BTC USD 56,913.6 Gold USD 1,771.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan PN tambah cabutan khas nombor ekor kepada 22 kali, mana suara walaun Pas?

Luke

Super Active Member
Messages
6,698
Joined
Sep 20, 2007
Messages
6,698
Reaction score
883
Points
121
IMG_20210927_233136.jpg
............
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Cabutan nombor ekor dan ‘pasu bunga’ berkata-kata

September 27, 2021

JUDI itu haram secara Qat’ie. Tiada perbahasan lain. Haram di sisi Islam. Judi itu melalaikan, merosakkan. Banyak agama juga melarang. Masyarakat yang bertamadun mengawalnya.

PAS sebahagian dari Kerajaan. Dalam Kabinet, PAS ada 3 Menteri (daripada 31). Dalam Parlimen PAS ada 18 MP (daripada 222).

Menteri Kewangan naikkan cabutan khas judi daripada 8 kepada 22 untuk setahun. Cabutan ini dulunya diperkenal untuk inisiatif bantuan Virus Nipah katanya.


PAS perlu bersuara sebagaimana ia lantang ketika menjadi pembangkang. Kerana judi itu haram Qat’ie dan masyarakat bertamadun harus mengawalnya.


Menaikkan cabutan khas bukan mengawal, bahkan menggalakkan. Ia satu tindakan ke belakang. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan PH dengan mengurangkannya dahulu sudah baik.


PAS Pusat dan beberapa pemimpin PAS telah keluarkan kenyataan bantahan. Ia adalah usaha yang baik. Dahulu, PAS kerap digelar pasu bunga. Sekarang pasu bunga sudah berkata-kata walaupun ia sebahagian dari kerajaan:

1. Pasir Mas pada 22 September 2021 menggesa MOF tarik balik keputusan di dalam Parlimen;

2. Kenyataan dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS pada 22 September 2021 mendesak kerajaan batalkan keputusan tersebut;

3. Kenyataan oleh Ustaz Nik Abduh pada 24 September 2021 bahawa tindakan ini adalah langkah ke belakang;

4. Kenyataan rasmi PAS yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS pada 25 September 2021.

3 orang Menteri dalam Kabinet yang ada berpuluh Menteri adalah minoriti kecil. Pun begitu, portfolio agama adalah milik PAS. Bantahan itu harus juga dibuat dalam Kabinet. Saya mohon penjelasan adakah bantahan rasmi dalam Kabinet telah dibuat PAS.

Pun begitu, saya tidak pasti apakah keputusan naikkan cabutan khas ini dibawa ke Kabinet. Kalau tidak dibawa, PAS perlu buat bantahan rasmi secara langsung kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri. Ini soal pokok.

Kementerian Kewangan perlu cakna isu sensitif umat. Ini bukan kali pertama. Ketika Kerajaan PH, Kementerian Kewangan bersetuju memindahkan premis Sport Toto ke kawasan majoriti Islam. Ia menimbulkan kemarahan banyak pihak, sehingga ditarik semula. Ia perlu dihentikan, kerana atas apa jua alasan, hasil judi adalah tetap haram.

Menghapuskan judi secara total mungkin memakan masa. Tapi memperbanyak cabutan khas, itu tindakan ke belakang dan harus dibatalkan segera. PAS akan terus-terusan dikecam. Tetapi itu tidak harus melemahkan perjuangan.

Tindakan segera yang perlu diambil (jika belum diambil) ialah:

1. Menghantar memorandum atau surat rasmi kepada Kementerian Kewangan untuk bantahan.

2. Menghantar memorandum atau surat rasmi kepada semua pengendali cabutan khas judi.

3. Membangkitkan isu untuk diputuskan semula dalam Kabinet.

4. Mendesak laporan atau kertas putih mengenai kesan perjudian (terhadap sosial dan ekonomi) dan perancangan (roadmap) penghapusan judi secara total.

5. Mendesak penguatkuasaan tegas ke atas orang Islam yang terlibat dalam perjudian.

Semoga usaha ini diteruskan, tidak kira semasa menjadi pembangkang atau kerajaan. Tiada kompromi pada perkara yang haram Qat’ie dan itulah perjuangan.

Wallahu’alam

YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 27/9/2021

Sumber Asal:
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
PAS tentang judi: Mari kita buat ulangkaji

September 27, 2021

SAYA tidak memandang sangat serangan dari musuh PAS dalam hal ini, kerana, jika kita berjaya melakukan sepenuhnya kehendak Allah sekalipun, mereka tetap akan mencari kesalahan PAS. Saya juga tidak mahu menghalang kemarahan penyokong PAS dalam bab ini. Jelas semangat mereka yang cintakan Allah amat kuat, membenci judi, kerana salah satu dosa besar. Semoga Allah memberkati usaha mereka semua ini.

