KERAJAAN PN sikit lagi akan TUMBANG...Kita Rakyat.....Kita Lobai Walauunn

CG Sponsors




bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,740
Reaction score
229
Points
83
SEBULAN DAPAT PELUANG- SAMA SAMA FIKIRKAN LAH

Tarikh Anwar sepatutnya dijadualkan mengadap di mana akhirnya jadual mengadap itu terpaksa ditangguhkan secara tiba² adalah pada 22 September 2020..

Dan hari ni sudah 22 October 2020..

Sebulan dah Muhyidin dapat masa kecederaan..

Sebulan Muhyidin dapat masa kecederaan berunding dengan Zahid dan UMNO..

Sebulan masanya Muhyidin dapat call, tanya dan pujuk MP² UMNO supaya bersama beliau..
Sebulan masanya..

Sebulan beb!
Korang fikir sendirilah bagaimana Muhyidin boleh dapat masa kecederaan selama sebulan tu..
Nak cakap pun susah..
Tak cakap kang orang tak faham lak..
Lu fikir sendiri lah..

Komando
hebat
pun akan gagal kalau serang hendap dia tertangguh selama sebulan lebih dalam keadaan musuh tahu rancangan dia..

Cp- Liang Lahad
 
Sponsored Post

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,740
Reaction score
229
Points
83
Thursday, October 29, 2020
KISAH SUAMI PAKSA ISTERI LULUS BUDGET RUMAH TANGGA

RINA HAMZAH

Semalam aku dengar kak midah condo marah dekat laki dia, jiran dia call aku. Perbualan " rina ko tahu laki kak midah kondo kena di berhentikan kerja 8 bulan lepas, aku kata kesian ya Allah. Jiran kak midah condo kata tu lahhhh, tapi rezeki kak midah condo murah dia berniaga nasi lemak dibawah condo dia. Hari-hari 400RM tak lariiii. Aku pun kata alhamdulilah"

Tukang cerita sambung lagi " ko tahu laki dia ni memang perangai macam pfpfpfpf###@@@@, aku tanya kenapa marah-marah kat laki kak midah? Yer lah kak midah cerita kat aku bulan lepas laki dia minta luluskan budget untuk dia jangan tanya apa-apa anak-anak pun jangan tanya, kak midah yang Tukang bagi pun jangan tanya. Semua kena luluskan sahaja Kira macam draconian law lah kannnn. Paksa rela kak midah pun luluskan budget tanpa banyak bertanya pada laki dia walaupun anak-anak marah".

Tukang cerita sambung" semalam aku tengok kak midah campak semua baju-baju laki dia dekat tong sampah habis, bertabur spender laki dia cap crocodile tu. Ada yang getah dah longgar pun. Aku terkekek ketawa".

Tukang cerita sambung lagi " ko tahu Rina kenapa kak midah campak baju-baju laki dia? Aku pun jawab apa pasaiiii. Ko tahu laki dia minta budget dan paksa kak midah bagi dan anak-anak jangan tanya luluskan aja permintaan laki kak midahhhhh! Tup tup kak midah luluskannnnn semlm baru dapat tahu laki dia kawin satu lagiiii. Dengan cleaner yang paling muda lawa dicondo nih rina oiiiii.

Aku pun terdiam, ishhhh bahaya luluskan budget tanpa diketahui arah tujuan hatta kaum keluarga sendiri kan? Tukang cerita kata kak midah dah halau laki dia dan berjabu kak midah marah laki dia. Yang tukang cerita kata betul juga laki kak midah ni kena maki,kena hamput! makan dia pun kak midah tanggung dari makan pakai hang kak midah tanggung segala perbelanjaan pun kak midah tanggung tuptup menikah lagi marahlah kawan tu.

