KERAJAAN PN sikit lagi akan TUMBANG...Kita Rakyat.....Kita Lobai Walauunn

CG Sponsors




bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
104438185_177595890400895_5786023632514274010_o.jpg



Iswardy Morni Official
46 min ·
Kenapa 13 je berdiri undi belah bagi? Undi belah bagi tu apa? Dah kalah undi ke ni? Bukan patutnya masa ni kita tolak ke? Kenapa tak tolak dasar? 2 minggu lagi apa berlaku?
Malam ni. 10pm


Kita Rakya....lobai waalaauunn jgn lupa malam ni ye....kihkihkhikhikhihkihkih.kihkihkih.. :D ..
 
Sponsored Post

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
Iswardy Morni Official
2 jam ·
Ramai tanya maksud undian tadi.
Penjelasan
Pengundian hari ini adalah kekangan pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional.
Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.
Sekian


Kita Rakyat.....jawapan dari pertanyaan lobai waalaauunn + lobai naratif komunis....sabar ye....sikit je lagi...kihkihkhihkihkhihkihkhihkihkhikhih..😂..
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
Thursday, November 26, 2020
APA DISEBALIK PENGUNDIAN DAN SOKONGAN PEMBANGKANG


Secara ringkas: tuntutan-tuntutan asas yang diminta oleh PH diterima (meskipun tidak 100%), maka penolakan Bajet di peringkat dasar susah dipertahankan.
Difikirkan bahawa perkara-perkara yang tidak dapat diterima di dalam Bajet lebih sesuai dilawan satu persatu (properly targeting each issue) di peringkat Jawatankuasa bermula Isnin ini.

. Tuntutan ramai spt pengeluaran KWSP dah dipersetujui. Jika bantah peringkat ni, ramai pekerja marah. (8juta org tu).

Screenshot_2020-11-26-18-57-05-95_e2d5b3f32b79de1d45acd1fad96fbb0f.jpg


Kita Rakyat....satu kemenangan moral buat kerajaan PH....hebat....kihkihkihkihkhikhihkihkihkih.. (y)(y)(y)
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
DUA SEBAB MENGAPA HANYA 13 ORANG SAHAJA AHLI PARLIMEN BANGUN UNTUK UNDI BELAH BAGI BAJET DI PARLIMEN



Oleh: Isham Jalil

PERTAMA ialah Mahathir. Ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP tidak lagi menyokong Mahathir.

Mahathir kini seperti kera sumbang, hanya disokong oleh anaknya dan 11 ahli Parlimen PAN.

KEDUA ialah Anwar. Dia tahu tanpa sokongan UMNO maka dia tidak akan cukup ahli Parlimen untuk menang dalam undian Bajet tersebut.

Jika dia dan ahli-ahli Parlimen PKR bangun untuk undi belah bagi sekali pun, ia adalah suatu langkah yang sia-sia dan memalukan.

Oleh itu elok dia malukan Mahathir saja dengan tidak bangun apabila Mahathir bangun.

ISHAM JALIL
26 November 2020

 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
SABAR DAN TENANG THE ART OF WAR...


Screenshot_2020-11-26-18-14-12-16.jpg

Screenshot_2020-11-26-18-14-19-70.jpg

Faezuddin Puad

1. Makluman awal diterima berhubung insiden dalam Dewan Rakyat tadi ada kaitan dengan strategi politik.

2. Apabila melibatkan strategi, sudah tentu ianya tak boleh diberitahu kepada umum. Analogi mudah, tidak ada polis yang akan beritahu kepada umum cara tangkapan atau bila masa dan tarikh mereka mahu tangkap penjenayah.

3. Urusan perjalanan Belanjawan 2021 untuk diluluskan sepenuhnya masih panjang dan berliku.

4. Selepas ini akan ada sesi undian untuk setiap kementerian. Mungkin pada hemat PH tidak semua perlu ditolak. Mungkin ada yang boleh dipersetujui dan ada yang perlu diperbaiki.