Cumanya saya hanya tertanya-tanya apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh pimpinan PAS, jika benar penyokong PAS amat marah dengan keadaan PAS sekarang yang berada bersama dalam barisan Kabinet kerajaan yang meluluskan cabutan judi ini sekarang. Agak sukar juga kan? Kalau begitu, saya rasa elok kita lihat sedikit ke belakang bagi menilai tindakan ini, sama ada PAS menentang atau menyokong judi.

Advertisement

Fakta paling utuh yang menyatakan bahawa PAS menentang judi ialah apabila dua buah negeri yang dikuasai PAS dengan majoriti melebihi dua pertiga, Kelantan dan Terengganu, telah mengharamkan judi menggunakan kuasa politik yang ada. Walau Kerajaan Terengganu bertukar tangan, judi tetap tidak dibenarkan beroperasi di Terengganu sehingga PAS menang kembali. Kelantan alhamdulillah, masih kekal bersama PAS. Fakta ini, tiada yang boleh menafikannya. Tiada negeri lain yang mengambil tindakan seperti ini.

Jika kita bergerak ke belakang lagi, PAS pernah berada dalam Kerajaan Perikatan dan BN sekitar tahun 1973 hingga 1977. Waktu itu, Loteri Kebajikan Masyarakat dan juga Kasino Genting Highland telah beroperasi sekitar tahun 60-an. PAS jelas menentang sebarang bentuk perjudian walau dalam kerajaan. Ada dengan cara dalaman. Melalui sayap Pemuda, PAS menentang bukan sahaja judi, malahan juga dosa lain. Sehingga pub yang menyediakan arak di Parlimen ditutup kerana desakan PAS.

Yang menuduh kata PAS diam, tidak membantah judi itu, sebab mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu. Meskipun judi tetap berjalan walau dibantah, tetapi paling kurang rancangan membesarkan kasino di Genting, tidak berjaya dilakukan kerana PAS menentang semasa dalam kerajaan. Menurut catatan Dr Fadli Ghani dalam Memoir Hassan Shukri – 1, PAS turut ditawarkan wang sebanyak RM2 juta (senilai RM20 juta kini) oleh ‘tauke’ judi, bagi membenarkan pembesaran itu, tetapi ditolak pimpinan PAS.

Habis, kenapa PAS tidak keluar dari BN? Sebab alasan PAS menerima pelawaan Tun Razak waktu itu adalah kerana mengukuhkan perpaduan kaum dan agama bagi menyelamatkan negara yang baharu pulih dari kekacauan dan pembunuhan kaum. Isu ini lebih utama sambil menangani isu-isu lain.

PAS nampak ada benda lain yang boleh dimanfaatkan ketika berada dalam kerajaan. Beberapa hal seperti pemantapan berkenaan bab akidah dan hidangan arak dalam majlis kerajaan, tinggalan British, dapat dihapuskan, mengurangkan aktiviti hiburan, menubuhkan YADIM dan banyak lagi. PAS mengambil dahulu peluang yang ada untuk Islam. Tidak boleh buat semua, jangan buang semua. Begitu lah prinsip PAS sejak dahulu dan anda semua tahu.

Kita ke hadapan sedikit. Sewaktu PAS menambah dua negeri yang berjaya dikuasai iaitu Kedah dan Perak pada tahun 2008, sekali lagi isu judi timbul. Kedah yang dikuasai majoriti kerusi PAS, tetapi bukan dua pertiga, serta Perak yang PAS hanya ada beberapa kerusi, tetapi diberikan jawatan Menteri Besar. Keduanya tidak mengharamkan judi sebagaimana Kelantan dan Terengganu, sehingga lah tamat pemerintahan masing-masing. Perak dirampas dan Kedah dikalahkan dalam PRU.

Ketika itu, BN dianggap sebagai musuh utama yang perlu dijatuhkan atas persetujuan kerjasama Pakatan Rakyat (PR). Keuntungan bagi PAS, boleh menggerakkan Islam dengan lebih luas. Jadi meruntuhkan pakatan kerana isu judi, dilihat tidak boleh dilakukan mendadak ketika itu kerana katakan lah BN menang kerana perpecahan PR, judi tetap akan ada. Dan terbukti, setelah mengambil alih pemerintahan, Kedah dan Perak tetap mengekalkan judi. Bezanya penekanan agama mereka, tidak sekuat PAS lakukan.