Dalam hati aku terfikir juga Mana boleh luluskan budget tanpa diketahui apa tujuan dan matlamat. Baik beringat sebelum meyesal. Dalam rumah tangga ada undang-undang rumah tangga,dalam negara ada undang-undang negara. Kalau nak selamat ikutlah undang-undang. Suami Tak boleh paksa,buat undang-undang sendiri,dan guna kuasa veto begitu jugalah pemimpin sesebuah negara. Jika salah guna kuasa anak isteri Tak hormat didalam rumah tangga tetapi di dalam negara rakyat pasti tidak lagi menghormati pemimpin-pemimpin termasuk yang paling tinggi pun. Rakyat terpaksa tetapi kami Tak redha.
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,862
Reaction score
1,621
Points
101
cuak sampai suruh lupakan sawit :LOL: :ROFLMAO:

dia tak suruh pun lupakan sawit lah lobai.....kamu tu yg tulis suruh lupakan sawit....kan dah ada terjemahan bahasa melayu....tu pun tak paham....kihkihkhikhihkihkhikhihkih.. 🤭 ..

alahai lobai sorang ni.....kamu je yg sibuk pasal petrol murah.....petrol murah tapi barangan keperluan harian naik mencanak buat apa......rakyat sekarang tengah risau esok ada kerja atau tak....dekat sejuta orang takde keja sekarang ni......mcm ni punya lobai walaauunn pun ada........kihkihkihkihkhikhihkihkihkhihkihkih..😂..

zaman covid 19....petrol murah boleh isi sampai kemana...?...wakaf tapai buleh....?....kihkihkhihkihkhikhihkhikhikhihkihkih..😂

jilat lah pelanggar sop kkm....selamat dunia akhirat....kihkihkihkhihkihkhihkihkihkih..😂..
" Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. "

Sian xde modal..

tanam buluh kat mana?
tanah ada sebidang je :ROFLMAO: :LOL: :ROFLMAO: :LOL:

KLK plantation, Sime darby plantation, genting plantation semua tak ikut saranan menteri tanam buluh.. pasai ape? :LOL::ROFLMAO::LOL::ROFLMAO:
sana plantation punya olang ada ilmu punya olang tau.. bukan bolo
mau tanam pokok buluh kene tobang sawit dulu lah.. mana ada space maaa..

u kenot 'read' in btwn the line haar?
manyak pembalis aaa luh.

....


Minyak sawit jatuh..
Suh tanam buluh

Buluh boleh buat ape?
"Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. "
:LOL: :ROFLMAO: :LOL: :ROFLMAO: :LOL: :ROFLMAO: :cool:

Minyak petrol naik
Salahkan covid pulak..

Harga barang tinggi?
pernah dengar teori pembangkang RM50 penuh 1 troli?

Minyak VCO ko RM50 penuh 1 troli tak?
meh aku borong :ROFLMAO:
u sendiri juai barang mahai2.. u blame kerajaan :ROFLMAO: :LOL:

Da xde modal..
mau sembang sop kkm pulak
Habis mb sel ko lobaikan yer :ROFLMAO: :D:cool:

View attachment 303334
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,740
Reaction score
229
Points
83
" Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. "

Sian xde modal..

tanam buluh kat mana?
tanah ada sebidang je :ROFLMAO: :LOL: :ROFLMAO: :LOL:

KLK plantation, Sime darby plantation, genting plantation semua tak ikut saranan menteri tanam buluh.. pasai ape? :LOL::ROFLMAO::LOL::ROFLMAO:
sana plantation punya olang ada ilmu punya olang tau.. bukan bolo
mau tanam pokok buluh kene tobang sawit dulu lah.. mana ada space maaa..

u kenot 'read' in btwn the line haar?
manyak pembalis aaa luh.

....


Minyak sawit jatuh..
Suh tanam buluh

Buluh boleh buat ape?
"Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err…. "
:LOL: :ROFLMAO: :LOL: :ROFLMAO: :LOL: :ROFLMAO: :cool:

Minyak petrol naik
Salahkan covid pulak..

Harga barang tinggi?
pernah dengar teori pembangkang RM50 penuh 1 troli?

Minyak VCO ko RM50 penuh 1 troli tak?
meh aku borong :ROFLMAO:
u sendiri juai barang mahai2.. u blame kerajaan :ROFLMAO: :LOL:

Da xde modal..
mau sembang sop kkm pulak
Habis mb sel ko lobaikan yer :ROFLMAO: :D:cool:

View attachment 303334
lobai waalaauunn tercalar emosi nampak......kihkihkihkhikhikhihkihkihkih.. 😂 ..

lobai cerita pasal syarikat gergasi....teresa cerita pasal pekebun2 kecil yg terhimpit dengan kejatuhan harga sawit...dia ajar rakyat berdiri diatas kaki sendiri...bukan mengharapkan bantuan kerajaan bila harga sawit jatuh....kalau baca btwn the line saya namapak ruu355 kena humban ke laut.....kihkihkhikhihkhikhihkikihkihkih..:D..

