BTC USD 57,084.6 Gold USD 1,772.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan PN tambah cabutan khas nombor ekor kepada 22 kali, mana suara walaun Pas?

cariemas100

Active Member
Messages
1,229
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,229
Reaction score
398
Points
41

Tarik balik tambah cabutan nombor ekor atau berdepan ‘tentangan lebih hebat’, kata Ahli Parlimen PAS​


September 28, 2021 6:42 PM

kedai-nombor-ramalan-fmt.jpg


Sebelum ini kerajaan mengesahkan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan dinaikkan kepada 22 kali setahun dan kebenaran itu diberikan kepada semua syarikat judi di negara ini.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS memberi amaran bahawa Putrajaya akan berdepan “tentangan lebih hebat” di dalam dan luar Dewan Rakyat jika tidak menarik balik keputusan menambah cabutan khas nombor ekor.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.

“Tak perlu kerajaan meningkatkan cabutan judi. Ini satu langkah terbalik, kita nak perkenalkan keharmonian kehidupan rakyat, tiba-tiba kita naikkan kadar cabutan judi daripada lapan kali kepada 22 kali setahun.


“Walaupun ada hujah mengatakan pendapatan daripada judi ini untuk kegunaan tertentu, walau apa hujah, judi tak boleh dinaikkan kadar cabutan.




“Kerajaan wajib tarik balik langkah ini sebelum berdepan tentangan lebih hebat sama ada di dalam atau luar dewan kerana judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Ahmad Fadhli berkata, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan negara termasuk menggunakan tanah di kawasan tertentu untuk dibangunkan.

“Mungkin kita boleh fikir dan pindahkan sebahagian institusi pengajian di ibu kota Kuala Lumpur, contohnya UM (Universiti Malaya), ke lokasi lain dan tanah tersebut boleh dibangunkan.


“Mungkin apa saya sebut ini tak popular dan tak disenangi oleh alumni UM, termasuk Ahli Parlimen Bera, tapi kerajaan mungkin boleh pertimbang. Tiada keperluan lagi institusi pengajian berada di tengah bandar, ia boleh berada di negeri-negeri lain yang kita boleh rangsang ekonomi di tempat lain (jika adanya universiti),” katanya.

Sebelum ini kerajaan mengesahkan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan ditingkatkan kepada 22 kali setahun dan kebenaran itu diberikan kepada semua syarikat judi di negara ini.


PN memang terbaik...

jgn bagi bola tanggung, memang PAS tunggu masa nak smash je
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,237
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,237
Reaction score
15,431
Points
1,906

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

20j ·

Menteri Kewangan kita siapa sebenarnya yang payah sangat nak batal cabutan judi khas ni?

Ikut jawapan YB Shahar Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan I) di parlimen, walaupun Kementerian Kewangan dah luluskan 22 kali cabutan judi khas, cuma 8 sahaja yang dibuat tahun ini. 7 cabutan batal. Dan tinggal 7 cabutan lagi yang akan disemak semula

Tapi bila kita buat semakan, kita dapati bahawa daripada 7 baki cabutan khas yang dijanjikan akan disemak ini, 2 daripadanya sudahpun dibuat

Sekali pada 28 September dan sekali lagi pada 5 Oktober (3 hari lepas)

Tuan-tuan boleh rujuk di sini:
1. Cabutan khas 28 September
https://m.facebook.com/.../a.6345691.../2007251919425956/...
2. Cabutan khas 5 Oktober
https://m.facebook.com/.../a.6345691.../2012158175601997/...

Jadi mana janji Kementerian Kewangan kononnya baki cabutan khas judi ini akan disemak semula? Semak apabenda kalau dah buat?
Kuasa kebenaran cabutan khas judi ini berada mutlak dibawah kuasa Kementerian Kewangan. Sama juga kuasa mutlak Menteri Kewangan untuk luluskan moratorium pinjaman atau benarkan pengeluaran KWSP pukal untuk rakyat.

Tapi bab rakyat, sikit punya liat. Bab judi, senang pulak.

Menteri apa benda macam ni?
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
MP Pasir Mas: Batalkan cabutan khas judi 22 kali

October 11, 2021

Oleh EVA NATASHA SADALI

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, menggesa kerajaan membatalkan keputusan berhubung kenaikan cabutan khas judi 22 kali.

Beliau turut mempertikaikan keputusan kerajaan dengan mengambil kira cabutan khas judi tersebut bagi meningkatkan hasil perbelanjaan dalam negara.

