Kerajaan PN beri bantuan kolej TAR RM58 juta

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Semalam Ka Siong mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan kepada universiti milik MCA itu susulan persetujuan Kementerian Kewangan.


Kolej TAR ucap terima kasih kerana dana RM58 juta
Diterbitkan Hari ini 10:18 am

Dikemaskini Hari ini 10:18 am




Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengembalikan peruntukan RM58 juta kepada institut pendidikan tinggi itu.

Presidennya Lee Sze Wei berkata dana itu akan membolehkan mereka terus menyediakan pendidikan berkualiti dengan harga mampu kepada pelajar.

“Ini sesungguhnya berita yang amat baik bagi kita kerana ia membolehkan TAR UC terus menjalankan misi untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam, Presiden MCA Wee Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana kementerian itu setuju memperuntukkan dana itu.
Wee juga mendakwa menteri kewangan era PH Lim Guan Eng telah menekan kolej itu.

Peruntukan RM58 juta itu termasuk baki RM18 juta yang PH berikrar menyalurkannya kepada dana amanah pendidikan diuruskan persatuan alumninya TAA.

TAR UC mendapat peruntukan geran sepadan RM30 pada 2018.
Peruntukan kepada kolej milik MCA itu dipotong sebanyak RM5.5 juta dalam Belanjawan 2019 dan RM1 juta dalam Belanjawan 2020.

Lim berkata kerajaan PH sedia menyediakan peruntukan RM30 juta jika MCA melepaskan pegangan dalam TAR UC.

Pada Disember 2019, Lim berkata kerajaan memperuntukan RM40 juta kepada dana amanah pendidikan kolej itu.


 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
20,581
Reaction score
1,360
Points
201
Apakah jasa PN akan dikenang dengan bantuan tambahan RM58 juta?

Membaca berita bantuan RM58 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) memang amat menyakitkan hati. Selepas ini, akan diikuti dengan bantuan kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Sekolah Persendirian Cina dan lain-lain.

Ketika di bawah PH, bantuan disalurkan melalui Alumni mereka. Kini di bawah PN, terus secara langsung kepada Lembaga pengurusan mereka. Hanya kerana mereka adalah orang MCA. Tidak hairan, ketika PRU14, lembaga ini pun tidak mengundi BN.

Jangan haraplah undi Cina ultra kiasu akan beralih kepada PN meskipun berapa banyak pun bantuan diberikan kepada Sekolah Persendirian Cina, TAR UC dan UTAR. Ini MCA baru ada dua kerusi parlimen, bayangkan selepas ini ada banyak kerusi? Malas nak fikir semua ini. Menang pula di kawasan majoriti Melayu.

Melayu menangkan MCA, MCA bantu sesama mereka. Jika tidak mana mungkin MCA dan Gerakan mempunyai bangunan konglomerat mereka sendiri, dan jutawan demi jutawan yang dilahirkan melalui syarikat yang ditubuhkan.

Jika nak bantu sangatpun, bantulah sekadar berpada-pada, tetapi bukan sehingga menenggelamkan bantuan kepada Sekolah Agama dan Sekolah Swasta yang jelas haknya dalam perlembagaan, berbanding dengan institusi yang terkeluar daripada senarai perlembagaan, tetapi masih terus dibantu.

Sekolah agama seperti melukut ditepi gantang. Sekolah Tahfiz usahlah cerita. Malah dihina lagi. Kita terus berdiam diri.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan sama seperti status Sekolah Kebangsaan, pun tidak dapat menambat hari mereka, malahan Persatuan Ibu dan Guru (Dong Jiao Zong), menjadi semakin ultra kiasu. Saban kali mengugut kerajaan untuk iktiraf segala sijil mereka meskipun tidak layak berbuat demikian.

Pendek kata, semakin banyak bantuan diberikan, semakin mantap kedudukan mereka, semakin ultra kiasu mereka, sebab ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat. Bermandikan duit.

Tidakkah semua sedar bahawa boleh dikatakan majoriti 1300 SJKC yang ada di seluruh negara mempunyai bangunan tambahan sendiri, termasuk dewan yang canggih, selain daripada bangunan yang disediakan sepenuhnya oleh kerajaan. Dari mana mereka dapat wang yang begitu banyak kalau bukan majoriti jutawan mereka menderma kepada sekolah tersebut.

Saya sudah lama katakan bahawa tanpa bantuan kerajaan pun, institusi Pendidikan mereka tidak akan ada masalah langsung, kerana komitmen jutawan dan ibu bapa mereka sangat tinggi.
Kita tidak pernah belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Saya secara konsisten mengingatkan tetapi tidak pernah diendahkan. Sedangkan dengan mengingatkan melalui tulisan ini, terlalu mahal harga yang perlu dibayar. Ugutan demi ugutan, kecaman demi kecaman, penghinaan demi penghinaan diterima. Saya terima sahaja dengan harga yang perlu dibayar.

Sejak zaman Pak Lah, tidak ketinggalan zaman Najib Razak lagi saya lantang bersuara, sebanyak mana pun bantuan diberikan, undi mereka tidak akan beralih. Malah saya berani katakan semakin banyak bantuan diberikan, semakin ramai ultra kiasu yang akan dilahirkan. Undi tidak akan pergi kepada MCA atau Gerakan, tetapi kepada DAP. Bukan sedikit tetapi lebih banyak.