"Susulan itu, beliau menggesa semua kerajaan negeri mula menimbangkan penanaman buluh sebagai sumber pendapatan untuk kerajaan negeri dan pekebun kecil.

“Di Malaysia, 74 peratus tanah pertanian ditanam kelapa sawit, tetapi apabila harga minyak sawit mentah jatuh, ia menjejaskan pendapatan pekebun kecil.

“Ini sebabnya kenapa kami meminta pekebun kecil tidak mengusahakan satu tanaman saja, sebaliknya memanfaatkan industri buluh untuk menampung kerugian mereka. Kita perlu memanfaatkan nilai pasaran tanaman ini,” katanya."


Saya Sedia Ajar Takiri Tanam Buluh, Kata Teresa Kok
BERITA
By Admin-S On Apr 16, 2020,,,,,,,kihkihkihkhihkihkihkihkih..🤭..


ni ke teori pembangkang rm50 penuh 1 troli..?...kihkihkihkhikhihkihkihkih..🤭..
1603931879645.png


lobai nak vco murah2 boleh beli kat shopee....nak MSK boleh PM...kihkihkihkhikhikih..:D..

kasihan lobai sorang ni.....kes mb selangor saya dah jawab lama dulu....boleh search thread ni.....kihkihkhihkhikhihkhikhihkihkih..🤭..

langgar sop kkm satu benda kecik bagi lobai waalaauunn.....kihkihkhihkihkhihkihkih..:D...

lobai agama sanggup buat keja hina utk daruratkan negara ikut pembaris hawa nafsu.....akhirnya...termalu sendiri.....pun benda kecik bagi lobai waalaauunn,,..kihkihkhikihkihkhikihkih..😂..
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,862
Reaction score
1,621
Points
101
View attachment 303200

Kita Rakyat....kami setuju dengan ustaz hadi.....kata2 yg penuh hikmah....boleh kami tau kata2 ni ditujukan pada siapa ye....?.....kihkihkihkhihkihkhihkihkhikhikhihkihkih.. 😂 ...
alahai.. petik2 bab agama ni nak jadi LOBAI DAP ke?
TUNGGANG AGAMA KE?

jahil ilmu belajar dengan pak lobai. jgn belajar dengan LOBAI DAP :LOL: :ROFLMAO:
org lain jadi lobai.. dia nak jadi lobai jugak..

Islam itu luas.. jangan sempitkan pemikiran dengan ngaji sama LOBAI DAP

Mazhab ada beza2
Nak sambut bole tanak sambut bole.
No problem no issue

Nah kasik ilmu dari sumber bukan Lobai DAP.. untuk DAP yg nak JADI LOBAI :ROFLMAO::LOL::ROFLMAO::LOL:
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,740
Reaction score
229
Points
83
KELEMAHAN KITA MENGENALI ASET YANG ADA

1603933170211.png



Saya tertarik dengan catatan Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri yang bertanya dan menyoal apakah Malaysia perolehi kalau Anwar Ibrahim jadi perdana menteri? Sebenarnya pertanyaan dan jawaban kepada pertanyaan itulah yang kita tunggu-tunggu selama ini khasnya saya.
Al Azharri melukiskan akan keterkenalan dan kehebatan Anwar di luar Malaysia sana, semua orang mengenalnya dan mempunyai serangkaian kenalan dunia yang hebat-hebat seperti individu di Jabatan Pertahanan Amerika dan Pentagon, baik dan rapat dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz, dan bekas naib presiden, Al-Gore.
Termasuk juga rapat dengan Rumah Putih seperti Carl Gershman dari NED, Andrew Natsios dari USAID, Lorner Carner dari IRI dan banyak lagi. Termasuk juga dengan Erdogan, begitu tulis Dr Al-Azharri Siddiq Kamunri .