5. Dalam masa sama, kita percaya usaha untuk kembalikan mandat rakyat masih diteruskan PH.

6. Justeru, strategi perlu disusun rapi dan teratur. Jangan sampai bocor ke tangan musuh.

7. Lalu, masih terlalu awal untuk kita nilai semuanya. Sabar dan tenang.
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
LIVE NOW BERSAMA MUSTAPA MANSOR



lobai waalaauunn sekalian..........bajet belum lulus lagi ye...harap maklum........kihkihkhikhihkikihkihkikhihkihkihkih.. 😂 ..
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
Friday, November 27, 2020
2021 BUDGET VOTING: A GAME? GAME IN? GAME OUT? KENA GAME? GAME CHANGER? OR NOT A GAME AT ALL?




Apa pun; ia berjaya menunjukkan sekuat mana orang tua yang bernama Dr. Mahathir bin Mohamad itu, orang yang satu ketika pernah mengata 66 ahli parlimen menyokongnya, orang yang satu ketika pernah mengata yang dia sudah tidak mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi ada orang yang tetap mahu dia terus mengambil jawatan tersebut.

Jangan klimaks awal. Perbahasan bajet belum tamat. Selepas perbahasan peringkat kementerian tamat, dan selepas bacaan ke-3 akan ada pengundian sekali lagi. Harus diingat juga, dalam sidang Parlimen kali ini banyak usul undi tidak percaya dihantar, cukup untuk salah satunya sahaja dibahaskan, Muhyiddin akan kembali tidak senang duduk. Kalaulah usul yang satu itu menang dan Muhyiddin jatuh, sekurang-kurangnya Bajet telah lulus dan tidak perlu dibentangkan semula.

Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98

#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia #lawantetaplawan #keadilan21tahun #dsai4pm #reformasi98 #gerakanreformasi98 #gerak98
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan Gerakan Reformasi Nasional
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
KALAU IKUT PUTERI GUNUNG LEDANG PN BERMASALAH SELEPAS NI

1606468599832.png

\


Kalau ikut Puteri Gunung Ledang PN bermasalah selepas ni
Oleh: PentadbirNovember 27, 202

FB Shahril Samad

Kita boleh terus gunakan anologi hikayat Puteri Gunung Ledang yang dipopularkan oleh Ahli Parlimen PAS semasa perbahasan peringkat dasar Bajet 2021.
Ahli Parlimen PAS-PN itu memperlekehkan dua syarat yang diletakkan terhadap sokongan BN kepada Bajet itu. Dua syarat ini, macam cakap YB Pasir Mas, tidak ada dalam pendapatan – perbelanjaan kerajaan, iaitu bajet kerajaan.

Maka sebab itu, dua syarat itu kena dibawa dalam perbahasan diperingkat dasar. Adalah tepat untuk Menteri Kewangan luluskan dua syarat itu ketika mengulung perbahasan dasar.
Kalau digunakan anologi hikayat PGL, soal dasar ialah soal Sultan Melaka yang hendak berkahwin dengan PGL. Itu sudah diluluskan semalam.
Bermula Isnin, akan dibahaskan pula perbelanjaan ikut dasar yang telah diluluskan itu. Iaitu perbahasan di peringkat Jawatankuasa.

Masa penilitian dan perbahasan di peringkat Jawatankuasa inilah, YB Pasir Mas boleh bangkitkan soal berapa banyak dulang hati nyamuk dan samada nak bina jambatan emas ke atau jambatan simen je.
Hati nyamuk ini macam perbelanjaan mengurus.
Pembinaan jambatan emas ibarat perbelanjaan pembangunan.
Samada menteri-menteri yang jaga perbelanjaan layak atau tidak juga boleh dipersoalkan di perbahasan peringkat Jawatankuasa. Pindaan pun boleh dibuat. Boleh juga diusulkan ‘potong gaji menteri RM10’ pun.