Apakah kita sudah lupa bantuan bulan bintang yang Najib Razak telah berikan kepada kepada Sekolah Persendirian Cina dan Universiti Cina ketika kempen PRU14. Saya sudah ingatkan berkali-kali, hingga akhirnya BN kecundang.

Paling terkesan, kelulusan pemberian 1.2 hektar tanah kepada Sekolah Persendirian Cina Chong Hwa, Sentul, bagi tempoh 99 tahun, pembinaan kompleks sukan ketika kempen PRU14? Akhirnya, geran dia dapat, undi pergi kepada ultra kiasu, PRU14 BN tumbang. Sudah lupa? Hairan saya, kenapa masih tidak belajar, walaupun sudah dipatuk dua kali.

Ingin saya tegaskan di sini, institusi yang dibantu dengan banyak ini, tidak membantu pembangunan negara bangsa dan jati diri negara bangsa. Bayangkan semua Cina berkumpul di suatu tempat tanpa bercampur dengan bangsa asal atau majoriti.

Sudahlah sejak kecil kita dipisahkan dengan sekolah berbeza. Sampai ke peringkat pengajian tinggi pun kita dipisahkan. Dengan bantuan yang diberikan, institusi Pendidikan mereka semakin canggih, penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ibarat melukut di tepi gantang. Sejarah Tanah Melayu diperlekehkan, sejarah Tanah Besar China dilebihkan.

Apakah kita sudah lupa, Universiti Awam yang dihuni bersama dengan majoriti pun mereka begitu berani. Sudah lupa peristiwa tunjuk perasaan membawa plakad ketika istiadat majlis konvokesyen Universiti Malaya tahun lepas. Desakan mahukan Naib Canselor UM dipecat. Tidak ada apapun tindakan dikenakan oleh PH. Lepas begitu sahaja. Banyak lagi kes lain.

Nampaknya, kita tidak pernah mahu belajar. Kita berpolitik kerana kemarukkan undi bukan mahu membina negara bangsa. Jika beginilah keadaannya, PH ker memerintah, PN ker memerintah, seolah-olah tidak ada beza. Semua nak mengambil hati orang lain. Hati sendiri terluka tiada siapa yang ambil tahu. Berbaloikah politik sebegini?

Maaf dipohon, Eid Mubarak…

 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,511
Reaction score
2,929
Points
191
sudah2 laa bagi bantuan sekolah swasta ngan kolej swasta cina ni..

xde manfaat langsung..

siti kassim pon nak sekolah tahfiz ditutup..
 

kai2020

Super Active Member
Joined
May 14, 2006
Messages
6,043
Reaction score
821
Points
111
PH kasi RM2 juta sekolah swasta Cina,
PN kasi RM58 juta sekolah swasta Cina.

Tahniah Cina Komunis MCA kerana berjaya membiulkan Melayu UMNO PAS.

Di zaman PH terdahulu, satu negara diterbalikkan oleh malaun-malaun Melayu Muslim UMNO PAS apabila RM6 juta disalurkan kepada 3 buah sekolah Cina swasta antaranya New Era College. Menggadai semangat nasionalisme menggadai maruah kata malaun-malaun tersebut.

Di zaman PN kini, RM58 juta diagih kepada sebuah sekolah Cina swasta. MCA kata keputusan ini menerbalikkan polisi PH. Maksudnya, MCA dengan bangganya mengaku bahawa dulu PH cancel peruntukan peruntukan berpuluh puluh juta kepada sekolah Cina swasta. MCA juga dengan bangganya mengaku bahawa pembatalan PH itu telah diterbalikkan oleh MCA. Kini MCA mendabik dada dan menghebohkan kepada seluruh negara bahawa merekalah yang mengembalikan peruntukan berpuluh-puluh juta kepada sekolah swasta Cina.

SYABAS MCA! Bersenjatakan hanya dua orang YB Cina, MCA Cina telah berjaya membaruakan 100 YB Melayu Muslim UMNO PAS.

Pelabuhan dia sapu.
Ruang udara dia tapau.
Kini pendidikan pun dia bolot.

FB_IMG_1590654162944.jpg
FB_IMG_1590654167149.jpg
FB_IMG_1590654171801.jpg
FB_IMG_1590654199937.jpg
 

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,484
Reaction score
220
Points
43
Kat page depan TAR UC ni kolej universiti.
Kat page belakang dh jadi sekolah.

Kat page depan peruntukan rm30juta untuk ALUMNI TAR UC bukan kepada pemilik untuk urus dana.
Kat page belakang jadi 6 juta kongsi 3 "sekolah".

Apa2 pun cina yg dapat duit tu.
Melayu duk lawan komen dlm cg termasuk aku.huhu..
 

Luke

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
4,663
Reaction score
459
Points
51
Tahniah. Hahahaha
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,309
Reaction score
897
Points
171
ape lagi melayu PN ??? tak nak joget lambak ke MP mca baru 2 org dapat mcm2 ... klu MCA ramai mau TPM dapat kt cina MCA ....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register