Bagi Dr Al-Azharri apa dimiliki Anwar itu adalah aset yang ada kepada Anwar untuk Malaysia. Tetapi sayang aset itu tidak dilihat oleh kita semua seperti mana dilihat oleh beliau itu. Malahan bagi pembenci kepada Anwar mereka mudah mencongkakkan orang-orang yang baik dengan Anwar itu adalah orang yang akan merosakan Malaysia dan agama di sini kelak kalau Anwar jadi perdana menteri. Mereka sangat menakutinya sedang kenalan bekas pemimpin lain ternyata lebih jahat tidak dibangkitkan.
Sebenarnya sangkaan itu liar dan tidak berasas sama sekali. Ia adalah rekayasa yang merugikan negara. Ketakutan dan kebimbangan itu bagaikan takut kepada hantu yang dicipta sendiri. Penciptanya adalah mereka yang sekongkol dengan OT95.
Mereka sebenarnya karut, kerana hantu yang mereka takutkan itu tidak pun ada dan tidak pun mampu menguasai manusia seperti dijangkakan itu. Sekaligus juga mereka merendah-rendahkan akal mereka sendiri.

Belum ada bukti sahih menunjukkan Anwar telah mempergunakan kenalan luar negara itu untuk mengkhianati negara ini. Demikian liberalisme yang kononnya bertentangan dengan akidah Islamiah dilemparkan ke atasnya belum terbukti ia dilaksanakan.
Atas aset yang ada kepada Anwar disebut Dr Al-Azharri itulah saya percaya ramai yang mendambakan Anwar untuk jadi perdana menteri. Tidak salah kalau rakyat ramai-ramai berpakat hatta para akademis, agamawan dan politis sendiri mengambil sikap berfikir secara logik dan tidak menakut-nakutkan diri dengan sesuatu yang sengaja direkacipta menafikan aset yang dimiliki Anwar memberi peluang kepada Anwar sekali.
Kalau Dr Al-Azharri nampak, kenapa tidak dengan kita? Apakah kerana hasad dengki yang membajai diri kita maka ia luput daripada mata hati dan mata zahir kita mengenai kehebatan yang ada kepada seorang insan bernama Anwar ini? Trims.

MSO
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,740
Reaction score
229
Points
83
JANGAN BELI LAGI ANAK LEMBU DALAM KENDUNGAN

NIZAM AKA
Samada Belanjawan 2021 perlu disokong atau tidak,ianya seharusnya diputuskan oleh kesemua ahli parlimen..Orang tua pesan "Jangan beli anak lembu yang masih dalam kandungan,sebab kita tak tahu anak lembu itu hidup atau mati,sempurna atau cacat"..

Jadi ,macamana nak sokong Belanjawan itu sedangkan bentang pun belum lagi,ibarat anak lembu yang masih dalam kandungan,kita belum tahu baik dan buruknya,cacat atau sempurna.. Maka,urusan parlimen biarlah ahli parlimen yang tentukan..

Kadang-kadang terfikir juga..Nak sokong mcmana kalau kalau kabinet pun dah saiz XXXL?Banyak sangat membazir,sedangkan menafaat kabinet XXXL itu kepada rakyat 0%..
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,740
Reaction score
229
Points
83
SELAIN JANGGAL DAN TIDAK SESUAI,MELANTIK HISHAMMUDIN "AUWW" TPM , MENJADIKANNYA KAYU KERING MEMBAKAR UMNO


Walaupun sebelum ini dilaporkan Muhyiddin Yassin sedang menunggu nama daripada UMNO untuk dicadangkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, perkhabaran yang berlegar daripada pelbagai sumber mengatakan calon bagi jawatan itu telah pun diputuskan.

Muhyiddin dikatakan telah membuat pilihan berdasarkan pertimbangannya sendiri dan meminta UMNO untuk menyetujuinya.
Disebut-sebut calon yang bakal dilantik itu ialah Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Sembrong dan Menteri Luar Negeri sekarang.
Ada yang menyebut perlantikan itu akan dibuat Jumaat ini, tetapi ada juga yang mengatakan ia akan dilakukan minggu depan sebelum Sidang Parlimen bermula pada 2 November.

Sekiranya perlantikan itu benar-benar menjadi kenyataan, bermakna Presiden UMNO, Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob dengan sendirinya terpelanting jauh dan diketepikan untuk mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, walaupun berjawatan kanan dalam parti.
Jika benar, sesuaikah Hishammuddin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Atas kedudukan sebagai Perdana Menteri, memang menjadi prerogatif Muhyiddin untuk melantik sesiapa saja sebagai timbalannya.

