PAS untuk rakyatnya! Berhentilah berpolemik. Kita ada tugas besar dalam dunia dan akhirat!

NADZIR HELMI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 15/11/2021

Sumber Asal:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register