Semua orang tahu bahawa PAS tidak banyak kerusi, hanya minoriti. Manakala portfolio kementerian lain, bukan di bawah PAS. Boleh dibantah dalam mesyuarat, tetapi keputusannya, tetap secara majoriti. Jadi, patut kah PAS keluar dari kerajaan dan langsung tidak dapat memberikan kebaikan kepada Islam atau kekal dahulu, sambil mengambil apa-apa yang menguntungkan Islam?


Kita sudah lama khatam berkenaan pelajaran menyokong mana yang membawa mudarat yang sedikit kepada Islam, jika kita hanya minoriti dan bukan berkuasa penuh. Sekarang, jika kita menarik diri dari kerajaan, mungkin ada yang akan berkata, kita tidak menentang semua, bukan kita tarik diri terus, tapi tidak setuju kerana judi sahaja. Jadi apa bezanya? Kita tetap menyokong kerajaan yang membenarkan judi. Kerajaan juga tidak akan jatuh jika kita keluar terus sekali pun.

Dan berkemungkinan juga PH akan kembali berkuasa mengambil apa-apa kesempatan kerana muafakat ini runtuh. Apa jaminan judi dihapuskan PH? Keutamaan sekarang ialah menghalang PH dari berkuasa. Dan, harus diingat yang musuh juga ada otak yang sentiasa ligat bekerja. Kita berstrategi, mereka juga berstrategi. Tidak akan ada perjanjian yang hanya menguntungkan kita atau ikut kehendak kita sahaja, tidak ada. Apa lagi ketika kita kurang kuat.

Kesimpulannya, PAS sudah mengalami semua keadaan, iaitu menentang judi dari luar sebagai pembangkang, menentang judi dari luar dan dalam ketika menjadi sebahagian Kerajaan Pusat dahulu dan sekarang. Menangguhkan dahulu pengharaman judi ketika tiada kuasa dua pertiga dalam Kerajaan Perak dan Kedah. Mengharamkan terus judi di Kelantan dan Terengganu ketika ada kuasa dua pertiga. Mana ada parti atau kerajaan yang mengaku Islam, melakukan semua ini seperti PAS lakukan? Kita bertindak sesuai kekuatan kita.

Jadi tuduhan PAS bersetuju dengan judi adalah tuduhan dari musuh PAS yang tidak akan diam mencari salah PAS, walau PAS menyempurnakan hak Allah. Hanya tinggal kepada anda penyokong PAS, mahu percaya atau tidak dengan tuduhan itu. Lihat sekali lagi sejarah semua ini dan anda dapati, anda masih berada dalam PAS kerana keyakinan anda kepada keputusan pimpinan PAS sebelum ini. Ya ia telah berlaku sebelum ini, hanya sahaja anda yang mungkin tidak sedar sejarah itu.

Tuduhan bahawa PAS takut kehilangan jawatan, ia hanya lah ulangan lawak lama yang tidak lucu. Jika PAS mahukan jawatan, PAS akan duduk bersama BN ketika mereka berkuasa dahulu. Jika PAS mahu gaji besar sebagai Menteri, baik duduk bersama PH sewaktu mereka mempunyai kuasa selama 22 bulan dahulu. Dasar PAS tidak berubah, yang berubah hanya lah strategi dan waktu bila strategi itu akan dimulakan. PAS ialah parti politik Islam, bukan parti ‘tupperware’.

Pimpinan PAS adalah golongan yang cerdik. Kita sebagai ahli bersetuju, sebab itu perwakilan memilih mereka. Tetapi apabila tiba keadaan yang tidak kena dengan selera kita, kita seolah-oleh anggap mereka perlu diajar oleh kita. Kita juga masih kuat kepercayaan terhadap hasutan musuh kita yang memfitnah pimpinan kita? Pimpinan mereka langsung tidak buat apa-apa dengan judi sewaktu ada kuasa penuh sebab memang tidak ada agenda Islam yang kuat.