Tetapi, ketika UMNO berkuasa sekali pun, prerogatif itu tidak pernah digunakan sepenuhnya, sebaliknya tetap mengambil kira hireaki seseorang itu dalam parti di mana Timbalan Perdana Menteri sama ada dilantik daripada penjawat Timbalan Presiden atau Naib Presiden UMNO.

Tidak pernah Ahli MT biasa atau Ketua UMNO Bahagian semata-mata mencipta sejarah melangkau kepala semua otai-otai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Oleh kerana Hishammuddin tiada kedudukan dalam hieraki kepimpinan, sedemikian itu adalah amat tidak sesuai, sangat janggal dan cacat dari segi tradisi serta kebiasaan UMNO jika Muhyiddin tetap juga ingin melantik Ahli Parlimen Sembrong itu sebagai Timbalan Perdana Menteri

Itu faktor yang pertama dan yang kedua pula, oleh kerana Hishammuddin tiada dalam hieraki UMNO, sudah tentu namanya tidak dicadangkan untuk mengisi jawatan tersebut oleh UMNO.
Dalam syarat-syarat baru yang diputuskan Biro Politik UMNO baru-baru ini, antara ketetapan yang digesa ialah jawatan dalam kabinet mesti mengikut kedudukan seseorang itu dalam kepimpinan parti.
Bermaka, jika Hishammuddin dilantik juga, Muhyiddin secara terang-terangan tidak menghormati UMNO sebagai parti terbesar dalam PN, tidak hornat kepada hieraki dan sekali lagi membuli UMNO.

Dalam keadaan UMNO bekerjasama dalam PN dan Muhyiddin daripada Bersatu, namanya pun bekerjasama, bermakna beliau mesti mengambil kira untuk melantik seseorang yang berada dalam hieraki dan dicadangkan oleh UMNO.
Ketiga, katalah Muhyiddin tetap berpegang kepada pendirian awalnya tidak mahu melantik Zahid Hamidi kerana Presiden UMNO itu masih ada kes mahkamah, walaupun pendirian itu telah pun dicabulinya dengan melantik Bung Mokhtar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, kenapa tidak melantik Mohamad Hassan atau Ismail Sabri Yaakob?
Apakah Timbalan Presiden UMNO atau Naib Presiden UMNO lebih rendah taraf kelayakannya berbanding Hishammuddin yang cuma Ketua UMNO Bahagian Sembrong semata-mata?

Keempat, Muhyddin dan Hishammuddin datang daripada negeri yang sama iaitu Johor.
Meskipun bukan suatu kesalahan, tetapi tidak pernah berlaku dan di luar kebiasaan selama ini seorang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri datang daripada negeri yang sama.

Apabila pemegang dua jawatan itu datang daripada negeri yang berbeza, apalagi dalam kalau kedua-duanya tidak sama parti, barulah ia menampakkan keadilan dan kesamarataan dalam konteks memastikan pembangunan yang seimbang untuk negara.
Kelima, sebaik UMNO kalah pada PRU14 lalu, Hishammuddin telah mengambil pendirian tidak mahu bertanding sebarang jawatan pada pemilihan tahun 2018, sekaligus menyepi seketika daripada sebarang aktiviti parti di peringkat kebangsaan.
Sebelumnya, beliau adalah Naib Presiden UMNO dan sebelum itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bererti, dalam pasca memulihkan parti sebaik hilang kuasa pada 2018, Hishammuddin bukanlah seorang yang dikira kental jiwanya dan sanggup meneruskan perjuangan di kala UMNO berada dalam kesusahan.
Beliau hanya mula memunculkan diri setelah UMNO mula diterima dan kembali mendapat keyakinan rakyat, manakala tidak sampai dua minggu lalu dilantik sebagai Bendahari Agung BN.

Keenam, Hishammuddin juga dikaitkan sebagai individu yang dikhabarkan berperanan menarik keluar pemimpin-pemimpin UMNO menyertai Bersatu ketika Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.
Selain itu, beliau juga dipercayai mengatur sejumlah belasan Ahli Parlimen UMNO mengadakan pertemuan pada waktu malam di rumah Azmin Ali, kononnya untuk berbincang mengenai projek pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing, tidak lama sebelum runtuhnya kerajaan PH.