Jadi, soal dasar Sultan nak kahwin PGL dah lulus.
Sekarang soal hantaran. Dan juga soal rombongan Sultan ke Gunung Ledang.
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
PN HADAPI UNDI BELAH BAHAGI PERBAHASAN BAJET 2021 SETERUSNYA – ANWAR

1606468713676.png




PN hadapi Undi Belah Bahagi perbahasan Bajet 2021 seterusnya – Anwar

Oleh: Redzuan RF8 Media
November 27, 2020

Kelulusan Belanjawan 2021 Peringkat Jawatankuasa atau undian perbelanjaan kementerian tidak akan diberi laluan mudah sebagaimana pengundian pusingan pertama pada petang semalam.
Amaran itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat.
Menurut Anwar, isu mengapa Pakatan Harapan (PH) tidak bertindak meminta Undi Belah Bahagi telah disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan juga Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Katanya, beliau minta mereka bersetuju setelah melihat Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi respons yang positif terhadap isu-isu kebajikan rakyat dan cuba menambah jumlah peruntukan.
“Tetapi kita menolak belanjawan ini dari segi prinsipnya. Unjuran pendapatan tidak realistik, itu tidak dijawab. Bila disebutkan kelulusan-kelulusan projek, ini sebahagiannya tidak tuntas seperti peruntukan lebih kepada barisan hadapan, kemudahan kepada pasukan keselamatan juga bantuan kepada rakyat miskin seperti petani, nelayan dan sebagainya.
“Zafrul juga tidak hiraukan permintaan peruntukan kepada masyarakat bukan Melayu yang disuarakan dengan kuat, ini langsung diketepikan.

“Bagaimanapun perbahasan teliti nanti adalah pada Peringkat Jawatankuasa bermula hari Isnin. Kita telah mengambil keputusan untuk meminta belah bahagi seandainya di beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita (berlaku pembaziran dan sebagainya).
“Pertimbangan kita ialah memastikan projek pro-rakyat, petani, nelayan, pekebun kecil, penganggur dan pekerja kilang ditingkatkan,” katanya dipetik.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menegaskan keputusan untuk tidak menolak belanjawan turut dipengaruhi sentimen rakyat yang risau andainya belanjawan tidak diluluskan maka perkhidmatan awam tidak akan dibayar gaji.

“Kita tidak mahu ganggu peringkat awal, untuk beri gambaran gaji, emolumen barisan hadapan tidak akan terjejas. Kerana ada persepsi yang agak kurang tepat di kalangan rakyat, kalau kita tolak mutlak ia akan menyebabkan terjejas gaji penjawat awam, elaun barisan hadapan juga kemudahan lain seperti bantuan-bantuan rakyat dan sebagainya.
“Minggu depan kita akan bertarung dengan lebih sengit,” tegasnya.
Dalam pada itu, Anwar menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan penjelasan Tengku Zafrul yang longgar mengenai pertambahan peruntukan dalam belanjawan tanpa menyebut angka sebenar secara keseluruhan

Beliau mempersoalkan, mana mungkin dengan pertambahan peruntukan kementerian maka jumlah besar belanjawan tidak berubah. Jangkaan pendapatan kerajaan yang begitu tinggi juga diragui ketika pertumbuhan ekonomi negatif ekoran pandemik Covid 19
“Tengku Zafrul gagal memberi penjelasan. Dia umum (pindaan peruntukan) tetapi gagal memberi angka keseluruhan belanjawan. Seolah-olah tidak ada kesan. Ini tidak benar. Menteri Kewangan harus memberi penjelasan kerana unjuran perbelanjaan itu tentulah tersasar. Ini pandangan kita.

“Pendapatan kerajaan yang begitu tinggi melebihi 2019 juga tidak dikira realistik. Yang kita bantah soal asas, pengurusan kerajaan, penyelewengan, peruntukan agenda politik, itu kita tekankan. Keputusan kecil tambahan peruntukan kita tidak bantah. Dan akan difahami oleh rakyat apabila kita kupas satu persatu dalam jawatankuasa peringkat kementerian,” katanya.
Selain itu, Anwar turut kecewa apabila Tengku Zafrul menyatakan pindaan belanjawan itu dibuat selepas berunding bersama pembangkang, sedangkan pembangkang hanya dibawa berbincang sekali dan sebahagian besar daripada 6 tuntutan yang dikemukakan tidak dimasukkan dalam pindaan.

Kepada penyokong kerajaan Perikatan Nasional, Anwar berkata masih terlalu awal untuk mereka meraikan kemenangan sedangkan perbahasan Belanjawan 2021 masih panjang.
“Belanjawan baru pusingan pertama. Ada bacaan pertama, kemudian peringkat jawatankuasa, kemudian bacaan ketiga untuk betul-betul luluskan.
“Jadi masih terlalu awal untuk mereka merayakan dengan berlebihan. Kita bukan nak fikirkan soal kemenangan politik tetapi kemenangan rakyat dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.