“Berapa banyak sangatkah peluang wang yang dapat daripada kenaikan cabutan khas ini untuk kita serapkan kepada perbelanjaan untuk kembali kepada kumpulan wang yang disatukan yang pada akhirnya tidak mengundang keberkatan di dalam perbelanjaan negara.


“Buatlah apa sahaja untuk mencari pendapatan yang baru, tetapi saya mohon kepada kerajaan batalkan semula kerana ia tidak memberikan isyarat yang baik,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli menegaskan bahawa kenaikan cabutan khas judi itu juga tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat untuk jangka masa yang panjang.

“Saya sangat berharap dan janganlah sama sekali memaksa kita Ahli Parlimen kerajaan menggunakan ugutan-ugutan yang tidak sepatutnya dalam keadaan kerajaan cuma bertahan dengan majoriti yang kecil.

Beliau berkata, tidak perlu untuk sampai kepada tahap itu dan meminta kadar cabutan judi itu dapat diturunkan semula, dibatalkan kenaikannya supaya akhirnya tidak mengundang kemurkaan daripada Allah SWT. – HARAKAHDAILY 11/10/21
 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,550
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,550
Reaction score
298
Points
51
pakat kena kunci mulut ka pa Ostaz2 PAS ni... Sorang ja bersuara. Yang lain setuju ka? Diam tanda setuju... hihi
 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,550
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,550
Reaction score
298
Points
51
Kalau tak setuju dengan apa yang kerajaan sekarang buat, mohon keluar dan jadi pembangkang balik la... Dok sekali lagi teruk... tak setuju tapi takleh berkata kata... keluar jadi pembangkang, bebas mengkritik.
 

puyol

CG Top Poster Club
Messages
25,316
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,316
Reaction score
2,816
Points
201
Kalau tak setuju dengan apa yang kerajaan sekarang buat, mohon keluar dan jadi pembangkang balik la... Dok sekali lagi teruk... tak setuju tapi takleh berkata kata... keluar jadi pembangkang, bebas mengkritik.
Siapa sanggup hilang kuasa bang. Kat melaka nun UMNO taknak gabung dengan PN pun Pas Melaka dah mengelabah beruk takut melayu hilang kuasa.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Pemuda PAS jangan terpengaruh dakyah cari kelemahan parti

October 15, 2021

Hafez Sabri (kiri) ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Tambun ke-34 di Tambun, Ipoh, Perak baru-baru ini.
Oleh HAIKAL MOHD NOH

TAMBUN: Pemuda PAS diingatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang sengaja mencari kelemahan parti tersebut.

Ketua Pemuda PAS Tambun, Hafez Sabri berkata, ada sesetengah pihak yang mempersendakan apa yang PAS sedang laksanakan dalam kerajaan persekutuan, dengan membandingkan parti itu ketika menjadi pembangkang yang dikatakan lebih nyaring bersuara dalam memperjuangkan Islam berbanding sekarang ini.


“Sebenarnya PAS sudah berusaha ke arah itu biarpun hanya dengan memiliki kuasa minoriti dalam kerajaan sekarang ini.

“Malah, PAS antara parti yang tegas mendesak kerajaan menarik balik kelulusan penambahan cabutan khas judi daripada 8 kepada 22, pada tahun ini,” tegasnya.

Sehubungan itu, menurut Hafez, golongan pemuda yang berjuang dalam PAS perlu mempunyai fikiran yang matang dan sentiasa memandang ke hadapan dalam setiap tindak-tanduknya.


“Sejarah yang telah berlaku (menunjukkan) ramai dalam kalangan pemuda tersungkur lari dari landasan perjuangan parti kerana bertindak tanpa berfikir secara matang.

“Golongan itu mudah terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu yang beranggapan perjuangan PAS tidak selari dengan Islam,” tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Tambun ke-34, di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, golongan berkenaan apabila ditanya parti mana yang selari dengan perjuangan Islam, ternyta tidak mampu memberi jawapan kerana sekadar terpengaruh dengan anasir dan dakyah yang mahu merosakkan pemikiran mereka.

“Sebenarnya kita tidak mampu menafikan perjuangan PAS dalam arena politik Malaysia dahulu sehingga sekarang yang tegas membawa suara-suara Islam.

“Golongan pemuda yang berada dalam gerakan Islam seperti PAS sentiasa dididik dan disemai dengan nilai-nilai tarbiyah Islam yang mampu menjadi benteng kepada pemikiran yang boleh merosakkan (pemikiran) mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/10/2021
 

hero_99

Fun Poster
Messages
138
Joined
Jun 28, 2011
Messages
138
Reaction score
54
Points
30
Yang terpaling 'islam' ni lah yang terhina sekali, jual agama dengan benda murah.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register