Maka itu, kebersihan dan keikhlasan hati Hishammuddin terhadap perjuangan UMNO, baik di kala senang dan susah, adalah pertikaian terbuka di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri sehingga hari ini yang membuatkan beliau sebenarnya tidak layak untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri mewakili UMNO.
Berdasarkan faktor-faktor yang dibentangkan, perlantikan Hishammuddin, kiranya menjadi kenyataan, bukan saja janggal, tidak kena dari segi tradisi dan kebiasaan, suatu bentuk pembulian, malah akan menjadikan UMNO terus kucar-kacir, berpecah serta lemah untuk menghadapi PRU15 akan datang.

Sekaligus, ia adalah lorongan untuk Muhyiddin dan Bersatu terus kekal berkuasa dengan lebih lama lagi.
Untuk itu, andai kata khabar pelantikan anak Hussein Onn ini suatu kenyataan, selain UMNO mesti menarik diri dengan segera daripada terus berada dalam PN, Hishammuddin sendiri wajar menolaknya, melainkan beliau tak kisah dijadikan “kayu kering” oleh Muhyiddin untuk ‘membakar’ dan memusnahkan masa depan UMNO.

(Shahbudindotcom 29/10/2020)
 

bell&ross

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
5,740
Reaction score
229
Points
83
alahai.. petik2 bab agama ni nak jadi LOBAI DAP ke?
TUNGGANG AGAMA KE?

jahil ilmu belajar dengan pak lobai. jgn belajar dengan LOBAI DAP :LOL: :ROFLMAO:
org lain jadi lobai.. dia nak jadi lobai jugak..

Islam itu luas.. jangan sempitkan pemikiran dengan ngaji sama LOBAI DAP

Mazhab ada beza2
Nak sambut bole tanak sambut bole.
No problem no issue

Nah kasik ilmu dari sumber bukan Lobai DAP.. untuk DAP yg nak JADI LOBAI :ROFLMAO::LOL::ROFLMAO::LOL:
alahai lobai waalaauunn sorang ni....terasa ker....?....kihkihkihkihkhikhihkikihkih.. 🤭 ..

siapa lah gerangan penipu agama ni....mungkin dituju kpd parti politik kot...?....kihkihkihkhihkihkhikhihkhikhihkihkih..😂..

bapak segala jahil agama adalah menyokong penyamun + pengkhianat dan cobaan melakukan darurat terhadap negara sendiri....lobai waalaauun paham ke tak ni....?....kihkihkhikhihkihkhihkihkhihkhikhikih..😂..


lobai yg hidupnya tunggang agama, pasti akan tuduh org lain pun sama tunggang agama - kakigoyang
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,862
Reaction score
1,621
Points
101
alahai lobai waalaauunn sorang ni....terasa ker....?....kihkihkihkihkhikhihkikihkih.. 🤭 ..

siapa lah gerangan penipu agama ni....mungkin dituju kpd parti politik kot...?....kihkihkihkhihkihkhikhihkhikhihkihkih..😂..

bapak segala jahil agama adalah menyokong penyamun + pengkhianat dan cobaan melakukan darurat terhadap negara sendiri....lobai waalaauun paham ke tak ni....?....kihkihkhikhihkihkhihkihkhihkhikhikih..😂..


lobai yg hidupnya tunggang agama, pasti akan tuduh org lain pun tunggang agama - kakigoyang
Aloh aloh lobai DAP nih. Pegi ngaji dulu.
Jangan tonggang agama.

Kalau ada nak pegi ceramah politik sambil baca quran.. pegi belajar dgn lobai bertauliah dulu.

By the way Lobai dap ni ape?
Copy ori ke? :ROFLMAO: :D :ROFLMAO: :cool: :D :ROFLMAO:

Nah belajar dgn lobai yg btol yer.

Nah kasik ilmu dari sumber bukan Lobai DAP.. untuk DAP yg nak JADI LOBAI :ROFLMAO::LOL::ROFLMAO::LOL:

Tuju kat sapa pun takpe. Islam is for all. baca btol2 tau lobai DAP

 
  • Like
Reactions: WnB
Sponsored Post
Top
Log in Register