Kita Rakyat.....kasihan.....TK95 berdiri.....anwar duduk...petang.....TK95 meroyan nak tunjuk hero....66 mp sokong dari belakang kunun....kihkihkihkhihkihkhikihkih.. 😂 ..
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,870
Reaction score
241
Points
83
MUHYIDDIN TIDAK MENANG,ANWAR TIDAK KALAH,CUMA MAHATHIR KIAN TERSISIH JAUH


Ramai yang terlihat kecewa dengan keputusan PH menolak undi belah bahagi bagi pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 semalam sehingga menyebabkan ia diluluskan hanya berdasarkan kuatnya suara Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong.

Sehubungan itu, tidak kurang yang menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan menolak belanjawan tersebut.
Mereka itu, sebahagian besarnya penyokong PH sendiri, dengan lantang menempelak dan mengecam Anwar sehingga menyeret kepada andaian bahawa Presiden PKR itu sudah tidak layak lagi untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri.
Hakikatnya, walaupun belanjawan telah diluluskan di peringkat dasar semalam, ini tidak bermakna Belanjawan 2021 telah lulus dan perjuangan blok pembangkang untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sudah berakhir.

Kelulusan semalam hanyalah untuk bacaan kali kedua dan bermula Isnin nanti, akan bermula perbahasan yang diikuti pengundian di peringkat jawatankuasa atau kementerian, seterusnya akan dilakukan bacaan kali ketiga serta pengundian sekali lagi.
Selepas lulus semua pengundian itu, barulah dikira Belanjawan 2021 telah diluluskan untuk dibawa ke Dewan Negara bagi pengesahan, seterusnya boleh dibawa untuk perkenan Yang Dipertuan Agong.

Dalam erti kata lain, Muhyiddin belum lagi boleh diisytiharkan menang dalam perjuangaj belanjawan ini dan Anwar atau juga tidak kalah secara mutlak.
Perjuangan masih diteruskan dan laluan untuk belanjawan ini diluluskan masih lagi panjang, malah boleh dikata tetap berliku.

Walaupun penolakan jika dilakukan semalam, adalah baik untuk memberi gambaran bahawa Anwar dan PH tidak berkompromi dengan kedudukan kerajaan yang tiada keabsahan serta majoritinya diragui, tetapi persoalan penting harus difikirkan, apakah kemenangan boleh diperolehi memandangkan BN telah membuat ketetapan menyokong belanjawan di saat-saat akhir berikutan tuntutan pengeluaran KWSP akhirnya dipenuhi oleh kerajaan?
Sebelum ini, selain Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan hampir pasti berkecuali, beberapa Ahli Parlimen BN, khususnya Najib Razak dan yang lain-lain juga cenderung untuk menolak belanjawan kiranya tuntutan yang mereka minta tidak dipenuhi.

Malah, dalam perbahasan, Najib dan Anwar senada bahawa sokongan mereka terhadap belanjawan adalah mengambil kira sama ada kerajaan sedia memenuhi tuntutan berkaitan KWSP, moratorium wajib enam bulan lagi serta dana untuk propaganda Jasa dimansuhkan.
Makanya, oleh kerana tuntutan itu sedia dipenuhi kerajaan, Najib selaku Pengerusi BNBBC dan Zahid Hamidi atas kapasiti Pengerusi BN mengambil keputusan untuk menyokong belanjawan itu.

Apabila tuntutan itu dipenuhi, bererti bukan saja desakan Najib dan BN telah dipenuhi kerajaan, bahkan desakan Anwar juga turut didengari.
Bayangkan, apa jadi setelah tuntutan itu dipenuhi kerajaan, tetapi Anwar masih juga bersikap menolak belanjawan?
Sudah pasti, beliau akan dikecam dan dianggap tidak mengambil kira keperluan rakyat dan dinilai secara semberono menolak belanjawan.
Lebih-lebih lagi, berdasarkan BN sendiri menyokong belanjawan, penolakan Anwar dan PH jauh sekali untuk membuahkan kejayaan.