MOHD NASIR ABDULLAH
27 September 2021 – HARAKAHDAILY 27/9/2021
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,244
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,244
Reaction score
15,431
Points
1,906

Tarik balik tambah cabutan nombor ekor atau berdepan ‘tentangan lebih hebat’, kata Ahli Parlimen PAS​


September 28, 2021 6:42 PM

kedai-nombor-ramalan-fmt.jpg


Sebelum ini kerajaan mengesahkan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan dinaikkan kepada 22 kali setahun dan kebenaran itu diberikan kepada semua syarikat judi di negara ini.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS memberi amaran bahawa Putrajaya akan berdepan “tentangan lebih hebat” di dalam dan luar Dewan Rakyat jika tidak menarik balik keputusan menambah cabutan khas nombor ekor.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.

“Tak perlu kerajaan meningkatkan cabutan judi. Ini satu langkah terbalik, kita nak perkenalkan keharmonian kehidupan rakyat, tiba-tiba kita naikkan kadar cabutan judi daripada lapan kali kepada 22 kali setahun.


“Walaupun ada hujah mengatakan pendapatan daripada judi ini untuk kegunaan tertentu, walau apa hujah, judi tak boleh dinaikkan kadar cabutan.




“Kerajaan wajib tarik balik langkah ini sebelum berdepan tentangan lebih hebat sama ada di dalam atau luar dewan kerana judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Ahmad Fadhli berkata, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan negara termasuk menggunakan tanah di kawasan tertentu untuk dibangunkan.

“Mungkin kita boleh fikir dan pindahkan sebahagian institusi pengajian di ibu kota Kuala Lumpur, contohnya UM (Universiti Malaya), ke lokasi lain dan tanah tersebut boleh dibangunkan.


“Mungkin apa saya sebut ini tak popular dan tak disenangi oleh alumni UM, termasuk Ahli Parlimen Bera, tapi kerajaan mungkin boleh pertimbang. Tiada keperluan lagi institusi pengajian berada di tengah bandar, ia boleh berada di negeri-negeri lain yang kita boleh rangsang ekonomi di tempat lain (jika adanya universiti),” katanya.

Sebelum ini kerajaan mengesahkan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan ditingkatkan kepada 22 kali setahun dan kebenaran itu diberikan kepada semua syarikat judi di negara ini.


 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Cabutan judi 22 kali langkah terbalik

September 28, 2021

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Pertambahan cabutan khas judi daripada 8 kali setahun kepada 22 kali setahun adalah satu langkah ke belakang.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan demikian untuk menambah pendapatan negara.

Advertisement

Beliau mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan cukai untuk pemegang saham sebagai inisiatif baharu menambah pendapatan negara.

“Kita mahu memperkenalkan keharmonian kepada kehidupan rakyat, tiba-tiba kita menaikkkan kadar cabutan khas judi, daripada 8 kali cabutan kepada 22 kali cabutan.

“Walaupun ada hujah mengatakan bahawa pendapatan daripada judi ini digunakan untuk kegunaan tertentu sahaja, saya tetap berpendirian bahawa judi tidak boleh dinaikkan kadar cabutan,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli menegaskan bahawa kerajaan wajib menarik balik langkah itu sebelum berdepan dengan tentangan yang lebih hebat, sama ada dalam dewan atau di luar dewan.

Katanya, hal ini kerana aktiviti judi akan menyebabkan kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.

Beliau yakin, terdapat pelbagai langkah lain untuk kerajaan menambah pendapatan negara seperti memperluaskan jaringan cukai, termasuk meningkatkan cukai pendapatan korporat sebanyak satu peratus dan cukai pegangan saham. – HARAKAHDAILY 28/9/2021

 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Tahniah semakin liberal dan berani promosi
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Judi tanpa lesen, dasar kewangan bagi SME fokus Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Perihal berkaitan judi tanpa lesen dan dasar kewangan jangka panjang serta perancangan bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) antara yang bakal dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Cha Kee Chin (PH-Rasah) akan bertanya Menteri Dalam Negeri mengenai langkah kerajaan untuk membanteras kegiatan judi nombor 4D tanpa lesen, kerana kewujudannya menjejaskan hasil kutipan cukai kerajaan.


Selain itu, Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) akan meminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan dasar kewangan jangka panjang dan perancangan untuk membantu SME serta industri terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik COVID-19.

Persidangan Dewan Rakyat juga akan menyambung sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang memasuki hari terakhir, hari ini selepas RMK-12 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September lalu.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, ia akan disusuli dengan jawapan daripada menteri selama tiga hari bermula esok.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober ini. – BERNAMA

 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Promosi utk melingkup kan kapir
Dalam masa yg sama menguntungkan kerajaan

Alhamdulillah
Duit raya utk abah

0-F47871-B-6065-4-A8-F-9582-2-F2-B65-F06-FD8.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register