Dengan kalah di peringkat dasar lagi, ia akan lebih menyukarkan jika Anwar berhasrat untuk terus menolak belanjawan di peringkat jawatankuasa atau selepas bacaan kali ketiga nanti.
Tetapi, dengan membiarkan belanjawan diluluskan di peringkat dasar terlebih dahulu, Anwar dan PH boleh memfokuskan perjuangan mereka selepas ini untuk peringkat jawatankuasa atau kementerian serta membangkitkan isu-isu peruntukan tidak perlu atau yang tiada kaitan dengan Covid19, seterusnya memohon pengundian belah bahagi bagi tujuan tersebut.

Harus difahami, ada berpuluh-puluh perbahasan di peringkat jawatankuasa atau kementerian bermula Isnin ini dan jika kerajaan tidak mendengar semua bantahan yang disuarakan, kemungkinan ada yang gagal diluluskan lantaran tidak mustahil ada Ahli Parlimen BN turut tidak setuju dengan beberapa perkara dalam belanjawan di peringkat jawatankuasa.
Dalam posting di laman Facebooknya malam tadi, Najib juga menyatakan beliau masih menunggu butiran lanjut mengenai pengeluaran KWSP yang dibenarkan kerajaan dan membayangkan tidak teragak-agaknya untuk menolaknya di peringkat jawatankuasa jika kebenaran yang diberi kerajaan masih tidak memenuhi sebagaimana yang diminta.

Selain itu, strategi menolak pengundian di pertingkat dasar semalam juga bermakna Anwar tidak mendedahkan angka sebenar sokongan yang dimilikinya.
Menyembunyikan buat sementara perkara itu akan menjadikan Muhyiddin sentiasa dalam keadaan tidak menentu dan resah yang berpanjangan.
Ia turut menjadikan Muhyiddin sentiasa bergantung untuk sentiasa memenuhi tuntutan Najib dan BN bagi memastikan kerajaan pimpinannya tidak ditumbangkan.
Akhirnya, keadaan itu menjadikan UMNO dan BN terus menekan Muhyiddin sehinggalah PRU akan datang.

Dalam waktu yang sama, sementara Anwar sebelum ini telah mengadap Agong dengan membawa surat sokongan daripada Najib dan Zahid Hamidi, lulusnya belanjawan semalam tidak bermakna usaha mahu mengambil alih kerajaan sudah berakhir.
Perkara boleh terus berlaku bila-bila masa, sama ada ketika sidang Parlimen ini tengah berjalan atau selepasnya nanti.

Sekali lagi, ini juga menimbulkan keresahan dan jiwa kacau buat Muhyiddin.
Yang nyata, selain Muhyiddin belum menang dan Anwar juga belum kalah, hanya Tun Mahathir Mohamad yang jelas tersandung semalam kerana terbukti beliau semakin tiada sokongan, tersisih dan tidak relevan lagi untuk kembali sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.
Sebab itu, tidah hairan, selain Tun Mahathir, para pentaksub bekas Perdana Menteri itu juga jadi agak emosi dan melenting dengan strategi Anwar semalam.
Hakikatnya, Anwar bukan saja telah berjaya menjadikan Tun Mahathir termalu sendiri kerana sokongan terbukti amat kecil di belakangnya, ia juga menunjukkan Presiden PKR itu lebih ke depan dalam permainan strategi politik.

Kemarahan Tun Mahathir lewat petang semalam melalui tulisannya dengan menempak wakil rakyat pembangkang kerana menolak undi belah bahagi adalah bukti jiwanya sedang sengsara dan terluka.
Sementara Anwar kekal tidak melayan walau sepatah cecehan Tun Mahathir terhadapnya, tetapi dalam diam-diam beliau membuktikan kehebatannya.

(Shahbudindotcom 27/11/2020)



Kita Rakyat.....PH kena pastikan kwsp benarkan pengeluaran rm60k utk pencarum yg ada lebihan dlm simpanan....runcit2 selama 6 bulan pun takpe....sebab bulan ke 7 Kita Rakyat bercadang nak beli keta baru.....minyak sekarang murah dan riba hanya 3% saje....mesti kena rebut peluang yg ada ....walaupun keja takde kan...?......betul tak lobai waalaauunnn @Mata_Pena ..?.....kihkihkhihkhikhihkhikhihkhihkihkihkihkih.. 😂 ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register